Trace Id is missing

Microsoft Office Language Interface Pack 2010 – Bahasa Melayu Brunei

Microsoft Office Language Interface Pack 2010 – Bahasa Melayu Brunei menyediakan antara muka pengguna bahasa Melayu Brunei untuk kebanyakan atur cara Microsoft Office 2010.

Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.

  • Versi:

    1

    Tarikh Diterbitkan:

    20/12/2019

    Nama Fail:

    O14LipHelp_ms-bn.chm

    LanguageInterfacePack_x64_ms-bn.exe

    LanguageInterfacePack_x86_ms-bn.exe

    Saiz Fail:

    202.5 KB

    14.9 MB

    13.4 MB

    Microsoft Office Language Interface Pack 2010 – Bahasa Melayu Brunei menyediakan antara muka pengguna bahasa Melayu Brunei untuk:
    • Microsoft Office Excel 2010

    • Microsoft Office OneNote 2010

    • Microsoft Office Outlook 2010

    • Microsoft Office PowerPoint 2010

    • Microsoft Office Word 2010
  • Sistem Pengendalian yang Disokong

    Windows 7

    • Perisian diperlukan: Sebarang suit atau salinan kendiri Microsoft Office 2010 mengandungi satu atau lebih aplikasi berikut: Excel, OneNote, Outlook, PowerPoint atau Word.
    • Keperluan ruang cakera: Tambahan kepada ruang cakera keras yang digunakan atur cara Office 2010 yang terpasang pada masa ini, 20 megabait (MB) ruang cakera keras tersedia diperlukan.
  • Untuk memasang muat turun ini:
    1. Muat turun fail LanguageInterfacePack.exe dengan mengklik bebutang "Download" (di atas) dan menyimpan fail tersebut ke cakera keras awda.
    2. Dwiklik fail atur cara LanguageInterfacePack.exe pada cakera keras awda untuk memulakan atur cara Persediaan.
    3. Ikuti arahan pada skrin untuk menyelesaikan pemasangan.
    4. Setelah dipasang fail readme untuk Pek Antara Muka Bahasa Microsoft Office 2010 boleh ditemui di C:\Program Files\Common Files\microsoft shared\OFFICE14\LCID\LIPread.htm
    5. Menaik taraf Office 2007 dengan Pek Antara Muka Bahasa Office 2007 atau edisi terdahulu Office 2010 dengan Pek Antara Muka Bahasa Office 2010 tidak disokong. Jika awda ingin menaik taraf pemasangan asas Office 2007 awda ke Office 2010 dengan Pek Antara Muka Bahasa Office 2010 awda hendaklah:
      • Membuang pemasangan Office 2007 Language Interface Pack
      • Menjalankan persediaan Office 2010 dan memilih opsyen naik taraf.
      • Apabila persediaan Office 2010 selesai, pasang dan konfigurasikan Office 2010 Language Interface Pack


      • Mengaktifkan produk Office awda:
      • Jika awda menghadapi masalah membaca keseluruhan Kod Pemasangan pada dialog "Microsoft Office Activation Wizard", atau keseluruhan kod pemasangan tidak dipaparkan dengan betul apabila menggunakan Microsoft® Office Language Interface Pack 2010 awda, sila batalkan wizard dan bertukar ke produk bahasa Inggeris awda untuk mengaktifkan produk Microsoft Office awda.


    Arahan penggunaan:

    Untuk menukar Antara Muka Pengguna awda ke bahasa Microsoft Office Language Interface Pack 2010– Bahasa Melayu Brunei, ikuti langkah-langkah ini:

    1. Lancarkan Keutamaan Bahasa Microsoft Office 2010 daripada menu Mula\Semua Atur Cara\Microsoft Office\Microsoft Office Tools.
    2. Di bawah Pilih Bahasa Paparan dan Bantuan, di bawah Bahasa Paparan pilih bahasa yang diperlukan dan klik pada bebutang Setkan sebagai Lalai.
    3. Di bawah Pilih Bahasa Pengeditan, pilih bahasa yang diperlukan dan klik pada bebutang Setkan sebagai Lalai.
    4. Klik bebutang OK.

    Seting bahasa yang telah awda pilih akan digunakan pada kali seterusnya awda memulakan aplikasi Office awda.
    Nota: Bantuan tidak boleh ditukar ke bahasa Microsoft Office Language Interface Pack 2010– Bahasa Melayu Brunei. Bantuan akan sentiasa kekal dalam bahasa pemasangan asal awda.
    Sentiasa setkan bantuan paparan awda dalam senarai juntai bawah ke bahasa asas.

    Untuk mengalih keluar muat turun ini:
      Ikuti langkah-langkah ini pada Windows XP Home atau Professional Edition:
    1. Keluar daripada semua atur cara.
    2. Dwiklik ikon Tambah atau Alih Keluar Atur Cara dalam Panel Kawalan Windows.
    3. Klik Microsoft Office Language Interface Pack 2010 dalam kotak Atur cara terpasang sekarang, kemudian klik bebutang Alih Keluar.
    4. Ikuti arahan pada skrin.

      Ikuti langkah-langkah ini pada Windows Vista atau Windows 7:
    1. Keluar daripada semua atur cara.
    2. Dwiklik ikon Atur Cara dan Ciri dalam Panel Kawalan Windows.
    3. Dalam opsyen Buang Pemasangan atau Tukar Atur Cara, klik Microsoft Office Language Interface Pack 2010– Bahasa Melayu Brunei dalam kotak Atur cara terpasang sekarang, kemudian pilih opsyen Buang pemasangan.
    4. Ikuti arahan pada skrin.

    ?

    Jika awda tidak dapat melihat kandungan fail CHM selepas memuat turunkannya, awda boleh menjalankan langkah yang berikut yang akan membolehkan awda melihat kandungannya :
    1. Buka folder di mana awda memuat turun fail CHM.
    2. Klik kanan pada CHM dan dari menu yang muncul, pilih Sifat.
    3. Dalam tab Umum, klik butang Buka kunci dan kemudian klik butang OK.
    4. Dwiklik pada fail CHM dan akan kini akan dapat melihat kandungannya.