*
Microsoft*
hasil carian oleh Bing
Pusat Muat Turun 
Carian
Carian Lanjutan

Pusat Muat Turun Microsoft: Bantuan

On This Page
 Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kemaskinian Perisian Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kemaskinian Perisian
Bagaimana Mencari Muat TurunBagaimana Mencari Muat Turun
Tidak Jumpa Apa Yang Anda Cari? Tidak Jumpa Apa Yang Anda Cari?
Apa Yang Anda Akan Jumpa pada Halaman Muat Turun Apa Yang Anda Akan Jumpa pada Halaman Muat Turun
Berkenaan Muat Turun Kelebihan Sebenar Windows Berkenaan Muat Turun Kelebihan Sebenar Windows
Instalasikan Muat TurunInstalasikan Muat Turun
Tentang Muat Turun Sedunia Tentang Muat Turun Sedunia
Penyelesaian Masalah Proses Muat TurunPenyelesaian Masalah Proses Muat Turun
Berkenaan Syor Muat TurunBerkenaan Syor Muat Turun

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kemaskinian Perisian

Microsoft komited untuk menyediakan pelangganya dengan perisian yang telah diuji keselamatan dan keterjaminannya. Walaupun tiada sistem yang benar-benar selamat, kami menggunakan proses manusia, teknologi dan beberapa pasukan yang tertumpu khas untuk menyiasasat, membetulkan dan mempelajari daripada isu keselamatan demi membantu kami memenuhi matlamat ini serta memberi panduan kepada pelanggan mengenai cara untuk melindungi mereka.  Sebagai sebahagian daripada proses keluaran perisian Microsoft, semua periaian yang dikeluarkan ke Pusat Muat Turun diimbas jika terdapat perisian berbahaya sebelum ia disediakan untuk orang awam bagi memuat turun. Selain itu, selepas dikeluarkan, perisian ini boleh didapati di pusat muat turun diimbas secara rutin untuk mengelakkan perisian berbahaya. Microsoft ,mengenali persekitaran ancaman sentiasa berubah-rubah dan akan semakin terus berkembang, dan kami komited untuk memproses peningkatan yang akan membantu melindungi pelanggan daripada ancaman perisian berbahaya.

Pusat Muat Turun adalah sumber bernilai untuk mencari muat turun spesifik atau popular, termasuk kemaskinian perisian. Bagaimanapun, cara termudah untuk memastikan komputer anda adalah kemaskini dengan kemaskinian perisian terkini yang berprioriti tinggi ialah dengan menggunakan sumber-sumber kemaskinian berikut:

Microsoft Update
Laman webKemaskinian Microsoft mengimbas computer anda dan mengesyorkan kemaskinian yang anda mungkin perlu untuk Microsoft Windows, Microsoft Office, dan program-program lain.

Kemaskinian Automatik Windows
Ciri-ciri Kemaskinian Automatik boleh dikonfigurasikan untuk memuat turun dan instalasikan secara automatic kemaskinian berprioriti –tinggi sebaik sahaja ianya didapati. Belajar lagi tentang Lindungi Laman Web PC anda .

Bagaimana Mencari Muat Turun

Jika anda mahu Microsoft mengimbas computer anda dan mengesyorkan kemaskinian, sila lihat seksyen seterusnya. Jika anda mahu cari muat turun spesifik, guna salah satu daripada dua kaedah berikut.

1.

Pilih daripada Muat Turun Paling Popular
Muat turun paling popular untuk setiap kategori dari Pusat Muat Turun disenaraikan pada laman web bagi kategori tersebut (contoh kategori: Permainan, DirectX, dan Internet). Klik "Lihat Muat Turun Popular Tambahan” dipautkan di bawah setiap senarai "Muat Turun Popular” untuk senarai muat turun yang lebih lengkap, disusun mengikut popularity.

2.

Jalankan Carian
Alat carian membolehkan anda mencari melalui katakunci atau produk/kategori, dan menyenaraikan keputusan dalam susunan kepopularan muat turun.

Untuk mencari melalui katakunci, taipkan perkatan ke dalam petak masukan teks.

Untuk mengecilkan skop carian katakunci, pilih satu produk atau kategori daripada senarai, dan masukkan sebarang katakunci.

Untuk senaraikan semua muat turun dalam semua kategori, jangan pilih produk/kategori dan jangan masukkan sebarang katakunci.

Jika carian sesuatu katakunci menghasilkan beberapa keputusan, periksa ejaan anda, cuba katakunci-katakunci berlainan, atau luaskan skop pencarian anda ke seluruh Pusat Muat Turun.

Tidak Jumpa Apa Yang Anda Cari?

Jika anda tidak jumpa muat turun tertentu, ia mungkin boleh diperolehi daripada syarikat selain Microsoft. Contoh popular termasuk Adobe Reader, Macromedia Shockwave dan Flash players, dan perisian Java. Pautan pada masa ini ke muat turun ini pada Laman Web mereka yang berkenaan, guna Microsoft.com Search. Jika anda pasti yang muat turun tertentu adalah daripada Microsoft dan anda tidak boleh cari muat turun tersebut dalam Pusat Muat Turun atau melalui perkhidmatan kemaskinian automatic kami, sila Contact Us.

Apa Yang Anda Akan Jumpa pada Halaman Muat Turun

Bila anda klik tajuk muat turun dalam Pusat Muat Turun, anda akan dibawa ke halaman perincian muat turun untuk muat turun tersebut. Kebanyakan halaman ini mempunyai format piawai dan memasukkan kebanyakan —jika tidak semua—seksyen-seksyen berikut:

1.

Maklumat Pantas
Petak "Maklumat Pantas" mengandungi maklumat ringkas yang berguna, termasuklah nama dan saiz fail dan tarikh ianya diterbitkan.

2.

Bebutang Muat Turun atau Pautan
Anda akan lihat bebutang Muat Turun atau pautan pada bahagian atas sebelah kanan petak “Maklumat Pantas”. Klik bebutang atau pautan ini untuk memulakan muat turun. Untuk muat turun yang mempunyai fail berbagai, anda akan jumoa suatu pautan ke senarai fail-fail yang terdapat.

3.

Change Language
Dalam kebanyakan kes, betul-betul di bawah petak “Malumat Pantas” anda akan jumpa senarai juntaian-bawah yang adnda boleh pilih bahasa selain Bahasa Inggeris. Perhatikan bahawa sesetengah muat turun tidak terdapat dalam semua bahasa. Tambahan lagi, bukan semua muat turun bukan Bahasa Inggeria disertai dengan halaman perincian lokalisasi. Hasilnya, anda mungkin jumpa deskripsi dan arahan dalam Bahasa Inggeris untuk muat turun bukan Bahasa Inggeris.

4.

Overview
Seksyen “Tinjauan” memasukkan penerangan secara ringkas isu-isu yang dikemukakan ke muat turun dan faedah yang disediakannya.

5.

System Requirements
Selalulah periksa seksyen “Keperluan Sistem” untuk memastikan computer anda adalah bersesuaian dan mempunyai ruang yang diperlukan untuk instalasi dan jalankan muat turun. Seksyen ini mungkin juga menyenaraikan aplikasi perisian yang diperlukan dan disyorkan.

6.

Arahan
Semak seksyen "Arahan" sebelum klik bebutang Muat Turun , supaya anda siap-sedia untuk sebarang langkah=langkah yang mungkin perlu anda ikuti. so

7.

Muat Turun Pelbagaibahagian
Jika anda lihat sebuah jadual menyenaraikan fail untuk muat turun pelbagaibahagian, muat turun berkenaan cukup besar yang ia terpaksa dipecahkan ke berbagai fail muat turun untuk dimuat turun secara berasingan.

8.

Apa Yang Orang Lain Muat Turunkan
Kadangkala adalah berguna untuk lihat apa yang orang lain muat turunkan yang mungkin bersangkutan dengan muat turun semasa. Sebagai hasilnya, anda boleh lihat apa yang orang lain muat turun yang dia turut muat turun fail pada halaman semasa.

9.

Maklumat Tambahan
Kami menyediakan maklumat lanjutan yang samada bersangkutan secara langsung terhadap muat turun semasa atau, sebagai dalam contoh maklumat kemaskinian sekuriti, bertujuan membantu system anda berjalan dengan selamat.

10.

Related Resources
Pautan-pautan ini membawa anda ke maklumat cara bagaimana, kumpulan berita, tawaran istimewa, dan lain-lain sumber berkaitan muat turun yang anda telah pilih.

Berkenaan Muat Turun Kelebihan Sebenar Windows

Anda mungkin telah tahu bahawa sesetengah muat turun mempunyai ikon bersebelahan namanya dalam Pusat Muat Turun. Muat turun-muat turun ini juga mempunyai seksyen yang diberi perhatian tentang validasi Windows betul-betul di bawah petak “Maklumat Pantas” pada halaman perincian muat turun. Muat turun-muat turun ini adalah sebahagian dari Program Kelebihan sebenar Windows Asli , yang dibangunkan bagi memastikan bahawa pengguna Windows menerima semua faedah menggunakan salinan Windows berlesen sepenuhnya yang sah. Untuk akses ke muat turun Kelebihan Sebenar Windows Asli, ikuti proses yang berkaitan:

Jika anda lihat Bebutang atau Pautan Muat Turun
Klik bebutang atau pautan tersebut ke fail muat turun.

Jika anda lihat Bebutang atau Pautan Teruskan
Klik bebutang atau pautan berkenaan dan ikuti arahan yang disediakan. Setelah proses validasi selesai, anda akan dibawa balik ke halaman perincian muat turun dengan bebutang Muat Turun dipaparkan. Jika Windows tidak boleh divalidasikan, anda akan terima arahan tambahan.

Instalasikan Muat Turun

Sebelum anda boleh gunakan sebarang perisian yang anda muat turunkan, anda mestilah instalasikannya. Sebagai contoh, jika anda muat turunkan kemaskinian sekuriti, tetapi tidak instalasikannya, kemaskinian tersebut tidak akan menyediakan sebarang perlindungan untuk komputer anda.

1.

Save and Install
Ikuti langkah-langkah berikut untuk simpan dan instalasikan sesuatu muat turun:

1.

Klik bebutang Muat Turun pada halaman perincian muat turun.

2.

Sebuah petak dialog akan terbuka. Klik bebutang Simpan.

3.

Anda akan dipromkan supaya memilih lokasi pada komputer anda yang anda akan simpankan muat turun. Pilih lokasi bersesuaian dan klik bebutang Simpan.

4.

Bila fail telah selesai dimuat turunkan, anda akan lihat petak dialog ke dua. Jika anda mahu instalasikan fail tersebut serta-merta, klik bebutang Buka. Ini akan melancarkan wizard instalasi.

5.

Jika anda tidak mahu instalasikan serta-merta fail tersebut, klik bebutang Tutup. Bila anda sudah sedia untuk instalasikan fail muat turun, klik-duakali fail tersebut untuk lancarakan wizard instalasi.

Nota   Bila anda simpan fail muat turun, pastikan lokasinya ialah yang anda boleh ingat kemudian apabila anda mahu instalasikan muat turun berkenaan. Kami cadangkan anda mengujudkan folder khusus pada desktop anda yang anda selalu simpankan muat turun. Ikuti langkah-langkah berikut untuk ujudkan folder muat turun berkenaan:

1.

Klik-kanan suatu kawasan yang tidak digunakan pada desktop anda.

2.

Tuju ke Baru dan kemudian klik Folder.

3.

Berikan folder sebuah nama seperti “Muat Turunku."

Tentang Muat Turun Sedunia

Microsoft mengedarkan muat turun ke lebih 30 negara seluruh dunia. Tips dalam seksyen ini akan membantu anda untuk mencari muat turun seduania.

Bagaimana Mencari Muat Turun Sedunia
Anda ada dua cara utama untuk mencari muat turun sedunia.

1.

Lawati Tapak Pusat Muat Turun Sedunia

1.

Klik Muat Turun Sedunia pada menu sebelah kiri Pusat Muat Turun.

2.

Klik mana-mana bahasa yang terdapat dalam senarai tersebut. Anda akan pergi ke laman web Pusat Muat Turun Sedunia, yang anda boleh browse dan cari muat turun-muat turun yang beoleh didapati dalam bahasa yang dipilih.

Note   Halaman perincian mmuat turun pada tapak Pusat Muat Turun Sedunia akan dipaparkan dalam bahasa yang sesuai di mana boleh. Bagaimanapun, jika bukan Bahasa Inggeris, perincian khusus-bahasa tidak terdapat, perincian berkenaan akan dipaparkan dalam Bahasa Inggeris. JIka muat turun itu sendiri tidak terdapat dalam nahasa tertentu, ia tidak akan muncul di tapak sedunia yang telah anda pilih.

2.

Pilih satu muat turun Sedunia daripada tapak berbahas Inggeris

1.

Lihat betul-betul di bawah petak “Maklumat Pantas” pada halaman perincian muat turun untuk senarai juntaian-bawah berlabel “Tukar Bahasa”.

2.

Pilih bahasa yang anda mahu dan klik bebutang elect the language you would like and then click the Tukar.

Note   Senarai juntaian-bawah “Tukar bahasa” muncul hanya bila versi sedunia muat turun tersebut terdapat. Jika senarai tersebut tidak muncul, muat turun tersebut belum lagi disediakan dalam bahasa selain Bahasa Inggeris. Jika anda lihat senarai juntaian-bawah, tetapi tidak nampak bahasa-bahasa tertentu disenaraikan, muat turun tersebut belum lagi terdapat dalam bahasa berkenaan.

Sebuah Versi Bahasa Inggeris Sekarang Disokong
Pusat Muat Turun sekarang menggabungkan semua muat turun berbahasa inggeris ke dalam sebuah Pusat Muat Turun “Berbahasa Inggeris” tunggal. Kami tidak lagi menawarkan muat turun berasingan untuk Bahasa Inggeris Amerika Syarikat, Bahasa Inggeris United Kingdom, Bahasa Inggeris Australia, dan Bahasa Inggeris Kanada.

Penyelesaian Masalah Proses Muat Turun

Anda mungkin berhadapan dengan isu-isu sebegini dalam Pusat Muat Turun. Cuba ikuti cadangan-cadangan berikut untuk bekerja dalam isu-isu yang dihadapi.

Lapangkan Cache
Jika anda tidak dapat lengkapkan sesuatu muat turun, anda mungkin perlu lapangkan cache dalam Microsoft Internet Explorer, yang anda boleh buat melalui langkah-langkah berikut:

1.

Pada menu Alatan dalam Internet Explorer, klik Pilihan Internet dan kemudian klik tombol Umum.

2.

Pada seksyen Fail Internet Sementara, klik Padam Fail dan kemudian klik bebutang OK, jika anda mahu kosongkan seluruh cache anda untuk fail sementara internet.

3.

Pada seksyen Fail Internet Sementara, klik Seting. Dalam petak dialog Seting, pilih Setiap lawatan ke halaman. Kemudian setkan saiz folder Fail Sementara Internet kepada saiz besar daripada apa yang mahu anda muat turunkan. Seterusnya, klik bebutang Tengok Files .

4.

Pada tetingkap Fail Sementara Internet yang terbuka, buka menu Edit dan klik Pilih Semua. Tekan PADAM. Bila anda ditanya samada anda mahu padamkan semua cookies yang telah anda pilih, klik Ya. Klik bebutang OK sehingga anda balik semula ke the tombol Umum.

5.

Dalam seksyen Sejarah pada tombol Umum klik Lapangkan Sejarah dan kemudian klik Ya. Bila anda ditanya samada anda mahu padam sejarah laman Wb yang anda lawati, klik OK.

Pemberhentian Sambungan
Sebab lain yang mungkin untuk system anda tidak upaya melengkapkan sesuatu muat turun ialah penyedia khidmat Internet (ISP) anda mungkin memberhentikan sambungan Internet anda secara automatik jika ISP tersebut menentukan sambungan anda telah terbiar untuk sekurang-kurangnya pada jumlah minit yang telah disetkan. Sila hubungi ISP anda untuk haling pemberhentian secara automatik semasa memuat turun fail-fail.

Berkenaan Syor Muat Turun

Kami mengesyorkan koleksi muat turun yang mungkin menarik minat anda berpandukan apa yang anda telah lihat dalam Pusat Muat Turun.

Sebagai contoh, jika anda lihat:

Video Definisi-Tinggi PetakX

MSN Messenger 7.0 untuk Windows

MSN Screen Saver (Beta)

Age of Mythology: Versi The Titans Expansion Trial

Kami mungkin syorkan koleksi muat turun berikut:

PetakX

Khidmat MSN Messenger

Perisian Internet Premium MSN

Age of Mythology



© 2013 Microsoft Corporation. All rights reserved. Hubungi Kami |Terms of Use |Trademarks |Privacy Statement