Internet Explorer

    Windows Internet Explorer 7 LIP Pack untuk Windows XP

    Tukar Bahasa:
    Muat turun versi terbaru Penyemak imbas web paling popular di dunia.
    • Versi:

      7.0

      Nama Fail:

      ie7lip-x86-MSL.exe

      Tarikh Diterbitkan:

      02/07/2008

      Saiz Fail:

      13.1 MB

        Pek Antara Muka Bahasa Internet Explorer 7 (LIP) direka untuk pasaran serantau ynag pada masa sekarang tidak mempunyai Internet Explorer 7 versi tempatan. Pek tersebut menyediakan komputer dengan kebolehan untuk memaparkan ciri penyemak imbas yang biasa digunakan oleh orang ramai dalam bahasa asal mereka. Pek Windows Internet Explorer 7 LIP adalah berkualiti tinggi, menyetempatkan "kulit" untuk pasaran bahasa yang baru muncul seperti bahasa Catalan, Lithuania, dan Thai. Berdasarkan kepada teknologi Antara Muka Pengguna Berbilang Bahasa (MUI), LIP menyediakan pengguna desktop dengan sekurang-kurangnya sebanyak 80% pengalaman pengguna penyetempat dengan menterjemahkan set elemen antara muka pengguna yang dikurangkan. LIP dipasang pada salinan berlesen Windows dan bahasa asas yang ditetapkan. Bahasa asas yang diperlukan bergantung kepada bahasa LIP yang anda hendak gunakan.

        Lawati tapak Microsoft Language Interface Pack untuk mendapatkan maklumat mengenai program Pek Antara Muka Bahasa. Untuk memuat turun Explorer 7 dalam salah satu daripada 24 bahasa yang disetempatkan sepenuhnya, lawati tapak Internet Explorer Worldwide.

        Muat turun ini adalah untuk Microsoft Windows XP sahaja. Untuk memuat turun Internet Explorer 7 Language Interface Packs untuk versi Microsoft Windows lain yang disokong, lihat Muat Turun yang Berkaitan di bawah.
    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows XP Service Pack 2; Windows XP Service Pack 3

        • Jika bahasa sistem anda adalah bahasa Slovania, anda tidak perlu memasang OS LIP yang berasingan dan boleh meneruskan memasang Internet Explorer 7 LIP. Internet Explorer 7 LIP Slovak dan Slovania juga disokong pada Microsoft Windows XP Home Edition.
        • Jika anda mempunyai Windows Starter Edition dan sistem anda muncul dalam bahasa yang betul, anda bersedia untuk memasang Internet Explorer 7 LIP. Jika Windows Starter Edition muncul dalam bahasa Inggeris, pertama sekali anda perlu memasang pek bahasa dari CD yang telah dibekalkan kepada anda oleh pengilang kelengkapan asal anda.
        1. Klik butang Muat Turun pada halaman ini untuk memulakan muat turun atau memilih bahasa yang berlainan dari senarai tarik turun dan klik Pergi.
        2. Lakukan salah satu daripada yang berikut:
          • Untuk memulakan pemasangan dengan segera, klik Buka atau Jalankan program ini dari lokasi semasanya.
          • Untuk menyalin muat turun ke komputer anda untuk muat turun kemudiannya, klik Simpan atau Simpan program ini pada cekera.
        • Internet Explorer 7 LIP Setup akan berada dalam bahasa yang sama seperti sistem pengendalian asas anda.

    Muat Turun Popular

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan