Pek Antara Muka Bahasa Windows 7 (LIP) memberikan versi separa diterjemahkan bagi bahagian Windows 7 yang paling banyak digunakan
Note:There are multiple files available for this download.Once you click on the "Download" button, you will be prompted to select the files you need.
LIP_ms-MY-32bit.mlc
LIP_ms-MY-64bit.mlc
Pek Antara Muka Bahasa Windows (LIP) memberikan versi separa diterjemahkan bagi bahagian Windows yang paling banyak digunakan. Selepas memasang LIP, teks dalam pendeta, kotak dialog, menu dan topik Bantuan dan Sokongan akan dipaparkan dalam bahasa LIP. Teks yang tidak diterjemahkan adalah dalam bahasa asas Windows 7. Contohnya, jika anda membeli Windows 7 versi bahasa Sepanyol, dan memasang LIP Catalan, sesetengah teks kekal dalam bahasa Sepanyol. Anda boleh memasang lebih daripada satu LIP pada sesebuah bahasa asas. LIP Windows boleh dipasang pada semua edisi Windows 7.
Sistem Operasi Tersokong:
Windows 7
• Microsoft Windows 7
• Pemasangan bahasa asas Windows 7 yang diperlukan: Bahasa Inggeris
• 4.63 Mb ruang kosong untuk muat turun
• 15 Mb ruang kosong untuk
AMARAN: Jika anda mendayakan penyulitan BitLocker, sila tangguhkannya sebelum memasang LIP. Buka Control Panel, pilih System and Security, kemudian BitLocker Drive Encryption. Klik Suspend Protection.
Oleh kerana muat turun untuk Windows 7 LIP versi 32-bit dan 64-bit adalah berasingan, sebelum anda memulakan muat turun, anda perlu menentukan Windows 7 versi mana yang anda pasang: Begini cara untuk menentukan Windows 7 versi mana yang anda ada:
Klik pada butang Start kemudian klik kanan pada Komputer dan pilih Properties. Ini akan menayangkan maklumat asas tentang komputer anda.
Lihat dalam seksyen Sistem untuk jenis Sistem. Ini menandakan sama ada Sistem Pengendalian Windows 7 anda adalah Sistem Pengendalian 32-bit atau Sistem Pengendalian 64-bit.
Untuk memasang versi 32-bit, anda boleh pilih untuk:
- Klik butang Muat turun, kemudian klik Open untuk memasang LIP
atau
- Klik butang Muat turun
- Klik Save untuk menyalin fail ke komputer anda,
- Kemudi ke fail yang dimuat turun dan klik dua kali padanya untuk memasang LIP
Untuk memasang versi 64-bit, anda hendaklah menggunakan pilihan 2 di atas.