Developer Tools

    Captions Language Interface Pack untuk Microsoft Visual Studio 2010

    Tukar Bahasa:
    Microsoft Captions Language Interface Pack (CLIP) adalah penyelesaian penterjemahan bahasa yang ringkas yang menggunakan kapsyen petua alat untuk memaparkan penterjemahan bagi istilah antara muka Bahasa Inggeris.
    • Note:There are multiple files available for this download.Once you click on the "Download" button, you will be prompted to select the files you need.
      Versi:

      v2.0

      Nama Fail:

      clip_myms_msmy.msi

      ms_Clip_for_VS2010.docx

      Tarikh Diterbitkan:

      30/06/2010

      Saiz Fail:

      1.9 MB

      216 KB

        Microsoft Captions Language Interface Pack (CLIP) adalah penyelesaian penterjemahan bahasa yang ringkas yang menggunakan kapsyen petua alat untuk memaparkan penterjemahan bagi istilah antara muka Bahasa Inggeris.

        CLIP direka bentuk untuk pengguna Visual Studio yang tidak fasih dalam Bahasa Inggeris. CLIP boleh membantu pengguna tersebut untuk mempelajari dan menggunakan Visual Studio 2010 dengan memberikan penterjemahan bagi elemen antara muka pengguna yang paling lazim dalam Visual Studio Integrated Development Environment (IDE). CLIP diterjemahkan dalam kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia.

        Untuk menggunakannya, gerakkan tetikus anda di sekitar skrin dan apungkan sementara di atas sebarang teks yang anda mahu terjemahkan. Pengguna juga boleh menambah penterjemahan mereka sendiri dan menyalin serta menampal sebarang hasil penterjemahan.

    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows 7; Windows Server 2003 R2 (32-Bit x86); Windows Server 2003 R2 x64 editions; Windows Server 2003 Service Pack 2; Windows Server 2008 R2; Windows Server 2008 Service Pack 2; Windows Vista Service Pack 2; Windows XP Service Pack 3




        Muat turun ini disesuaikan untuk yang berikut:

        • Visual Studio 2010 Professional

        • Visual Basic 2010 Express

        • Visual C# 2010 Express

        • Visual C++ 2010 Express

        • Visual Web Developer 2010 Express



        Kelayakan:

        • Microsoft CLIP memerlukan.NET Framework 3.5 dipasang pada komputer pengguna.



      • Untuk memasang muat turun ini:

        • Ikut arahan pemasangan atas skrin.

        • Apabila pemasangan selesai, CLIP akan bermula secara automatik.


        Arahan penggunaan:


        • Setelah dipasang, Microsoft Captions Language Interface Pack (CLIP) sudah didayakan dan sedia untuk memaparkan penterjemahan. Anda hanya perlu mengerakkan kursor anda di sekitar skrin dan apungkan sementara di atas teks yang anda mahu terjemahkan.

        • Terdapat dua jenis antara muka yang tersedia untuk menunjukkan hasil penterjemahan: Kapsyen Petua Alat atau tetingkap CLIP. Untuk memilih bagaimana dan bila penterjemahan ditunjukkan, setkan keutamaan anda menggunakan butang Pilihan (diwakili oleh dua tukul) pada tetingkap CLIP, atau Pilihan pada menu dulang sistem.

        • Untuk menambah penterjemahan pengguna, klik pada butang Tambah penterjemahan baru (diwakili oleh tanda tambah) dalam tetingkap CLIP. Perhatian, anda hanya boleh mempunyai 1 penterjemahan pengguna pada satu-satu masa. Malahan, CLIP tidak akan menunjukkan penterjemahan sehingga anda selesai menambah penterjemahan pengguna.

        • Untuk mengedit penterjemahan pengguna, pilih penterjemahan penggunaan dalam tetingkap CLIP dan klik anak panah ke bawah dalam kotak teks penterjemahan. Ambil perhatian bahawa penterjemahan lalai tidak boleh diedit.

        • Untuk mengakses tetingkap CLIP untuk teks sumber yang dipilih anda, tekan Kekunci Window + Z CLIP. Anda kemudiannya mungkin perlu mengerakkan sedikit kursor untuk memaparkan menu pemilihan. Pengguna boleh menyalin hasil penterjemahan dengan menggunakan menu Salin dan menampalnya ke dalam dokumen lain.

        • Untuk menghentikan sementara atau memulakan CLIP, dwiklik pada ikon dulang sistem. Gunakan Keluar untuk menutup CLIP.

        • Ada kalanya kapsyen petua alat CLIP mungkin dipaparkan di bawah butang petua alat Visual Studio. Maka anda boleh memilih untuk menyahdayakan petua alat Visual Studio; untuk berbuat demikian, Pergi ke menu Tools dalam Visual Studio, pilih Customize dan buang tanda daripada pilihan Show ScreenTips on Toolbars.

        Untuk mengalih keluar muat turun ini:

        • Buka Panel Kawalan dari menu Mula.

        • Pilih Tambah atau Alih keluar Program.

        • Dalam senarai program yang kini terpasang cari untuk Microsoft Captions Language Interface Pack dan buang pemasangan bahasa pilihan anda.

        • Klik Alih keluar atau Tambah/Alih keluar. Jika kotak dialog terpapar, ikut arahan untuk mengalih keluar program.

        • Klik Ya atau OK untuk mengesahkan bahawa anda mahu mengalih keluar program.

      • Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7 Microsoft Language Interface Pack tersedia dalam Bahasa Melayu.

    Muat Turun Popular

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan