Windows Live

    Windows Live Photo Gallery dan Movie Maker 2011

    Tukar Bahasa:
    Edit dan atur foto dan wayang, dan kemudian poskannya dalam talian atau kongsikan dengan rakan. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.
    • Versi:

      15.4.3555.0308

      Nama Fail:

      wlsetup-web.exe

      Tarikh Diterbitkan:

      22/03/2012

      Saiz Fail:

      1.2 MB

        Windows Live Movie Maker dan Windows Live Photo Gallery bekerja bersama-sama oleh itu adalah mudah untuk mengatur dan memilih foto dan video yang anda hendak gunakan dalam wayang anda seterusnya.

        Windows Live Photo Gallery membantu anda mengimport foto daripada kamera anda, mengaturnya ke dalam album, dan mengeditnya supaya ia kelihatan terbaik. Gunakan alatan foto yang berkesan untuk mewujudkan panorama yang menakjubkan, wayang, tayangan slaid dan banyak lagi. Anda boleh mengedit banyak foto secara serentak, membuang kecacatan, dan membaiki mata merah dalam satu klik. Apabila anda telah bersedia untuk berkongsi, terbitkan foto dan video anda ke laman web kegemaran anda seperti Facebook dan Flickr terus dari Photo Gallery. Dan dengan ciri carian baru dan alatan seperti pengecaman muka, mencari foto dalam koleksi anda adalah lebih mudah dari dahulu.

        Windows Live Movie Maker membantu anda untuk mengubah foto dan video anda menjadi wayang yang diperhalus dengan pantas. Tambah kesan khas, peralihan, bunyi, penghargaan, dan kapsyen untuk membantu penceritaan anda. Atau pilih foto, video, dan muzik yang anda mahu, dan biarkan AutoMovie melakukan kerja untuk anda: ia menggunakan tema cantik yang mengandungi peralihan, kesan, tajuk, dan banyak lagi—semuanya dalam masa kurang dari satu minit. Pos wayang anda ke laman kegemaran anda—termasuk YouTube, Facebook, Windows Live SkyDrive, dan lain-lain, terus daripada Movie Maker.

        Windows Live Photo Gallery dan Movie Maker adalah sebahagian daripada Windows Live Essentials, yang juga mengandungi Windows Live Messenger, Mail, Writer, Family Safety, Windows Live Mesh, Bing Bar, Messenger Companion, Microsoft Silverlight, dan Pek Penyambung Outlook (Penyambung Microsoft Outlook Hotmail dan Pembekal Penyambung Sosial untuk Windows Live Messenger). Anda boleh memasang hanya Photo Gallery dan Movie Maker, atau kesemua Windows Live Essentials.

        Perhatian: Mengklik Muat turun bermakna anda bersetuju dengan Perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Muat turun mungkin mengandungi kemas kini kepada program Windows Live yang anda sudah pun ada. Anda akan mendapat kemas kini kepada program ini dan program Microsoft lain daripada Kemas Kini Microsoft. Perisian ini juga mungkin memuat turun dan memasang beberapa kemas kini secara automatik. Ketahui selanjutnya
    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows 7; Windows Server 2008 R2; Windows Vista Service Pack 2

        Windows Live Photo Gallery dan Windows Live Movie Maker adalah sebahagian daripada Windows Live Essentials, yang memerlukan yang berikut:

        • Sistem operasi: Edisi 32 dan 64 bit Windows Vista Pek Khidmat 2 dengan Kemas Kini Platform untuk Windows Vista; atau Windows 7; atau Windows Server 2008 dengan Pek Khidmat 2 dan Kemas Kini Platform untuk Windows Server 2008; atau Windows Server 2008 R2.
        • Pemproses: 1.6 GHz atau lebih tinggi
        • Ingatan: 1 GB RAM atau lebih tinggi
        • Resolusi: Minimum: 1024 × 576
        • Sambungan Internet: Kefungsian Internet memerlukan akses Internet dail atau jalur lebar (dibekalkan berasingan). Caj tempatan atau panggilan jauh mungkin dikenakan.
        • Kad grafik atau video: Windows Live Movie Maker memerlukan kad video yang menyokong DirectX 9 atau lebih tinggi dan Shader Model 2 atau lebih tinggi.
        • Untuk Photo Gallery dan Movie Maker: Beberapa komponen yang diperlukan oleh DirectX 9 mungkin dipasang untuk anda jika ia belum dipasang pada komputer anda.
        • Untuk Windows Live Mesh: Untuk menjalankan Windows Live Mesh pada Mac, anda mesti mempunyai OS X 10.5 atau yang lebih baru dipasangkan. jika anda sudah memasang versi terdahulu Window Live Sync beta atau Live Mesh beta, sila lihat nota keluaran terperinci untuk keperluan tambahan.
        1. Klik butang Muat turun pada halaman ini untuk memulakan muat turun, atau pilih bahasa lain daripada senarai juntai bawah Ubah bahasa , dan klik Ubah, sebelum anda mengklik Muat turun.
        2. Di mana anda melihat syarikat atau penerbit yang disenaraikan di dalam mesej keselamatan, pastikan nama syarikat tersebut adalah Microsoft Corporation, dan kemudian klik Jalankan, Teruskan, atau Benarkan.
        3. Pemasang akan dibuka. Pilih program yang anda hendak pasang,* dan kemudian klik Seterusnya.
          *Semua program Windows Live yang telah dipasang sebelum ini juga akan dikemas kini jika anda belum lagi memasang versi terkini.
        4. Teruskan menggunakan program lain pada komputer anda sementara anda menunggu.
        5. Apabila selesai, cari program baru anda pada menu Mula Windows, di bawah Windows Live, atau dalam folder Windows Live .

    Muat Turun Popular

      • 01

        Pembantu Daftar Masuk Windows Live

        Menjadikannya lebih mudah untuk berkongsi dokumen, foto, dan fail lain daripada Windows Live Essentials, dan untuk menukar daripada satu Windows Live ID kepada yang lain dalam Internet Explorer. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

      • 02

        Windows Live Essentials

        Satu muat turun, banyak barang yang hebat. Windows Live Essentials memberikan anda pemesejan segera, e-mel, blogging, pengeditan foto dan banyak lagi. Ambil perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

      • 03

        Windows Live Photo Gallery dan Movie Maker 2011

        Edit dan atur foto dan wayang, dan kemudian poskannya dalam talian atau kongsikan dengan rakan. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

      • 04

        Pek Codec Kamera Microsoft (6.3.9721.0)

        Microsoft Camera Codec Pack membolehkan pemaparan pelbagai format fail khusus peranti. Nota: Mengklik Muat turun bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan Microsoft dan pernyataan privasi kuki. Butiran tambahan di bawah.

      • 05

        Windows Live Mail 2011

        Uruskan berbilang akaun e-mel, kalendar dan kenalan anda secara efisien. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan