Microsoft

Windows Live Mail 2011

Tukar Bahasa:
Uruskan berbilang akaun e-mel, kalendar dan kenalan anda secara efisien. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.
  • Butiran

    Versi:
    Tarikh Diterbitkan:

    15.4.3555.0308

    22/03/2012

    Nama Fail:
    Saiz Fail:

    wlsetup-web.exe

    1.2 MB

      Windows Live Mail membantu anda mengatur mel, kalendar, dan kenalan anda semua dalam satu tempat pada PC anda. Semak berbilang akaun e-mel dalam Mail, seperti Windows Live Hotmail, Gmail, dan Yahoo! Mail Plus.

      Malah, anda juga boleh melihat e-mel, kalendars, dan kenalan anda apabila anda tidak mempunyai sambungan Internet. Windows Live Mail menjadikannya lebih mudah untuk menemui apa yang anda cari dengan mengumpulkan perbualan jika anda mahu. Acara akan datang muncul bersebelahan peti masuk anda, dan anda boleh menambah perkara pada kalendar anda dengan cepat, terus dari peti masuk anda.

      Windows Live Mail adalah sebahagian daripada Windows Live Essentials, yang juga mengandungi Windows Live Messenger, Photo Gallery, Movie Maker, Writer, Family Safety, Windows Live Mesh, Bing Bar, Messenger Companion, Microsoft Silverlight, and Pek Penyambung Outlook (Penyambung Microsoft Outlook Hotmail dan Pembekal Penyambung Sosial untuk Windows Live Messenger). Anda boleh memasang hanya Mail atau kesemua Windows Live Essentials.

      Perhatian: Mengklik Muat turun bermakna anda bersetuju dengan Perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Muat turun mungkin mengandungi kemas kini kepada program Windows Live yang anda sudah pun ada. Anda akan mendapat kemas kini kepada program ini dan program Microsoft lain daripada Kemas Kini Microsoft. Perisian ini juga mungkin memuat turun dan memasang beberapa kemas kini secara automatik. Ketahui selanjutnya
  • Keperluan Sistem

    Sistem Operasi Tersokong:

    Windows 7; Windows Server 2008 R2; Windows Vista Service Pack 2

      Windows Live Mail adalah sebahagian daripada Windows Live Essentials, yang memerlukan yang berikut:

      • Sistem operasi: Edisi 32 dan 64 bit Windows Vista Pek Khidmat 2 dengan Kemas Kini Platform untuk Windows Vista; atau Windows 7; atau Windows Server 2008 dengan Pek Khidmat 2 dan Kemas Kini Platform untuk Windows Server 2008; atau Windows Server 2008 R2.
      • Pemproses: 1.6 GHz atau lebih tinggi
      • Ingatan: 1 GB RAM atau lebih tinggi
      • Resolusi: Minimum: 1024 × 576
      • Sambungan Internet: Kefungsian Internet memerlukan akses Internet dail atau jalur lebar (dibekalkan berasingan). Caj tempatan atau panggilan jauh mungkin dikenakan.
      • Kad grafik atau video: Windows Live Movie Maker memerlukan kad video yang menyokong DirectX 9 atau lebih tinggi dan Shader Model 2 atau lebih tinggi.
      • Untuk Photo Gallery dan Movie Maker: Beberapa komponen yang diperlukan oleh DirectX 9 mungkin dipasang untuk anda jika ia belum dipasang pada komputer anda.
      • Untuk Windows Live Mesh: Untuk menjalankan Windows Live Mesh pada Mac, anda mesti mempunyai OS X 10.5 atau yang lebih baru dipasangkan. jika anda sudah memasang versi terdahulu Window Live Sync beta atau Live Mesh beta, sila lihat nota keluaran terperinci untuk keperluan tambahan.
  • Arahan

      1. Klik butang Muat turun pada halaman ini untuk memulakan muat turun, atau pilih bahasa lain daripada senarai juntai bawah Ubah bahasa , dan klik Ubah, sebelum anda mengklik Muat turun.
      2. Di mana anda melihat syarikat atau penerbit yang disenaraikan di dalam mesej keselamatan, pastikan nama syarikat tersebut adalah Microsoft Corporation, dan kemudian klik Jalankan, Teruskan, atau Benarkan.
      3. Pemasang akan dibuka. Pilih program yang anda hendak pasang,* dan kemudian klik Seterusnya.
        *Semua program Windows Live yang telah dipasang sebelum ini juga akan dikemas kini jika anda belum lagi memasang versi terkini.
      4. Teruskan menggunakan program lain pada komputer anda sementara anda menunggu.
      5. Apabila selesai, cari program baru anda pada menu Mula Windows, di bawah Windows Live, atau dalam folder Windows Live .
  • Sumber Berkaitan

Muat Turun Popular

    • 01

      Windows Live Device Integrator 1.0 - Melayu (Malaysia)

      NArahan untuk muat turun ini boleh didapati dalam bahasa anda tidak lama lagi. Buat sementara ini, kami menyediakan arahan dalam Bahasa Inggeris.

    • 02

      Pembantu Daftar Masuk Windows Live

      Menjadikannya lebih mudah untuk berkongsi dokumen, foto, dan fail lain daripada Windows Live Essentials, dan untuk menukar daripada satu Windows Live ID kepada yang lain dalam Internet Explorer. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi...

    • 03

      Windows Live Photo Gallery dan Movie Maker 2011

      Edit dan atur foto dan wayang, dan kemudian poskannya dalam talian atau kongsikan dengan rakan. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

    • 04

      Windows Live Essentials 2011

      Dengan Windows Live Essentials pada PC anda, anda boleh lakukan lebih banyak perkara dengan Windows. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

    • 05

      Windows Live Photo Gallery dan Movie Maker 2011

      Edit dan atur foto dan wayang, dan kemudian poskannya dalam talian atau kongsikan dengan rakan. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

  • Loading...

    Memuatkan hasil anda, sila tunggu…

Kemas kini PC percuma

  • Tampalan keselamatan
  • Kemas kini perisian
  • Pek khidmat
  • Pemacu perkakasan
Jalankan Microsoft Update
tutup
moreinfo