Other

    Pek Bahasa 2010 Server untuk SharePoint Server 2010, Project Server 2010, Search Server 2010 dan Office Web Apps 2010

    Tukar Bahasa:
    Pek bahasa mendayakan penciptaan tapak dan koleksi tapak dalam berbilang bahasa tanpa memerlukan pemasangan berasingan SharePoint Server 2010, Project Server 2010, Search Server 2010 dan Office Web Apps 2010.
    • Butiran
      Versi:

      SP2

      Nama Fail:

      ServerLanguagePack_SP2_ms-my.exe

      Tarikh Diterbitkan:

      12/09/2013

      Saiz Fail:

      55.9 MB

        Pek bahasa mendayakan penciptaan tapak dan koleksi tapak dalam berbilang bahasa tanpa memerlukan pemasangan berasingan SharePoint Server 2010, Project Server 2010, Search Server 2010 dan Office Web Apps 2010. Berbilang pek bahasa boleh dipasang pada pelayan yang sama. Penggunaan Pek Bahasa tidak akan menukar bahasa produk pelayan Microsoft yang dipasang, atau bahasa ciri-ciri pentadbiran.

        Nota
        • Anda tidak perlu memuat turun pek bahasa untuk bahasa yang anda pasang, pek bahasa ini adalah untuk menyokong penciptaan bahasa tambahan.
    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows Server 2008 R2; Windows Server 2008 Service Pack 2; Windows Server 2012


        • Muat turun ini berfungsi dengan program-program yang berikut:

          • Microsoft SharePoint Server 2010
          • Microsoft Project Server 2010
          • Microsoft SharePoint Search Server 2010
          • Microsoft SharePoint Search Server Express 2010
          • Microsoft Office Web Apps 2010


      • Untuk memasang muat turun ini:

        Pasang pek bahasa:
        1. Muat turun fail dengan mengklik butang Muat turun (di atas) dan menyimpan fail pada cakera keras anda.
        2. Jalankan program persediaan.
        3. Pada halaman Baca Terma Lesen Perisian Microsoft, semak terma, tanda kotak semak Saya terima terma perjanjian ini dan kemudian klik Teruskan.
        4. Pendeta pemasangan menjalankan dan memasang pek bahasa.
        5. Jalankan Semula Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint, menggunakan seting lalai.
        Nota: Jika anda tidak menjalankan Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint selepas anda memasang pek bahasa, pek bahasa tidak akan dipasang dengan betul.

        Jalankan Semula Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint:
        1. Klik Mula, tunjuk kepada Semua Atur Cara, tunjuk kepada Microsoft SharePoint 2010 Products, dan kemudian klik Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint.
        2. Pada halaman Alu-aluan ke Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint, klik Seterusnya.
        3. Klik Ya dalam kotak dialog yang mengisyaratkan anda bahawa beberapa perkhidmatan mungkin perlu dimulakan semula semasa konfigurasi.
        4. Pada halaman Ubah Suai Seting Ladang Pelayan, klik Jangan putuskan sambungan daripada ladang pelayan ini, dan kemudian klik Seterusnya.
        5. Jika halaman Ubah Suai Seting Pentadbiran Web Pentadbiran Pusat SharePoint muncul, jangan ubah suai sebarang seting lalai dan kemudian klik Seterusnya.
        6. Pada halaman Melengkapkan Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint, klik Seterusnya.
        7. Pada halaman Konfigurasi Berjaya, klik Selesai.
        Arahan penggunaan:

        Untuk maklumat penggunaan, lawati tapak Gunakan pek bahasa (SharePoint Server 2010).

        Untuk mengalih keluar muat turun ini:
        1. Pada menu Mula, tunjuk kepada Seting dan kemudian klik Panel Kawalan.
        2. Dwiklik Tambah/Alih Keluar Atur Cara.
        3. Dalam senarai atur cara yang kini terpasang, pilih Pek Bahasa Version 2010 Server Software dan Office Web Apps 2010 – Bahasa Melayu dan kemudian klik Alih keluar atau Tambah/Alih keluar. Jika kotak dialog muncul, ikut arahan untuk mengalih keluar atur cara.
        4. Klik Ya atau OK untuk mengesahkan bahawa anda ingin mengalih keluar atur cara.

    Muat Turun Popular

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan