Servers

    Pek Bahasa SharePoint Server 2007

    Tukar Bahasa:
    Pek bahasa membenarkan pewujudan tapak dan koleksi tapak Microsoft Office SharePoint dalam berbilang bahasa tanpa memerlukan pemasangan berasingan Microsoft Office SharePoint Server 2007.
    • Versi:

      1

      Nama Fail:

      ServerLanguagePack.exe

      Tarikh Diterbitkan:

      22/05/2009

      Saiz Fail:

      68.1 MB

        Pek bahasa membenarkan pewujudan tapak dan koleksi tapak SharePoint dalam berbilang bahasa tanpa memerlukan pemasangan berasingan SharePoint Server 2007. Berbilang pek bahasa boleh dipasang pada pelayan yang sama. Penggunaan Pek Bahasa tidak akan menukar bahasa SKU produk pelayan Office yang dipasang, atau bahasa bagi ciri pentadbiran.

        Nota:

        • Anda perlu memasang Office SharePoint Server 2007 SP2 sebelum memasang Pek Bahasa ini.
        • Anda tidak perlu memuat turun pek bahasa untuk bahasa yang anda pasang. Pek bahasa ini adalah untuk menyokong pewujudan bahasa tambahan.
        • Pek Bahasa SharePoint Server 2007 tersedia pada Pusat Muat Turun untuk tujuan percubaan. Jika anda menggunakan pek bahasa dengan salinan SharePoint Server 2007 berlesen penuh, sila pastikan anda berbuat demikian di dalam terma Perjanjian Perlesenan Pukal anda, kerana pengehadan mungkin dikenakan — Ketahui lebih lanjut tentang program Perlesenan Pukal Microsoft.
    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows Server 2003 Service Pack 2

        • Muat turun in berfungsi dengan program Office yang berikut:
          • Microsoft Office SharePoint Server 2007
      • Untuk memasang muat turun ini:

        Pasang pek bahasa:
        1. Muat turun fail dengan mengklik butang Muat turun (di atas) dan menyimpan fail ke cakera keras anda.
        2. Jalankan ServerLanguagePack.exe.
        3. Pilih kotak semak Klik di sini untuk menerima Terma Lesen Perisian Microsoft, dan klik Teruskan jika diminta.
        4. Pada halaman Baca Terma Lesen Perisian Microsoft, kaji semula terma, pilih kotak semak Saya menerima terma perjanjian ini, dan kemudian klik Teruskan.
        5. Wizard persediaan berjalan dan memasang pek bahasa.
        6. Jalankan semula Wizard Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint, menggunakan seting lalai.
        Perhatian: Jika anda tidak menjalankan Wizard Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint selepas anda memasang pek bahasa, pek bahasa tidak akan dipasang dengan sempurna.

        Jalankan semula Wizard Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint:
        1. Klik Mula, halakan ke Semua Program, halakan ke Alat Pentadbiran, dan kemudian klik Wizard Tatarajah SharePoint Products and Technologies.
        2. Pada halaman Selamat Datang ke Produk dan Teknologi SharePoint, klik Seterusnya.
        3. Klik Ya dalam kotak dialog yang memberi amaran kepada anda bahawa sesetengah perkhidmatan mungkin perlu dimulakan semula semasa konfigurasi.
        4. Pada halaman Ubah Suai Seting Kebun Pelayan, klik Jangan putuskan sambungan daripada kebun pelayan ini, dan kemudian klik Seterusnya.
        5. Jika halaman Ubah Suai Seting Pentadbiran Pusat Pentadbiran Web SharePoint muncul, jangan ubah suai sebarang seting lalai, dan kemudian klik Seterusnya.
        6. Pada halaman Menyelesaikan Wizard Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint, klik Seterusnya.
        7. Pada halaman Konfigurasi Berjaya, klik Selesai.
        Arahan penggunaan:

        Templat tapak khusus bahasa dipasang dalam direktori \Program Files\Common Files\Microsoft Shared\web server extensions\12\template\number, yang mana nombor tersebut adalah ID Bahasa untuk bahasa yang sedang anda pasang. Sebagai contoh, pek bahasa Bahasa Inggeris AS dipasang kepada direktori \Program Files\Common Files\Microsoft Shared\web server extensions\12\template\1033. Selepas anda memasang pek bahasa, pemilik tapak dan pentadbir koleksi tapak boleh mewujudkan tapak dan koleksi tapak berdasarkan templat tapak khusus bahasa dengan menentukan bahasa semasa mereka mewujudkan tapak atau koleksi tapak SharePoint yang baru.

        Untuk maklumat penggunaan lanjut, lawati tapak Lancarkan Pek Bahasa SharePointServer 2007.

        Untuk mengalih keluar muat turun ini:
        1. Pada menu Mula, halakan ke Seting dan kemudian klik Panel Kawalan.
        2. Dwi klik Tambah/Alih keluar Program.
        3. Dalam senarai program yang telah dipasang pada masa ini, pilih Pek Bahasa SharePoint dan kemudian klik Alih keluar atau Tambah/Alih keluar. Jika kotak dialog muncul, ikut arahan untuk mengalih keluar program.
        4. Klik Ya atau OK untuk mengesahkan bahawa anda mahu mengalih keluar program.

    Muat Turun Popular

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan