Office

    Microsoft Office Language Interface Pack 2010 – Bahasa Melayu

    Tukar Bahasa:
    Microsoft Office Language Interface Pack 2010 – Bahasa Melayu menyediakan antara muka pengguna bahasa Melayu untuk kebanyakan atur cara Microsoft Office 2010.
    • Note:There are multiple files available for this download.Once you click on the "Download" button, you will be prompted to select the files you need.
      Versi:

      2

      Nama Fail:

      LanguageInterfacePack_x86_ms-my.exe

      LanguageInterfacePack_x64_ms-my.exe

      O14LipHelp.chm

      Tarikh Diterbitkan:

      15/02/2011

      Saiz Fail:

      15.9 MB

      17.4 MB

      203 KB

        Microsoft Office Language Interface Pack 2010 – Bahasa Melayu menyediakan antara muka pengguna bahasa Melayu untuk:
        • Microsoft Office Excel 2010

        • Microsoft Office OneNote 2010

        • Microsoft Office Outlook 2010

        • Microsoft Office PowerPoint 2010

        • Microsoft Office Word 2010
    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows 7

        • Perisian diperlukan: Sebarang suit atau salinan kendiri Microsoft Office 2010 mengandungi satu atau lebih aplikasi berikut: Excel, OneNote, Outlook, PowerPoint atau Word.
        • Keperluan ruang cakera: Tambahan kepada ruang cakera keras yang digunakan atur cara Office 2010 yang terpasang pada masa ini, 20 megabait (MB) ruang cakera keras tersedia diperlukan.
      • Untuk memasang muat turun ini:
        1. Muat turun fail LanguageInterfacePack.exe dengan mengklik bebutang "Download" (di atas) dan menyimpan fail tersebut ke cakera keras anda.
        2. Dwiklik fail atur cara LanguageInterfacePack.exe pada cakera keras anda untuk memulakan atur cara Persediaan.
        3. Ikuti arahan pada skrin untuk menyelesaikan pemasangan.
        4. Setelah dipasang fail readme untuk Pek Antara Muka Bahasa Microsoft Office 2010 boleh ditemui di C:\Program Files\Common Files\microsoft shared\OFFICE14\LCID\LIPread.htm
        5. Menaik taraf Office 2007 dengan Pek Antara Muka Bahasa Office 2007 atau edisi terdahulu Office 2010 dengan Pek Antara Muka Bahasa Office 2010 tidak disokong. Jika anda ingin menaik taraf pemasangan asas Office 2007 anda ke Office 2010 dengan Pek Antara Muka Bahasa Office 2010 anda hendaklah:
          • Membuang pemasangan Office 2007 Language Interface Pack
          • Menjalankan persediaan Office 2010 dan memilih opsyen naik taraf.
          • Apabila persediaan Office 2010 selesai, pasang dan konfigurasikan Office 2010 Language Interface Pack


          • Mengaktifkan produk Office anda:
          • Jika anda menghadapi masalah membaca keseluruhan Kod Pemasangan pada dialog "Microsoft Office Activation Wizard", atau keseluruhan kod pemasangan tidak dipaparkan dengan betul apabila menggunakan Microsoft® Office Language Interface Pack 2010 anda, sila batalkan pendeta dan bertukar ke produk bahasa Inggeris anda untuk mengaktifkan produk Microsoft Office anda.


        Arahan penggunaan:

        Untuk menukar Antara Muka Pengguna anda ke bahasa Microsoft Office Language Interface Pack 2010– Bahasa Melayu , ikuti langkah-langkah ini:

        1. Lancarkan Keutamaan Bahasa Microsoft Office 2010 daripada menu Mula\Semua Atur Cara\Microsoft Office\Microsoft Office Tools .
        2. Di bawah Pilih Bahasa Paparan dan Bantuan, di bawah Bahasa Paparan pilih bahasa yang diperlukan dan klik pada bebutang Setkan sebagai Lalai .
        3. Di bawah Pilih Bahasa Pengeditan, pilih bahasa yang diperlukan dan klik pada bebutang Setkan sebagai Lalai .
        4. Klik bebutang OK .

        Seting bahasa yang telah anda pilih akan digunakan pada kali seterusnya anda memulakan aplikasi Office anda.
        Nota: Bantuan tidak boleh ditukar ke bahasa Microsoft Office Language Interface Pack 2010– Bahasa Melayu . Bantuan akan sentiasa kekal dalam bahasa pemasangan asal anda.
        Sentiasa setkan bantuan paparan anda dalam senarai juntai bawah ke bahasa asas.

        Untuk mengalih keluar muat turun ini:
          Ikuti langkah-langkah ini pada Windows XP Home atau Professional Edition:
        1. Keluar daripada semua atur cara.
        2. Dwiklik ikon Tambah atau Alih Keluar Atur Cara dalam Panel Kawalan Windows.
        3. Klik Microsoft Office Language Interface Pack 2010 dalam kotak Atur cara terpasang sekarang , kemudian klik bebutang Alih Keluar .
        4. Ikuti arahan pada skrin.

          Ikuti langkah-langkah ini pada Windows Vista atau Windows 7:
        1. Keluar daripada semua atur cara.
        2. Dwiklik ikon Atur Cara dan Ciri dalam Panel Kawalan Windows.
        3. Dalam opsyen Buang Pemasangan atau Tukar Atur Cara , klik Microsoft Office Language Interface Pack 2010– Bahasa Melayu dalam kotak Atur cara terpasang sekarang , kemudian pilih opsyen Buang pemasangan .
        4. Ikuti arahan pada skrin.



        Jika anda tak dapat lihat kandungan fail CHM selepas memuat turunnya, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut yang akan membolehkan anda melihat kandungan :
        1. Buka folder di tempat anda memuat turun fail CHM.
        2. Klik kiri pada CHM dan daripada menu yang muncul, pilih Sifat.
        3. Pada tab Am, klik butang Nyahsekat kemudian klik butang OK.
        4. Dwiklik pada fail CHM dan kini anda dapat melihat kandungannya.

    Muat Turun Popular

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan