Office

    Office 2003 Pek Khidmat 3 (SP3)

    Tukar Bahasa:
    Office 2003 Pek Khidmat 3 menyediakan kemas kinian terbaru untuk Microsoft Office 2003.
    • Versi:

      1

      Nama Fail:

      Office2003SP3-KB923618-FullFile-MSL.exe

      Tarikh Diterbitkan:

      17/09/2007

      Saiz Fail:

      66.7 MB

      Artikel Pengukuhan Pengetahuan [Knowledge Base (KB)]: KB923618

        Microsoft® Office 2003 Pek Khidmat 3 (SP3) mewakili perkembangan besar dalam keselamatan untuk Office 2003. Ia mengukuhkan lagi suit Office terhadap potensi serangan dan ancaman keselamatan yang lain. Pek khidmat ini juga mengandungi pembetulan yang sebelum ini telah dikeluarkan sebagai kemas kinian berasingan bagi Office 2003.

        Anda boleh mendapatkan maklumat khusus mengenai kemas kinian ini dalam artikel Microsoft Knowledge Base (923618): Perihalan Office 2003 Pek Khidmat 3.

        Disertakan dalam Pek Khidmat ini
        Pek khidmat ini termasuk kemas kinian keselamatan yang penting. Pek khidmat ini juga mengandungi kemas kinian yang sebelum ini dikeluarkan untuk Office 2003:
        Pek Khidmat 3 juga mengandungi penambahbaikan kestabilan yang dibangunkan hasil daripada input pengguna daripada Microsoft Online Crash Analysis dalam Office 2003 dan daripada maklum balas Sokongan Produk Microsoft.

        Beberapa perubahan dalam Pek Khidmat 3 mengubah suai kelakuan Office 2003, termasuk perubahan yang menyahdayakan beberapa ciri secara lalai dan meningkatkan kawalan untuk pentadbir komputer. Perubahan termasuk:
        • Office 2003 tidak lagi dapat membuka atau menyimpan format fail tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938810.
        • Borang MAPI tidak berjalan dalam folder awam dan folder pengguna. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938816.
        • Office 2003 kini boleh dikonfigurasi untuk membenarkan atau menolak komponen COM khusus. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base Article 938815.
        • Beberapa komponen COM dengan sifat yang laur biasa mungkin tidak berfungsi seperti yang dijangkakan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938814.
        • Perubahan telah dibuat pada kelakuan Pengimejan Dokumen Microsoft Office. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938813.
        • Beberapa lampiran tidak boleh dibuka dalam Outlook. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938811.
        • Tambahan Access tidak lagi boleh dikonfigurasi untuk digunakan oleh semua pengguna. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938809.
        • Seting Simpan Cepat dalam Microsoft Office Word telah dikeluarkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938808.
        • Dokumen yang disimpan dalam format tertentu tidak lagi mengandungi nombor versi Office. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938807.
        • Makro tertentu dalam format fail Excel lama mempunyai keselamatan yang dipertingkatkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Artikel Microsoft Knowledge Base 938806.
    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows 2000 Service Pack 3; Windows Server 2003 Service Pack 1; Windows Vista; Windows XP Service Pack 2

        Kemas kinian ini digunakan pada program berikut:
        • Microsoft® Office Basic Edition 2003

        • Microsoft® Office Professional Edition 2003

        • Microsoft® Office Small Business Edition 2003

        • Microsoft® Office Standard Edition 2003

        • Microsoft® Office Student and Teacher Edition 2003

        • Microsoft® Office Access 2003

        • Microsoft® Office Access 2003 Runtime

        • Microsoft® Office Excel® 2003

        • Microsoft® Office FrontPage® 2003

        • Microsoft® Office InfoPath® 2003

        • Microsoft® Office Outlook® 2003

        • Microsoft® Office PowerPoint® 2003

        • Microsoft® Office Publisher 2003

        • Microsoft® Office Word 2003

        • Microsoft® Office 2003 Web Components

        • Microsoft® Office XP Web Components

    Muat Turun Popular

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan