Windows Live

    Windows Live Writer

    Tukar Bahasa:
    Windows Live Writer menjadikan blogging lebih mudah. Anda boleh menambah foto dan video, memformat segalanya, dan terbitkan ke kebanyakan perkhidmatan blogging. Ambil perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.
    • Versi:

      14.0.8092.0805

      Nama Fail:

      wlsetup-web.exe

      Tarikh Diterbitkan:

      18/08/2009

      Saiz Fail:

      1.1 MB

        Windows Live Writer menjadikannya mudah untuk berkongsi foto dan video anda pada hampir kesemua perkhidmatan blog. Dengan Writer, anda boleh pratonton semua yang anda sedang tambahkan ke blog anda, dan lihat bagaimana fon, jarak, warna, dan imej akan benar-benar kelihatan, sebelum anda terbitkan. Adalah pantas dan mudah untuk menjadikan foto dan video kelihatan hebat pada blog anda. Malah anda juga boleh mewujudkan album foto—hanya pilih gaya yang anda mahu dan Writer akan menguruskan semuanya. Writer sudah pun padat dengan ciri yang berguna, tetapi jika anda suka menggodek-godek, terdapat pelbagai pasang-masuk yang anda boleh tambah untuk membantu anda melakukan lebih banyak lagi .
        Windows Live Writer adalah sebahagian daripada Windows Live Essentials, yang merangkumi Windows Live Messenger, Mail, Writer, Photo Gallery, Family Safety, Toolbar, dan Movie Maker, serta Penyambung Outlook, Office Live Add-in, dan Microsoft Silverlight.
        Perhatian: Mengklik Muat turun bermakna anda bersetuju dengan Perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Muat turun mungkin menyertakan kemas kini program Windows Live yang anda sudah pun ada. Anda akan mendapat kemas kini program ini dan program Microsoft lain daripada Kemas Kini Microsoft. Perisian ini juga mungkin memuat turun dan memasang beberapa kemas kini secara automatik. Ketahui selanjutnya
    • Sistem Operasi Tersokong:

      Windows 7; Windows Server 2008; Windows Vista; Windows Vista Service Pack 1; Windows Vista Service Pack 2; Windows XP Service Pack 2; Windows XP Service Pack 3

        Sistem pengoperasian: Windows XP dengan Pek Khidmat 2 (edisi 32 bit sahaja), Windows Vista (edisi 32 bit atau 64 bit), Windows 7 (edisi 32 bit atau 64 bit), atau Windows Server 2008.
        Perhatian: Windows Live Movie Maker tidak disokong pada Windows XP.

        Pemproses: 1 GHz atau yang lebih tinggi untuk Windows 7 atau Windows Vista; 800 MHz atau yang lebih tinggi untuk Windows XP.

        Ingatan: 512 MB RAM untuk Windows 7 atau Windows Vista; 128 MB (256 MB atau lebih disyorkan) untuk Windows XP.

        Resolusi: Minimum 1024 x 768

        Sambungan Internet: Kefungsian Internet memerlukan akses Internet dailan atau jalur lebar (dibekalkan secara berasingan). Caj tempatan atau panggilan jauh mungkin dikenakan.

        Pelayar: Windows Live Toolbar memerlukan Microsoft Internet Explorer 6, Internet Explorer 7, atau Internet Explorer 8.

        Kad grafik atau video: Windows Live Movie Maker memerlukan kad video yang menyokong DirectX 9.0 atau yang lebih tinggi dan Shader Model 2.0 atau yang lebih tinggi.


        Keperluan tambahan: Komponen berikut diperlukan untuk Windows Live Writer, dan mungkin dipasangkan untuk anda jika ia tiada di dalam komputer anda:
        • Microsoft .NET Framework 2.0 atau yang lebih tinggi*

        * Tidak diperlukan apabila memasang pada Windows 7 atau Windows Vista.

        Perhatian
        Untuk memasang atau menyahpasang produk Windows Live, anda mesti mempunyai hak pentadbir pada komputer tersebut.

        1. Klik butang Muat turun pada halaman ini untuk memulakan muat turun, atau pilih bahasa lain daripada senarai juntai bawah Ubah bahasa dan klik Ubah.
        2. Di mana anda melihat syarikat atau penerbit disenaraikan di dalam mesej keselamatan, pastikan nama syarikat tersebut adalah Microsoft Corporation. Jika ya, maka adalah selamat untuk mengklik Jalankan, Teruskan, atau Benarkan.
        3. Pemasang akan dibuka. Pilih program yang anda hendak pasang*, dan kemudian klik Teruskan.
          *Program Windows Live yang telah dipasang sebelum ini juga akan dikemas kini jika anda belum lagi memasang versi terkini.
        4. Berehat seketika, atau lakukan perkara lain pada komputer anda sementara anda menunggu. Pemasangan mengambil masa tidak lebih daripada beberapa minit pada sambungan jalur lebar.
        5. Apabila ia selesai, anda akan menemui program baru anda dalam folder Windows Live pada menu Mula Windows.

    Muat Turun Popular

      • 01

        Pek Codec Kamera Microsoft (6.3.9721.0)

        Microsoft Camera Codec Pack membolehkan pemaparan pelbagai format fail khusus peranti. Nota: Mengklik Muat turun bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan Microsoft dan pernyataan privasi kuki. Butiran tambahan di bawah.

      • 02

        Windows Live Photo Gallery dan Movie Maker 2011

        Edit dan atur foto dan wayang, dan kemudian poskannya dalam talian atau kongsikan dengan rakan. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

      • 03

        Windows Live Writer

        Windows Live Writer menjadikan blogging lebih mudah. Anda boleh menambah foto dan video, memformat segalanya, dan terbitkan ke kebanyakan perkhidmatan blogging. Ambil perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

      • 04

        Windows Live Photo Gallery dan Movie Maker 2011

        Edit dan atur foto dan wayang, dan kemudian poskannya dalam talian atau kongsikan dengan rakan. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

      • 05

        Windows Live Essentials 2011

        Dengan Windows Live Essentials pada PC anda, anda boleh lakukan lebih banyak perkara dengan Windows. Perhatian bahawa dengan mengklik “Muat turun” bermakna anda bersetuju dengan perjanjian perkhidmatan dan pernyataan privasi Microsoft. Butiran tambahan di bawah.

    Loading your results, please wait...

    Kemas kini PC percuma

    • Tampalan keselamatan
    • Kemas kini perisian
    • Pek khidmat
    • Pemacu perkakasan