Diterbitkan:
Berkuat kuasa: 1 Mei 2018
Perjanjian Perkhidmatan Microsoft
Privasi AndaPrivasi Anda1_YourPrivacy
Ringkasan

1. Privasi Anda. Privasi anda penting bagi kami. Sila baca Pernyataan Privasi Microsoft ("Pernyataan Privasi") kerana ia menerangkan jenis data yang kami kumpulkan daripada anda dan peranti anda ("Data"), cara kami menggunakan Data anda, dan asas perundangan yang kami ada untuk memproses Data anda. Pernyataan Privasi ini juga menerangkan cara Microsoft menggunakan kandungan anda, iaitu komunikasi anda dengan orang lain; siaran yang diserahkan oleh anda kepada Microsoft melalui Perkhidmatan ini; dan fail, foto, dokumen, audio, kerja digital, siaran langsung dan video yang anda muat naik, simpan, siarkan atau kongsi melalui Perkhidmatan ini ("Kandungan Anda"). Apabila pemprosesan adalah berdasarkan kebenaran dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, dengan mempersetujui Terma ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Kandungan dan Maklumat Anda oleh Microsoft seperti yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi. Dalam beberapa kes, kami akan memberikan notis berasingan dan meminta kebenaran anda seperti yang dirujuk dalam Kenyataan Privasi.

Teks lengkap
Kandungan AndaKandungan Anda2_yourContent
Ringkasan

2. Kandungan Anda Kebanyakan Perkhidmatan kami membenarkan anda menyimpan atau berkongsi Kandungan Anda atau menerima bahan daripada orang lain. Kami tidak menuntut hak milik Kandungan Anda. Kandungan Anda kekal sebagai Kandungan Anda dan anda bertanggungjawab ke atasnya.

  • a. Apabila anda berkongsi Kandungan Anda dengan orang lain, anda memahami bahawa mereka mungkin dapat, di seluruh dunia, menggunakan, menyimpan, merakam, menghasilkan semula, menyiarkan, menghantar, berkongsi dan memaparkan (dan memadam pada HealthVault) Kandungan Anda tanpa memampasi anda. Jika anda tidak mahu orang lain mempunyai kebolehan tersebut, jangan gunakan Perkhidmatan ini untuk berkongsi Kandungan Anda. Anda membuat representasi dan menjamin bahawa untuk tempoh Terma ini, anda mempunyai (dan akan mempunyai) semua hak yang diperlukan untuk Kandungan Anda yang dimuat naik, disimpan atau dikongsi pada atau menerusi Perkhidmatan ini, dan bahawa pengumpulan, penggunaan dan pengekalan Kandungan Anda tidak akan melanggar mana-mana undang-undang atau hak orang lain. Microsoft tidak memiliki, mengawal, mengesahkan, membayar untuk, mengendors atau sebaliknya menanggung sebarang liabiliti untuk Kandungan Anda dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk Kandungan Anda atau bahan yang orang lain muat naik, simpan atau kongsi dengan menggunakan Perkhidmatan ini.
  • b. Setakat yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan ini kepada anda dan orang lain, untuk melindungi and dan Perkhidmatan ini, dan untuk menambah baik produk dan perkhidmatan Microsoft, anda memberi kepada Microsoft lesen harta intelektual seluruh dunia dan bebas royalti untuk menggunakan Kandungan Anda, sebagai contoh, untuk membuat salinan, menyimpan, menghantar, memformat semula, memaparkan, dan mengedarkan menerusi alat komunikasi Kandungan Anda pada Perkhidmatan ini. Jika anda menerbitkan Kandungan Anda dalam bidang Perkhidmatan di mana ia disediakan secara meluas dalam talian tanpa sekatan, Kandungan Anda mungkin muncul dalam demonstrasi atau bahan yang mempromosikan Perkhidmatan ini. Sesetengah Perkhidmatan disokong oleh pengiklanan. Kawalan bagi cara Microsoft memeribadikan pengiklanan boleh didapati di halaman Keselamatan & privasi dalam laman web pengurusan akaun Microsoft. Kami tidak menggunakan apa yang anda kata dalam e-mel, sembang, panggilan video atau mel suara, atau dokumen, foto atau fail peribadi anda yang lain untuk menjadikan anda sasaran pengiklanan. Dasar pengiklanan kami dirangkumi dengan terperinci dalam Pernyataan Privasi.
Teks lengkap
TatakelakuanTatakelakuan3_codeOfConduct
Ringkasan

3. Tatakelakuan.

  • a. Dengan mempersetujui Terma ini, anda bersetuju bahawa, sewaktu menggunakan Perkhidmatan ini, anda akan mematuhi peraturan ini:
    • i. Jangan melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang.
    • ii. Jangan terlibat dalam sebarang aktiviti yang mengeksploitasi, memudaratkan, atau mengancam kanak-kanak.
    • iii. Jangan menghantar spam. Spam ialah e-mel pukal, siaran, permintaan berkenalan, SMS (mesej teks), atau mesej segera yang tidak dikehendaki atau tidak diminta.
    • iv. Jangan paparkan kepada awam atau gunakan Perkhidmatan untuk berkongsi kandungan atau bahan yang tidak wajar (melibatkan, sebagai contoh, kebogelan, berahi binatang, pornografi, bahasa yang menyinggung perasaan, keganasan grafik atau aktiviti jenayah) atau Kandungan Anda atau bahan yang tidak mematuhi undang-undang atau peraturan tempatan.
    • v. Jangan terlibat dalam aktiviti penipuan, palsu atau yang mengelirukan (cth., meminta wang dengan berpura-pura, menyamar sebagai orang lain, memanipulasi Perkhidmatan untuk meningkatkan kiraan main atau mempengaruhi kedudukan, rating atau komen) atau bersifat libel atau fitnah.
    • vi. Jangan memintas sebarang sekatan akses ke atau ketersediaan Perkhidmatan.
    • vii. Jangan terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan anda, Perkhidmatan ini atau orang lain (cth., menghantar virus, menghendap, menyiarkan kandungan pengganas, menyampaikan bicara kebencian, atau menggalakkan keganasan terhadap orang lain).
    • viii. Jangan mencabuli hak orang lain (cth., perkongsian muzik yang berhak cipta atau bahan berhak cipta, jualan semula atau pengedaran lain peta Bing atau fotograf).
    • ix. Jangan terlibat dalam aktiviti yang mencabuli privasi atau hak perlindungan data orang lain.
    • x. Jangan membantu orang lain melanggar undang-undang ini.
  • b. Penguatkuasaan. Jika anda melanggar Terma ini, kami boleh, menurut budi bicara tunggal kami, berhenti menyediakan Perkhidmatan ini kepada anda atau kami boleh menutup akaun Microsoft anda. Kami juga boleh menyekat penghantaran sesuatu komunikasi (seperti e-mel, perkongsian fail atau mesej segera) ke atau daripada Perkhidmatan ini dalam usaha untuk menguatkuasakan Terma ini, atau kami mungkin mengeluarkan atau enggan menerbitkan Kandungan Anda atas apa jua sebab. Sewaktu menyiasat pelanggaran Terma ini yang didakwa, Microsoft berhak untuk meneliti Kandungan Anda untuk menyelesaikan isu ini, dan anda dengan ini mengizinkan penelitian sedemikian. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh memantau keseluruhan Perkhidmatan dan tidak mencuba untuk melakukan sedemikian.
  • c. Penggunaan ke atas Perkhidmatan Xbox. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Tatakelakuan ini terpakai ke atas Xbox Live, Permainan untuk Windows Live dan permainan, aplikasi, perkhidmatan dan kandungan Microsoft Studios yang disediakan oleh Microsoft. Pelanggaran Tatakelakuan melalui Perkhidmatan Xbox (ditakrifkan dalam seksyen 13(a)(i)) boleh mengakibatkan penggantungan atau larangan daripada menyertai dalam Perkhidmatan Xbox, termasuk perampasan lesen kandungan, masa Keahlian Xbox Gold dan baki akaun Microsoft yang terkait dengan akaun.
Teks lengkap
Menggunakan Perkhidmatan & SokonganMenggunakan Perkhidmatan & Sokongan4_usingTheServicesSupport
Ringkasan

4. Menggunakan Perkhidmatan & Sokongan.

  • a. Akaun Microsoft. Anda akan memerlukan akaun Microsoft untuk mengakses kebanyakan Perkhidmatan ini. Akaun Microsoft anda membolehkan anda mendaftar masuk ke produk, laman web dan perkhidmatan yang disediakan oleh Microsoft dan sesetengah rakan niaga Microsoft.
    • i. Membuat Akaun. Anda boleh membuat akaun Microsoft dengan mendaftar dalam talian. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan apa-apa maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan sewaktu mendaftar untuk akaun Microsoft anda. Dalam sesetengah keadaan, pihak ketiga, seperti pembekal perkhidmatan Internet anda, mungkin telah memperuntukkan akaun Microsoft kepada anda. Jika anda menerima akaun Microsoft daripada pihak ketiga, pihak ketiga tersebut mungkin mempunyai hak tambahan ke atas akaun anda seperti keupayaan untuk mengakses atau memadam akaun Microsoft anda. Sila semak sebarang terma tambahan yang disediakan oleh pihak ketiga kepada anda, kerana Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas terma tambahan ini. Jika anda membuat akaun Microsoft bagi pihak sesebuah entiti, seperti perniagaan atau majikan anda, anda membuat representasi bahawa anda mempunyai kuasa undang-undang untuk memastikan entiti tersebut terikat dengan Terma ini. Anda tidak boleh memindahkan kelayakan akaun Microsoft anda kepada pengguna atau entiti lain. Untuk melindungi akaun anda, pastikan butir-butir dan kata laluan akaun anda sulit. Anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun Microsoft anda.
    • ii. Penggunaan Akaun. Anda hendaklah menggunakan akaun Microsoft anda untuk memastikan ia kekal aktif. Ini bererti anda hendaklah mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun untuk memastikan akaun Microsoft anda, dan Perkhidmatan yang berkaitan aktif, melainkan disyaratkan sebaliknya dalam tawaran untuk bahagian berbayar Perkhidmatan ini. Jika anda tidak mendaftar masuk dalam tempoh ini, kami akan mengandaikan akaun Microsoft anda tidak aktif dan akan menutupnya untuk anda. Sila lihat seksyen 4(a)(iv)(2) untuk akibat akuan Microsoft yang ditutup. Anda hendaklah mendaftar masuk ke peti masuk Outlook.com anda dan OneDrive (secara berasingan) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu tahun, sekiranya tidak, kami akan menutup peti masuk Outlook.com anda dan OneDrive anda untuk anda. Anda hendaklah mendaftar masuk ke dalam Perkhidmatan Xbox sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun untuk mengekalkan tag pemain yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda. Jika kami secara munasabah mengesyaki bahawa akaun Microsoft anda digunakan oleh pihak ketiga dalam penipuan (sebagai contoh, hasil daripada akaun yang dikompromi), Microsoft mungkin menggantung akaun anda sehingga anda menuntut kembali hak miliknya. Bergantung pada keadaan kompromi itu, kami mungkin perlu menyahdayakan akses kepada sesetengah atau semua Kandungan Anda. Jika anda mengalami masalah mengakses akaun Microsoft anda, sila layari laman web ini: https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=238656.
    • iii. Kanak-kanak dan Akaun Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda membuat representasi bahawa anda telah sama ada mencapai usia "dewasa" atau "tanggungjawab yang sah" di mana anda menetap atau mempunyai persetujuan ibu bapa atau penjaga yang sah untuk diikat oleh Terma ini. Jika anda tidak tahu sama ada anda telah mencapai usia dewasa atau "tanggungjawab yang sah" di tempat anda tinggal, atau tidak memahami seksyen ini, sila minta bantuan dan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda yang sah sebelum anda mencipta akaun Microsoft. Jika anda ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak yang membuat akaun Microsoft, anda dan kanak-kanak tersebut menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Terma ini dan bertanggungjawab untuk semua penggunaan akaun Microsoft, atau Perkhidmatan, termasuk pembelian, sama ada akaun kanak-kanak ini dibuka sekarang atau dibuat kemudian.
    • iv. Menutup Akaun Anda.
      • 1. Anda boleh membatalkan Perkhidmatan khusus atau menutup akaun Microsoft anda pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab. Untuk menutup akaun Microsoft anda, sila layari https://go.microsoft.com/fwlink/p/?linkid=618278. Apabila anda meminta kami menutup akaun Microsoft anda, kami akan meletakkannya dalam keadaan tergantung selama 60-hari kalau-kalau anda menukar fikiran anda. Selepas tempoh 60-hari, akaun Microsoft anda akan ditutup. Sila lihat seksyen 4(a)(iv)(2) di bawah untuk penjelasan tentang perkara yang berlaku apabila akaun Microsoft anda ditutup. Melog masuk kembali dalam tempoh 60-hari tersebut akan mengaktifkan semula akaun Microsoft anda.
      • 2. Jika akaun Microsoft anda ditutup (sama ada oleh anda atau kami), beberapa perkara akan berlaku. Pertama, hak anda untuk menggunakan akaun Microsoft untuk mengakses Perkhidmatan ini berhenti serta-merta. Kedua, kami akan memadam Data atau Kandungan Anda yang berkaitan dengan akaun Microsoft anda atau akan sebaliknya memutuskan hubungannya daripada anda dan akaun Microsoft anda (melainkan kami diperlukan oleh undang-undang untuk mengekalkannya, mengembalikannya atau memindahkannya kepada anda atau pihak ketiga yang dikenal pasti oleh anda). Anda seharusnya mempunyai rancangan sandaran yang kerap kerana Microsoft tidak akan dapat mendapatkan kembali Kandungan atau Data anda setelah akaun anda ditutup. Ketiga, anda mungkin kehilangan akses kepada produk yang anda telah perolehi.
  • b. Akaun Kerja atau Sekolah. Anda boleh mendaftar masuk ke dalam sesetengah perkhidmatan Microsoft dengan alamat e-mel kerja atau sekolah. Jika anda berbuat demikian, anda bersetuju bahawa pemilik domain yang dikaitkan dengan alamat e-mel anda boleh mengawal dan mentadbir akaun anda, dan mengakses dan memproses data anda, termasuk kandungan komunikasi dan fail anda, dan bahawa Microsoft boleh memaklumkan pemilik domain jika akaun atau Data itu terjejas. Anda juga bersetuju bahawa penggunaan perkhidmatan Microsoft mungkin tertakluk pada perjanjian yang Microsoft termeterai dengan anda atau organisasi anda dan Terma ini mungkin tidak digunakan. Jika anda sudah mempunyai akaun Microsoft dan menggunakan alamat e-mel kerja atau sekolah yang berasingan untuk mengakses Perkhidmatan yang dirangkumi di bawah Terma ini, anda mungkin digesa untuk mengemas kini alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda untuk terus mengakses Perkhidmatan itu.
  • c. Pelan Peralatan/Data Tambahan. Untuk menggunakan kebanyakan Perkhidmatan ini, anda akan memerlukan sambungan internet dan/atau pelan data/selular. Anda juga mungkin memerlukan peralatan tambahan, seperti set kepala, kamera atau mikrofon. Anda bertanggungjawab untuk menyediakan semua sambungan, rancangan dan peralatan yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan ini dan untuk membayar fi yang dikenakan oleh pembekal sambungan, rancangan dan peralatan anda. Bayaran tersebut adalah tambahan kepada sebarang bayaran yang anda bayar kepada kami untuk Perkhidmatan dan kami akan membayar balik kepada anda bayaran berkenaan. Rujuk kepada pembekal anda untuk menentukan sama ada terdapat sebarang bayaran seperti ini yang mungkin dikenakan kepada anda.
  • d. Pemberitahuan Perkhidmatan. Apabila kami perlu maklumkan sesuatu kepada anda tentang Perkhidmatan yang anda gunakan, kami akan menghantar pemberitahuan Perkhidmatan. Jika anda memberikan alamat e-mel atau nombor telefon anda berhubung dengan akaun Microsoft anda, maka kami mungkin menghantar pemberitahuan Perkhidmatan kepada anda melalui e-mel atau SMS (mesej teks), termasuk untuk mengesahkan identiti anda sebelum mendaftar nombor telefon mudah alih. Kami juga boleh menghantar pemberitahuan Perkhidmatan dengan cara lain (contohnya dengan mesej dalam produk). Kadar data atau pemesejan mungkin berkenaan apabila menerima makluman melalui SMS.
  • e. Sokongan. Sokongan Pelanggan untuk sesetengah Perkhidmatan boleh didapati di support.microsoft.com. Sesetengah Perkhidmatan mungkin menawarkan sokongan pelanggan yang berasingan atau tambahan, tertakluk pada terma yang terdapat di www.microsoft.com/support-service-agreement, melainkan dinyatakan sebaliknya. Sokongan mungkin tidak tersedia untuk versi pratonton atau beta ciri atau Perkhidmatan. Perkhidmatan ini mungkin tidak serasi dengan perisian atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, anda bertanggungjawab untuk membiasakan diri anda dengan keperluan keserasian.
  • f. Menamatkan Perkhidmatan anda. Jika Perkhidmatan anda dibatalkan (sama ada oleh anda atau kami), pertama, hak anda untuk mengakses Perkhidmatan ini berhenti serta-merta dan lesen anda bagi perisian yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini berakhir. Kedua, kami akan memadam Data atau Kandungan Anda yang berkaitan dengan Perkhidmatan anda atau akan sebaliknya memutuskan hubungannya daripada anda dan akaun Microsoft anda (melainkan kami diperlukan oleh undang-undang untuk mengekalkannya, mengembalikannya atau memindahkannya kepada anda atau pihak ketiga yang dikenal pasti oleh anda). Akibatnya, anda mungkin tidak lagi dapat mengakses apa-apa Perkhidmatan (atau Kandungan Anda yang anda simpan dalam Perkhidmatan berkenaan). Anda harus mempunyai pelan sandaran yang kerap. Ketiga, anda mungkin hilang akses kepada produk yang anda telah perolehi. Jika anda telah membatalkan akaun Microsoft anda dan tidak mempunyai akaun lain yang boleh mengakses Perkhidmatan, Perkhidmatan anda mungkin dibatalkan dengan serta-merta.
Teks lengkap
Menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak KetigaMenggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga5_usingThird-PartyAppsAndServices
Ringkasan

5. Menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga Perkhidmatan ini mungkin membenarkan anda mengakses atau mendapatkan produk, perkhidmatan, laman web, pautan, kandungan, bahan, permainan, kemahiran, penyepaduan, bot atau aplikasi daripada pihak ketiga yang bebas (syarikat atau individu bukan Microsoft) ("Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga"). Kebanyakan Perkhidmatan kami juga membantu anda mencari, membuat permintaan kepada, atau berinteraksi dengan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga, atau membolehkan anda untuk berkongsi Kandungan atau Data anda, dan anda memahami bahawa anda menghalakan Perkhidmatan untuk menyediakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga kepada anda. Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga juga membolehkan anda menyimpan Kandungan dan Data anda dengan penerbit, pembekal atau pengendali Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga. Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga mungkin memberi anda dasar privasi atau memerlukan anda menerima terma tambahan yang anda boleh pasang atau menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga ini. Lihat seksyen 13(b) untuk terma tambahan bagi aplikasi yang diperoleh melalui Office Store, Xbox Store atau Windows Store. Anda hendaklah menyemak apa-apa terma tambahan dan dasar privasi sebelum memperoleh, menggunakan, meminta atau memautkan Akaun Microsoft anda ke mana-mana Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga. Sebarang terma tambahan tidak mengubah suai Terma ini. Microsoft tidak melesen sebarang harta intelektual kepada anda sebagai sebahagian daripada mana-mana Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga ini. Anda bersetuju dan menanggung semua risiko dan liabiliti yang berbangkit daripada penggunaan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga ini oleh anda dan bahawa Microsoft tidak bertanggungjawab untuk sebarang isu yang berbangkit daripada penggunaannya. Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas anda atau orang lain untuk maklumat atau perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga.

Teks lengkap
Ketersediaan PerkhidmatanKetersediaan Perkhidmatan6_serviceAvailability
Ringkasan

6. Ketersediaan Perkhidmatan.

  • a. Perkhidmatan, Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga, atau bahan atau produk yang ditawarkan melalui Perkhidmatan ini mungkin tidak tersedia dari semasa ke semasa, mungkin ditawarkan untuk masa terhad, atau mungkin berbeza-beza bergantung pada rantau atau peranti anda. Jika anda menukar lokasi yang berkaitan dengan akaun Microsoft anda, anda mungkin perlu memperoleh semula bahan atau aplikasi yang tersedia kepada anda dan dibayar di rantau anda yang sebelumnya. Anda bersetuju untuk tidak mengakses atau menggunakan bahan atau Perkhidmatan yang tidak sah di sisi undang-undang atau tidak dilesenkan untuk digunakan di negara tempat anda mengaksesnya atau menggunakan bahan atau Perkhidmatan tersebut, atau untuk menyembunyikan atau membuat salah representasi tentang lokasi atau identiti anda untuk mendapat akses atau menggunakan bahan atau Perkhidmatan tersebut.
  • b. Kami berusaha untuk memastikan Perkhidmatan boleh digunakan; bagaimanapun, semua perkhidmatan dalam talian sesekali menanggung gangguan dan kegagalan, dan Microsoft tidak bertanggungjawab untuk sebarang akibat daripada gangguan atau kerugian yang anda mungkin alami. Sekiranya berlaku kegagalan, anda mungkin tidak dapat mendapatkan kembali Kandungan atau Data yang anda telah simpan. Kami mengesyorkan anda menyandarkan secara kerap Kandungan dan Data anda yang anda simpan pada Perkhidmatan atau simpan menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga.
Teks lengkap
Kemas kini kepada Perkhidmatan atau Perisian, dan Perubahan kepada Terma IniKemas kini kepada Perkhidmatan atau Perisian, dan Perubahan kepada Terma Ini7_updatesToTheServicesOrSoftwareAndChangesToTheseTerms
Ringkasan

7. Kemas kini kepada Perkhidmatan atau Perisian, dan Perubahan kepada Terma Ini.

  • a. Kami mungkin menukar Terma ini pada bila-bila masa, dan kami akan memberitahu anda apabila kami berbuat demikian. Menggunakan Perkhidmatan ini selepas perubahan tersebut berkuat kuasa bermaksud anda mempersetujui terma baharu tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan terma baharu ini, anda hendaklah berhenti menggunakan Perkhidmatan ini, menutup akaun Microsoft dan, jika anda ibu bapa atau penjaga, membantu anak anda yang masih kanak-kanak menutup akaun Microsoft mereka.
  • b. Kadangkala anda akan memerlukan kemas kini perisian untuk terus menggunakan Perkhidmatan ini. Kami mungkin menyemak versi perisian dan muat turun kemas kini perisian atau perubahan konfigurasi anda secara automatik. Anda juga mungkin perlu mengemas kini perisian untuk terus menggunakan Perkhidmatan ini. Kemas kini seperti ini tertakluk pada Terma ini melainkan terma lain yang disertakan dengan kemas kini, dalam hal ini, terma lain tersebut berkuat kuasa. Microsoft tidak bertanggungjawab untuk menjadikan apa-apa pengemaskinian tersedia dan tidak menjamin bahawa kami akan menyokong versi sistem yang anda beli atau perisian, aplikasi, kandungan atau produk lain yang anda lesenkan. Pengemaskinian tersebut mungkin tidak serasi dengan perisian atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk kemas kini perisian masa depan pada bila-bila masa dengan menyahpasang perisian tersebut.
  • c. Di samping itu, mungkin ada masa apabila kami perlu mengeluarkan atau menukar ciri atau kefungsian Perkhidmatan ini atau berhenti menyediakan Perkhidmatan atau akses kepada Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga secara keseluruhannya. Kecuali setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, kami tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan muat turun semula atau sebarang penggantian mana-mana bahan, Barangan Digital (yang ditakrifkan dalam seksyen 13(k)), atau aplikasi yang dibeli sebelum ini. Kami mungkin mengeluarkan Perkhidmatan atau cirinya dalam versi pratonton atau beta, yang mungkin tidak berfungsi dengan betul atau dengan cara yang sama seperti versi akhir mungkin berfungsi.
  • d. Agar anda boleh menggunakan bahan yang dilindungi dengan pengurusan hak digital (DRM), seperti sesetengah muzik, permainan, filem, buku dan banyak lagi, perisian DRM mungkin secara automatik menghubungi pelayan hak dalam talian dan memuat turun serta memasang kemas kini DRM.
Teks lengkap
Lesen PerisianLesen Perisian8_softwareLicense
Ringkasan

8. Lesen Perisian. Melainkan disertai dengan perjanjian lesen Microsoft yang berasingan (sebagai contoh, jika anda menggunakan aplikasi Microsoft yang disertakan dengan dan merupakan sebahagian dari Windows, maka Terma Lesen Perisian Microsoft bagi Sistem Pengendalian Windows mentadbir perisian berkenaan), apa-apa perisian yang dibekalkan oleh kami kepada anda sebagai sebahagian dari Perkhidmatan adalah tertakluk pada Terma ini. Aplikasi yang diperoleh melalui Office Store, Windows Store dan Xbox Store adalah tertakluk pada seksyen 13(b)(i) di bawah.

  • a. Jika anda mematuhi Terma ini, kami memberikan hak kepada anda untuk memasang dan menggunakan satu salinan perisian untuk setiap peranti di seluruh dunia untuk digunakan oleh seorang sahaja pada satu masa sebagai sebahagian daripada penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda. Untuk peranti tertentu, perisian tersebut mungkin diprapasang untuk kegunaan Perkhidmatan yang peribadi dan bukan komersial. Perisian atau laman web yang adalah sebahagian daripada Perkhidmatan ini mungkin termasuk kod pihak ketiga. Sebarang skrip atau kod pihak ketiga, dipautkan kepada atau dirujuk daripada perisian atau laman ini, dilesenkan kepada anda oleh pihak ketiga yang memiliki kod tersebut, bukan oleh Microsoft. Notis, jika ada, bagi kod pihak ketiga disertakan untuk maklumat anda sahaja.
  • b. Perisian ini dilesenkan, bukan dijual dan Microsoft mempunyai semua hak terhadap perisian yang tidak beri secara jelas oleh Microsoft, sama ada melalui implikasi, estopel atau sebaliknya. Lesen ini tidak memberi anda hak untuk, dan anda tidak boleh:
    • i. memintas mana-mana langkah perlindungan teknologi dalam atau berhubung perisian atau Perkhidmatan ini;
    • ii. menyahhimpun, menyahkompilasi, menyahsulit, menggodam, meniru, mengeksploitasi atau melakukan pembalikan kejuruteraan mana-mana perisian atau aspek lain Perkhidmatan yang disertakan dalam atau boleh diakses melalui Perkhidmatan ini, melainkan dan hanya setakat yang dibenarkan dengan jelas oleh undang-undang hak cipta.
    • iii. komponen perisian atau Perkhidmatan berasingan untuk digunakan pada peranti lain.
    • iv. menerbitkan, menyalin, menyewa, memajak, menjual, mengeksport, mengimport, mengedar, atau meminjamkan perisian atau Perkhidmatan, melainkan Microsoft secara jelas memberi kebenaran kepada anda untuk berbuat demikian;
    • v. memindahkan perisian, sebarang lesen perisian, atau sebarang hak untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan;
    • vi. menggunakan Perkhidmatan ini dalam sebarang cara yang tidak diizinkan yang boleh mengganggu penggunaannya oleh orang lain atau mendapatkan akses ke sebarang perkhidmatan, data, akaun atau rangkaian;
    • vii. membolehkan akses kepada Perkhidmatan atau mengubah suai peranti yang disahkan oleh Microsoft (cth., Xbox One, Xbox 360, Microsoft Surface, dsb.) oleh aplikasi pihak ketiga yang dibenarkan.
Teks lengkap
Terma PembayaranTerma Pembayaran9_paymentTerms
Ringkasan

9. Terma Pembayaran. Jika anda membeli sesuatu Perkhidmatan, maka terma pembayaran ini berkuat kuasa ke atas pembelian anda dan anda bersetuju dengannya.

  • a. Caj. Jika terdapat caj yang berkaitan dengan sebahagian daripada Perkhidmatan, anda bersetuju untuk membayar caj tersebut dalam mata wang yang dinyatakan. Harga yang dinyatakan untuk Perkhidmatan mengecualikan semua cukai dan peruntukan pertukaran mata wang yang berkaitan, melainkan dinyatakan sebaliknya. Semua harga produk berbayar Skype adalah termasuk cukai yang berkuat kuasa, melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar cukai dan caj lain tersebut. Skype mengira cukai berdasarkan alamat kediaman yang dikaitkan dengan maklumat bil anda. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa alamat ini adalah terkini dan tepat. Kecuali produk Skype, cukai dikira berdasarkan lokasi anda pada masa akaun Microsoft anda didaftarkan melainkan undang-undang tempatan memerlukan asas yang berbeza untuk pengiraannya. Kami boleh menangguhkan atau membatalkan Perkhidmatan jika kami tidak menerima pembayaran tepat pada masanya, pembayaran penuh daripada anda. Penangguhan atau pembatalan Perkhidmatan kerana tiada pembayaran boleh mengakibatkan kehilangan akses dan penggunaan akaun anda dan kandungannya. Bersambung ke Internet melalui rangkaian korporat atau persendirian lain yang menyamar lokasi anda boleh menyebabkan caj menjadi berbeza daripada yang dipaparkan untuk lokasi sebenar anda. Bergantung pada lokasi anda, sesetengah transaksi mungkin memerlukan penukaran mata wang asing atau diproses di negara lain. Bank anda mungkin mengenakan yuran tambahan bagi perkhidmatan tersebut apabila anda menggunakan kad debit atau kredit. Sila hubungi bank anda untuk butiran.
  • b. Akaun Pengebilan Anda. Untuk membayar caj untuk Perkhidmatan, anda akan diminta untuk memberikan kaedah pembayaran pada masa anda mendaftar untuk Perkhidmatan tersebut. Anda boleh mengakses dan menukar maklumat pengebilan dan kaedah pembayaran anda di laman web pengurusan akaun Microsoft dan untuk Skype dengan mendaftar masuk ke portal akaun anda di https://skype.com/go/myaccount. Selain itu, anda bersetuju untuk membenarkan Microsoft untuk menggunakan sebarang maklumat akaun dikemas kini berkaitan dengan kaedah pembayaran terpilih anda yang anda berikan oleh bank pengeluar anda atau rangkaian pembayaran yang berkaitan. Anda bersetuju untuk mengemas kini akaun anda dan maklumat lain dengan segera, termasuk alamat e-mel dan butiran kaedah bayaran, supaya kami boleh melengkapkan transaksi anda dan menghubungi anda seperti yang diperlukan berhubung dengan transaksi anda. Perubahan dibuat pada akaun bil anda tidak akan menjejaskan caj yang kami serahkan kepada akaun bil anda sebelum kami boleh bertindak dengan sewajarnya terhadap perubahan anda pada akaun pengebilan anda.
  • c. Pengebilan. Dengan memberikan kaedah pembayaran kepada Microsoft, anda (i) menjelaskan bahawa anda diizinkan untuk menggunakan kaedah pembayaran yang anda berikan dan apa-apa maklumat pembayaran yang anda berikan adalah benar dan tepat; (ii) membenarkan Microsoft untuk mengenakan caj terhadap anda untuk Perkhidmatan atau kandungan yang tersedia menggunakan kaedah pembayaran anda; dan (iii) membenarkan Microsoft untuk mengenakan caj terhadap anda untuk apa-apa ciri Perkhidmatan berbayar yang anda pilih untuk daftar atau gunakan semasa Terma ini berkuat kuasa. Kami mungkin memberikan bil kepada anda (a) terlebih dahulu; (b) pada masa pembelian; (c) sejurus selepas pembelian; atau (d) pada setiap yang berulang-ulang untuk Perkhidmatan langganan. Di samping itu, kami mungkin mengenakan caj kepada anda sehingga jumlah yang anda telah luluskan, dan kami akan memaklumkan anda terlebih dahulu mengenai sebarang perubahan dalam jumlah yang dikenakan caj untuk Perkhidmatan langganan yang berulang-ulang. Kami mungkin memberikan bil kepada anda pada masa yang sama untuk salah satu tarikh sebelum tempoh bil anda untuk jumlah yang belum diproses sebelumnya.
  • d. Pembayaran Berulangan. Apabila anda membeli Perkhidmatan secara langganan (cth., bulanan, setiap 3 bulan atau tahunan), anda bersetuju bahawa anda memberi kebenaran kepada pembayaran berulangan, dan pembayaran akan dibuat kepada Microsoft melalui kaedah dan yang anda telah pilih pada selang masa yang berulang-ulang yang anda telah persetujui, sehingga langganan bagi Perkhidmatan tersebut ditamatkan oleh anda atau oleh Microsoft. Dengan memberi kebenaran kepada pembayaran yang berulang, anda memberi kebenaran kepada Microsoft untuk memproses pembayaran berkenaan sebagai sama ada debit elektronik atau pemindahan dana, atau sebagai draf elektronik daripada akaun yang diperuntukkan (untuk Gedung Penjelasan Automatik atau pembayaran yang serupa), atau sebagai caj ke akaun anda yang diperuntukkan (untuk kad kredit atau pembayaran yang serupa) (secara kolektif, "Pembayaran Elektronik"). Fi langganan amnya dicaj lebih awal daripada tempoh langganan yang berkenaan. Jika apa-apa pembayaran dikembalikan sebagai tidak berbayar atau jika apa-apa kad kredit atau transaksi yang serupa ditolak atau dinafikan, Microsoft atau pembekal perkhidmatannya berhak untuk memungut apa-apa item yang dipulangkan berkenaan, fi dana yang ditolak atau yang tidak mencukupi dan memproses apa-apa pembayaran sebagai Pembayaran Elektronik.
  • e. Pembaharuan Automatik. Jika pembaharuan automatik dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, anda boleh memilih Perkhidmatan untuk memperbaharuinya pada penghujung tempoh perkhidmatan tetap secara automatik. Kami akan mengingatkan anda melalui e-mel, atau cara lain yang munasabah, sebelum apa-apa Perkhidmatan memperbaharui terma baharu, dan memaklumkan anda mengenai apa-apa perubahan harga menurut seksyen 9(k). Sebaik sahaja kami telah mengingatkan anda bahawa anda dilantik untuk memperbaharui Perkhidmatan secara automatik, kami boleh memperbaharui Perkhidmatan anda secara automatik pada penghujung tempoh perkhidmatan semasa dan mengenakan caj harga semasa kepada anda untuk syarat pembaharuan, melainkan anda memilih untuk membatalkan Perkhidmatan seperti yang diterangkan di bawah. Kami juga mengingatkan anda bahawa kami akan memberikan bil kaedah pembayaran yang anda pilih untuk pembaharuan Perkhidmatan, sama ada ia pada fail pada tarikh pembaharuan atau diberikan kemudian. Kami juga memberikan arahan kepada anda mengenai cara anda boleh membatalkan Perkhidmatan. Anda mesti membatalkan Perkhidmatan sebelum tarikh pembaharuan untuk mengelakkan daripada diberi bil untuk pembaharuan.
  • f. Penyata Dalam Talian dan Ralat. Microsoft akan memberikan penyata bil dalam talian kepada anda di laman web pengurusan akaun Microsoft, di mana anda boleh melihat dan mencetak penyata anda. Bagi Skype, anda boleh mengakses penyata dalam talian anda dengan mendaftar masuk ke akaun anda di www.skype.com. Ini satu-satunya penyata yang kami berikan. Jika kami membuat kesilapan pada bil anda, anda mesti memberitahu kami dalam masa 90 hari dari tarikh ralat tersebut mula-mula muncul pada bil anda. Kemudian kami akan serta-merta menyiasat caj. Jika anda tidak memberitahu kami dalam masa tersebut, anda melepaskan kami daripada semua liabiliti dan tuntutan kerugian diakibatkan daripada ralat dan kami tidak akan diperlukan untuk membetulkan ralat atau memberikan bayaran balik, melainkan sebaliknya dituntut oleh undang-undang. Jika Microsoft telah mengenal pasti ralat pengebilan, kami akan membetulkan ralat tersebut dalam masa 90 hari. Dasar ini tidak mempengaruhi sebarang hak berkanun yang mungkin berkuat kuasa.
  • g. Dasar Pembayaran Balik. Melainkan sebaliknya disediakan oleh undang-undang atau oleh tawaran Perkhidmatan tertentu, semua pembelian adalah muktamad dan tidak akan dibayar balik. Jika anda percaya bahawa Microsoft telah tersalah caj anda, anda hendaklah menghubungi kami dalam tempoh 90-hari dari caj tersebut. Tiada pembayaran balik akan diberi untuk sebarang caj lebih dari 90 hari, melainkan sebaliknya dituntut oleh undang-undang. Kami berhak untuk mengeluarkan pembayaran balik atau mengkredit menurut budi bicara tunggal kami. Jika kami mengeluarkan pembayaran balik atau kredit, kami bukan di bawah sebarang obligasi untuk mengeluarkan pembayaran balik yang sama atau serupa pada masa hadapan. Dasar pembayaran balik ini tidak mempengaruhi sebarang hak berkanun yang mungkin berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut tentang bayaran balik, sila lawat topik bantuan kami. Jika anda menetap di Taiwan, sila ambil perhatian bahawa menurut Akta Perlindungan Pengguna di Taiwan dan peraturan berkaitannya, semua pembelian yang berhubung dengan kandungan digital yang dibekalkan dalam bentuk tak ketara dan/atau perkhidmatan dalam talian adalah muktamad dan tidak boleh dibayar balik apabila kandungan atau perkhidmatan tersebut telah dibekalkan dalam talian. Anda tidak layak untuk menuntut sebarang tempoh bertenang atau sebarang bayaran balik.
  • h. Membatalkan Perkhidmatan. Anda boleh membatalkan Perkhidmatan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab. Untuk membatalkan Perkhidmatan dan meminta pembayaran balik, jika anda berhak, lawati laman web pengurusan akaun Microsoft. Untuk Skype, sila lengkapkan Borang Pengeluaran dengan menggunakan maklumat yang disediakan di sini. Anda perlu merujuk kembali tawaran yang menerangkan Perkhidmatan sebagai (i) anda tidak akan menerima bayaran balik pada masa pembatalan; (ii) anda mungkin bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang dibuat pada akaun bil anda untuk Perkhidmatan sebelum tarikh pembatalan; dan (iv) anda mungkin kehilangan akses dan penggunaan akaun anda apabila anda membatalkan Perkhidmatan; atau jika anda menetap di Taiwan, (v) anda boleh menerima bayaran balik dalam amaun yang bersamaan dengan yuran yang belum diguna yang anda telah bayar bagi Perkhidmatan yang akan dihitung pada masa pembatalan. Kami akan memproses Data anda sebagaimana yang diterangkan di atas dalam seksyen 4. Jika anda membuat pembatalan, akses anda kepada Perkhidmatan tersebut tamat pada penghujung tempoh Perkhidmatan semasa anda atau, jika kami mengenakan bil pada akaun anda secara berkala, pada penghujung tempoh akhir yang anda batalkan.
  • i. Tawaran Tempoh Percubaan. Jika anda mengambil bahagian dalam sebarang tawaran tempoh percubaan, anda mesti membatalkan Perkhidmatan percubaan ini menjelang akhir tempoh percubaan untuk mengelakkan caj baharu, melainkan kami memaklumkan sebaliknya kepada anda. Jika anda tidak membatalkan Perkhidmatan percubaan pada hujung tempoh percubaan, kami boleh mengenakan anda caj untuk Perkhidmatan ini.
  • j. Tawaran Promosi. Dari semasa ke semasa, Microsoft boleh menawarkan Perkhidmatan secara percuma bagi tempoh percubaan. Microsoft berhak untuk mengenakan caj kepada anda untuk Perkhidmatan ini (pada kadar biasa) sekiranya Microsoft menentukan (menurut budi bicaranya yang munasabah) bahawa anda menyalahgunakan terma tawaran ini.
  • k. Perubahan Harga. Kami boleh menukar harga Perkhidmatan pada bila-bila masa dan jika anda ada pembelian yang berulang, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel, atau cara lain yang munasabah, sekurang-kurangnya 15 hari sebelum perubahan harga. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan harga, anda mesti membatalkan dan berhenti menggunakan Perkhidmatan sebelum perubahan harga mula digunakan. Jika terdapat syarat dan harga tetap untuk tawaran Perkhidmatan anda, harga tersebut akan kekal berkuat kuasa untuk tempoh yang tetap.
  • l. Pembayaran kepada Anda. Jika kami berhutang pembayaran terhadap anda, maka anda bersetuju untuk memberikan sebarang maklumat yang kami perlukan kepada kami tepat pada masanya dan dengan tepat untuk mendapatkan pembayaran tersebut kepada anda. Anda bertanggungjawab untuk sebarang cukai dan caj yang anda mungkin tanggung disebabkan pembayaran ini kepada anda. Anda juga mesti mematuhi sebarang syarat lain yang kami kenakan terhadap hak anda untuk sebarang pembayaran. Jika anda menerima pembayaran secara ralat, kami boleh membatalkan atau memerlukan pemulangan pembayaran. Anda bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dalam usaha kami untuk melakukan ini. Kami juga boleh mengurangkan pembayaran kepada anda tanpa notis untuk dilaraskan untuk sebarang lebih bayaran sebelumnya.
  • m. Kad Hadiah. Penebusan dan penggunaan kad hadiah (selain daripada kad hadiah Skype) ditadbir oleh Terma dan Syarat Kad Hadiah Microsoft. Maklumat mengenai kad hadiah Skype boleh didapati di halaman Bantuan Skype.
  • n. Kaedah Pembayaran Akaun Bank. Anda boleh mendaftar akaun bank yang layak dengan akaun Microsoft anda untuk menggunakannya sebagai kaedah pembayaran. Akaun bank yang layak termasuk akaun yang dipegang di institusi kewangan yang mampu menerima butiran debit langsung (contohnya, sebuah institusi kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang menyokong butiran gedung penjelasan automatik ("ACH"), sebuah institusi kewangan Eropah yang menyokong Kawasan Pembayaran Euro Tunggal ("SEPA") atau "iDEAL" di Belanda). Terma yang anda persetujui apabila menambah akaun bank anda sebagai kaedah pembayaran dalam akaun Microsoft anda (contohnya, "mandat" dalam hal SEPA) juga terpakai. Anda mewakili dan menjamin bahawa akaun bank berdaftar anda dipegang atas nama anda atau anda dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan akaun bank ini sebagai kaedah pembayaran. Dengan mendaftar atau memilih akaun bank anda sebagai kaedah pembayaran anda, anda memberi kuasa kepada Microsoft (atau agennya) untuk memulakan satu atau lebih debit untuk jumlah caj pembelian atau langganan anda (mengikut syarat-syarat perkhidmatan langganan anda) dari akaun bank anda (dan, jika perlu, memulakan satu atau lebih kredit ke akaun bank anda untuk membetulkan kesilapan, mengeluarkan bayaran balik atau tujuan yang serupa), dan anda memberi kuasa kepada institusi kewangan yang memegang akaun bank anda untuk memotong debit atau menerima kredit itu. Anda memahami bahawa kebenaran ini akan terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga anda mengeluarkan maklumat akaun bank anda daripada akaun Microsoft anda. Hubungi sokongan pelanggan seperti yang digariskan di atas dalam seksyen 4(e) dengan secepat mungkin jika anda percaya anda telah dicaj dengan salah. Undang-undang di negara anda juga boleh mengehadkan liabiliti anda untuk apa-apa transaksi penipuan, kesilapan atau tidak sah dari akaun bank anda. Dengan mendaftar atau memilih akaun bank sebagai kaedah pembayaran anda, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma ini.
Teks lengkap
Pihak Yang Mengikat Kontrak, Pilihan Undang-Undang & Lokasi Untuk Menyelesaikan PertikaianPihak Yang Mengikat Kontrak, Pilihan Undang-Undang & Lokasi Untuk Menyelesaikan Pertikaian10_11_contractingEntityChoiceOfLaw
Ringkasan

10. Pihak Yang Mengikat Kontrak, Pilihan Undang-Undang & Lokasi Untuk Menyelesaikan Pertikaian. Untuk kegunaan Perkhidmatan berjenama Skype percuma dan berbayar pelanggan oleh anda, anda mengikat kontrak dengan, dan kesemua rujukan kepada "Microsoft" dalam Terma ini bererti, Skype Communications S.à.r.l, 23 – 29 Rives de Clausen, L-2165 Luxembourg. Bagi Perkhidmatan pengguna Berjenama Skype percuma atau berbayar, undang-undang Luxembourg mentadbir tafsiran Terma ini dan tuntutan bagi pelanggarannya, tanpa mengira prinsip percanggahan undang-undang. Undang-undang wilayah atau negara di mana anda menetap mentadbir semua tuntutan lain (termasuklah perlindungan pengguna, persaingan tidak adil dan tuntutan tort). Jika anda menerima Terma ini dengan membuat akaun Skype atau menggunakan Skype, anda secara tidak boleh dibatalkan bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah Luxembourg untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan Terma ini atau Perkhidmatan pengguna berjenama Skype. Bagi semua Perkhidmatan lain, jika anda telah menerima Terma ini dengan membuat akaun Microsoft atau menggunakan sebarang Perkhidmatan lain, entiti yang anda mengikat kontrak dengannya, undang-undang yang berkuat kuasa, dan lokasi untuk menyelesaikan pertikaian tertera di bawah:

  • a. Kanada. Jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat perniagaan utama anda terletak di) Kanada, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, A.S. Undang-undang wilayah tempat anda tinggal (atau, jika perniagaan, tempat perniagaan utama anda) mentadbir pentafsiran Terma ini, tuntutan untuk pelanggarannya, dan semua tuntutan lain (termasuk perlindungan pengguna, persaingan tak adil dan tuntutan tort), tanpa mengira pertikaian prinsip undang-undang. Anda dan kami secara tidak boleh dibatalkan bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah di Ontario untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan Terma ini atau Perkhidmatan ini.
  • b. Amerika Utara atau Selatan di luar dari Amerika Syarikat dan Kanada. Jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat perniagaan utama anda di) Amerika Utara atau Selatan di luar Amerika Syarikat dan Kanada, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, A.S. Undang-undang Negeri Washington mentadbir pentafsiran Terma ini dan tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengira pilihan prinsip undang-undang. Undang-undang negara di mana kami mengarahkan Perkhidmatan anda mentadbir semua tuntutan (termasuk perlindungan pengguna, persaingan tidak adil, dan tuntutan tort).
  • c. Timur Tengah atau Afrika. Jika anda tinggal di (jika perniagaan, tempat perniagaan utama anda di) Timur Tengah atau Afrika, dan anda menggunakan bahagian percuma Perkhidmatan ini (seperti Bing dan MSN), anda mengikat kontrak dengan Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, U.S.A. Jika anda telah membayar untuk menggunakan sebahagian daripada Perkhidmatan ini, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Ireland Operations Limited, One Microsoft Place, South County Business Park, Leopardstown, Dublin 18, Ireland. Bagi Perkhidmatan percuma atau berbayar, undang-undang Ireland mentadbir pentafsiran Terma ini dan tuntutan bagi pelanggarannya, tanpa mengira prinsip percanggahan undang-undang. Undang-undang negara di mana kami mengarahkan Perkhidmatan anda mentadbir semua tuntutan (termasuk perlindungan pengguna, persaingan tidak adil, dan tuntutan tort). Anda dan kami bersetuju secara tidak boleh dibatalkan dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah Ireland untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan Terma ini atau Perkhidmatan ini.
  • d. Asia atau Pasifik Selatan, melainkan negara anda dinyatakan secara khusus di bawah. Jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat utama perniagaan anda berada di) Asia (kecuali China, Jepun, Republik Korea atau Taiwan) atau Pasifik Selatan, dan anda menggunakan bahagian Perkhidmatan yang percuma (seperti Bing dan MSN), anda mengikat kontrak dengan Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, U.S.A. Jika anda membayar untuk menggunakan sebahagian Perkhidmatan, atau menggunakan khidmat Outlook.com yang percuma di Singapura atau Hong Kong, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Regional Sales Corp., perbadanan yang diorganisasikan di bawah undang-undang Negeri Nevada, U.S.A., dengan cawangan di Singapura dan Hong Kong, yang berlokasi sebagai tempat utama perniagaannya di 438B Alexandra Road, #04-09/12, Block B, Alexandra Technopark, Singapore, 119968; dengan syarat, bahawa jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat utama perniagaan anda berada di) Australia, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Pty Ltd, 1 Epping Road, North Ryde, NSW 2113, Australia dan jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat utama perniagaan anda berada di) New Zealand, anda mengikat kontrak dengan Microsoft New Zealand Limited, Level 5, 22 Viaduct Harbour Avenue, PO Box 8070 Symonds Street, Auckland, 1150 New Zealand. Bagi Perkhidmatan percuma atau berbayar, undang-undang Negeri Washington mentadbir tafsiran Terma ini dan tuntutan bagi pelanggarannya, tanpa mengira percanggahan prinsip undang-undang. Undang-undang negara di mana kami mengarahkan Perkhidmatan anda mentadbir semua tuntutan (termasuk perlindungan pengguna, persaingan tidak adil, dan tuntutan tort). Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berhubungan dengan Terma ini atau Perkhidmatan ini di samping Skype, termasuk sebarang soalan berkaitan kewujudannya, kesahan atau pembatalannya, akan dirujuk dan akhirnya diselesaikan melalui penimbangtaraan di Singapura mengikut Peraturan Penimbangtaraan bagi Pusat Penimbangtaraan Antarabangsa Singapura (“SIAC”), yang peraturannya disifatkan sebagai telah dimasukkan melalui rujukan kepada klausa ini. Tribunal ini akan terdiri daripada seorang penimbang tara yang dilantik oleh Presiden SIAC. Bahasa penimbangtaraan adalah Bahasa Inggeris. Keputusan penimbang tara adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan dan boleh digunakan sebagai asas keputusan dalam mana-mana negara atau wilayah.
  • e. Jepun. Jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat perniagaan utama anda di) Jepun, dan anda menggunakan bahagian percuma Perkhidmatan ini (seperti Bing dan MSN), anda mengikat kontrak dengan Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, U.S.A. Jika anda telah membayar untuk menggunakan sebahagian daripada Perkhidmatan ini, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Japan Co., Ltd (MSKK), Shinagawa Grand Central Tower, 2-16-3 Konan Minato-ku, Tokyo 108-0075. Untuk Perkhidmatan percuma dan berbayar, undang-undang Jepun mentadbir Terma ini dan sebarang perkara yang timbul atau berkaitan dengannya atau Perkhidmatan ini. Anda dan kami tidak bersetuju secara tidak boleh dibatalkan dengan bidang kuasa asal eksklusif dan tempat Mahkamah Daerah Tokyo untuk semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma ini atau Perkhidmatan ini.
  • f. Republik Korea. Jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat perniagaan utama anda di) Republik Korea, dan anda menggunakan bahagian percuma Perkhidmatan ini (seperti Bing dan MSN), anda mengikat kontrak dengan Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, U.S.A. Jika anda telah membayar untuk menggunakan sebahagian daripada Perkhidmatan ini, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Korea, Inc., 11th Floor, Tower A, K-Twin Tower, Jongro 1 gil 50, Jongro-gu, Seoul, Republic of Korea, 110-150. Untuk Perkhidmatan percuma dan berbayar, undang-undang Republik Korea mentadbir Terma ini dan sebarang perkara yang timbul atau berkaitan dengannya atau Perkhidmatan ini. Anda dan kami bersetuju secara tidak boleh dibatalkan, dengan bidang kuasa asal eksklusif dan tempat Mahkamah Daerah Pusat Seoul untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan Terma ini atau Perkhidmatan ini.
  • g. Taiwan. Jika anda tinggal di (atau, jika perniagaan, tempat perniagaan utama anda di) Taiwan, dan anda menggunakan bahagian percuma Perkhidmatan ini (seperti Bing dan MSN), anda mengikat kontrak dengan Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, U.S.A. Jika anda telah membayar untuk menggunakan sebahagian daripada Perkhidmatan ini, anda mengikat kontrak dengan Microsoft Taiwan Corp., 18F, No. 68, Sec. 5, Zhongxiao E. Rd., Xinyi District, Taipei 11065, Taiwan. Untuk Perkhidmatan percuma dan berbayar, undang-undang Taiwan mentadbir Terma ini dan sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengannya atau Perkhidmatan ini. Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai Microsoft Taiwan Corp., sila lihat laman web yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi R.O.C. Anda dan kami, secara tidak boleh dibatalkan, menentukan Mahkamah Daerah Taipei sebagai mahkamah pertama yang mempunyai bidang kuasa ke atas sebarang pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan Terma ini atau Perkhidmatan ini, setakat yang maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang Taiwan.

Undang-undang pengguna tempatan anda mungkin memerlukan sesetengah undang-undang tempatan untuk mentadbir atau memberi anda hak untuk menyelesaikan pertikaian dalam forum lain meskipun terdapat Terma ini. Jika begitu, pilihan undang-undang dan peruntukan forum dalam seksyen 10 berkenaan setakat yang dibenarkan undang-undang pengguna tempatan anda.

Teks lengkap
WarantiWaranti12_Warranties
Ringkasan

11. Waranti.

  • a. MICROSOFT DAN SEKUTU KAMI, PENJUAL SEMULA, PENGEDAR DAN VENDOR, TIDAK MENJAMIN, SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, MENJAMIN ATAU MENGENAKAN SYARAT MENGENAI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA. ANDA MEMAHAMI BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ADALAH PADA RISIKO ANDA SENDIRI DAN KAMI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN BERDASARKAN "SEPERTI ADANYA" "DENGAN SEMUA KEROSAKAN" DAN "SEPERTI TERSEDIA." MICROSOFT TIDAK MENJAMIN KETEPATAN ATAU KETEPATAN WAKTU PERKHIDMATAN. ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK TERTENTU DI BAWAH UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA. TIADA SEBARANG PERKARA DALAM TERMA INI BERTUJUAN UNTUK MENJEJASKAN HAK TERSEBUT, JIKA IA BERKUAT KUASA. ANDA MEMPERAKUI BAHAWA KOMPUTER DAN SISTEM TELEKOMUNIKASI TIDAK BEBAS RALAT DAN TEMPOH MASA ROSAK BERLAKU SESEKALI. KAMI TIDAK MENJAMIN PERKHIDMATAN TIDAK AKAN DIGANGGU, MENEPATI MASA, SELAMAT ATAU BEBAS DARIPADA RALAT ATAU KEHILANGAN KANDUNGAN TIDAK AKAN BERLAKU, KAMI JUGA TIDAK MENJAMIN SEBARANG SAMBUNGAN KE ATAU PENGHANTARAN DARIPADA RANGKAIAN KOMPUTER.
  • b. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA, KAMI MENGECUALIKAN SEBARANG JAMINAN DIKENAKAN, TERMASUK UNTUK KEBOLEHDAGANGAN, KUALITI MEMUASKAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, USAHA YANG BAIK DAN BUKAN PENCEROBOHAN.
  • c. Bagi pengguna yang tinggal di Australia: Barangan kami datang dengan jaminan yang tidak boleh dikecualikan di bawah Undang-undang Pengguna Australia. Anda berhak mendapat barangan gantian atau bayaran balik untuk kegagalan besar dan pampasan untuk sebarang kerugian atau kerosakan wajar yang lain. Anda juga berhak memastikan barangan tersebut diperbaiki atau digantikan jika barangan tidak mempunyai kualiti yang boleh diterima dan kegagalan tidak menyebabkan kerosakan besar.
  • d. Untuk pengguna yang tinggal di New Zealand, anda mungkin mempunyai hak berkanun di bawah Akta Jaminan Pengguna New Zealand, dan tiada sesuatu dalam Terma ini bertujuan untuk menjejaskan hak tersebut.
Teks lengkap
Pengehadan LiabilitiPengehadan Liabiliti13_limitationOfLiability
Ringkasan

12. Pengehadan Liabiliti.

  • a. Jika anda mempunyai apa-apa asas untuk mendapatkan kembali ganti rugi (termasuk pelanggaran Terma ini), setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, anda bersetuju bahawa remedi eksklusif anda adalah untuk mendapatkan kembali, daripada Microsoft atau mana-mana sekutu, penjual semula, pengedar, pembekal Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga dan vendor, ganti rugi langsung sehingga jumlah yang bersamaan dengan fi Perkhidmatan anda bagi bulan kehilangan atau pelanggaran berlaku (atau sehingga USD$10.00 jika Perkhidmatan percuma).
  • b. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, anda tidak boleh mendapatkan kembali sebarang (i) kerugian atau ganti rugi turutan; (ii) kehilangan keuntungan sebenar atau dijangka (sama ada langsung atau tidak langsung); (iii) kehilangan pendapatan sebenar atau yang dijangka (sama ada langsung atau tidak langsung); (iv) kehilangan kontrak atau perniagaan atau kehilangan atau ganti rugi lain yang berpunca daripada penggunaan Perkhidmatan oleh anda dalam kapasiti bukan peribadi; (v) kerugian atau ganti rugi khusus, tidak langsung, sampingan atau punitif; dan (vi) setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kerugian langsung atau ganti rugi yang melebihi tahap maksimum yang ditetapkan dalam seksyen 12(a) di atas. Pembatasan dan pengecualian ini diguna pakai jika remedi ini tidak membayar pampasan penuh kepada anda untuk sebarang kerugian atau kegagalan tujuan pentingnya atau jika kami mengetahui atau perlu tahu tentang kemungkinan ganti rugi. Setakat yang maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, sekatan dan pengecualian ini berkenaan bagi apa-apa sahaja atau sebarang tuntutan yang berkaitan dengan Terma ini, Perkhidmatan ini, atau perisian yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini.
  • c. Microsoft tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti untuk sebarang kegagalan untuk melaksanakan obligasinya di bawah Terma ini setakat yang kegagalan tersebut atau kelewatan tersebut disebabkan oleh perkara di luar kawalan munasabah Microsoft (seperti pertikaian pekerja, bencana alam, peperangan atau aktiviti keganasan, kerosakan berniat jahat, kemalangan atau pematuhan terhadap mana-mana undang-undang atau perintah kerajaan yang berkuat kuasa). Microsoft akan berusaha untuk mengurangkan kesan mana-mana peristiwa ini dan untuk melaksanakan obligasi yang tidak terjejas.
Teks lengkap
Terma Khusus PerkhidmatanTerma Khusus Perkhidmatan14_service-SpecificTerms
Ringkasan

13. Terma Khusus Perkhidmatan. Terma sebelum dan selepas seksyen 13 berkuat kuasa secara am bagi semua Perkhidmatan. Seksyen ini mengandungi terma khusus perkhidmatan yang menjadi tambahan kepada terma am. Terma khusus perkhidmatan ini mentadbir jika terdapat apa-apa konflik dengan terma am.

Teks lengkap
Xbox Live dan Permainan dan Aplikasi Microsoft StudiosXbox Live dan Permainan dan Aplikasi Microsoft Studios14a_XboxLive
Ringkasan
  • a. Xbox Live dan Permainan dan Aplikasi.
    • 1. Penggunaan Peribadi Bukan Komersil. Xbox Live, Permainan untuk Windows Live dan permainan, aplikasi, perkhidmatan dan kandungan Microsoft Studios games, yang disediakan oleh Microsoft (secara kolektif, "Perkhidmatan Xbox") adalah hanya untuk penggunaan peribadi dan bukan komersil.
    • ii. Perkhidmatan Xbox. Apabila anda mendaftar untuk Xbox Live dan/atau menerima Perkhidmatan Xbox, maklumat berhubung permainan, aktiviti dan penggunaan permainan dan Perkhidmatan Xbox anda akan dijejak dan dikongsikan dengan pembangun permainan pihak ketiga yang diguna pakai untuk Microsoft dan pembangun permainan pihak ketiga menjalankan operasi permainan mereka dan untuk memberikan Perkhidmatan Xbox. Jika anda memilih untuk memautkan akaun Perkhidmatan Microsoft Xbox anda dengan akaun anda pada perkhidmatan bukan Microsoft (contohnya, penerbit permainan bukan Microsoft bagi Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga), anda bersetuju bahawa: (a) Microsoft boleh mengongsikan maklumat akaun terhad (termasuk tetapi tidak terhad kepada tag pemain, skor permain, skor permainan, sejarah permainan dan senarai rakan), dengan pihak bukan Microsoft yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi Microsoft, dan (b) jika dibenarkan oleh tetapan privasi Xbox anda, pihak bukan Microsoft juga boleh mengakses Kandungan Anda daripada komunikasi dalam permainan apabila anda mendaftar masuk ke dalam akaun anda dengan pihak bukan Microsoft. Di samping itu, jika dibenarkan oleh tetapan privasi Xbox anda, Microsoft boleh menerbitkan nama, tag pemain, gambar pemain, moto, avatar, klip permainan dan permainan anda yang anda telah mainkan dalam komunikasi kepada orang yang anda benarkan.
    • iii. Kandungan Anda Sebagai sebahagian daripada usaha membina komuniti Perkhidmatan Xbox ini, anda memberi kepada Microsoft, sekutu dan penerima sublesen haknya, satu hak yang bebas dan terpakai di seluruh dunia untuk menggunakan, mengubah suai, menghasilkan semula, mengedarkan, menyiarkan, berkongsi dan memaparkan Kandungan Anda atau nama anda, tag pemain, moto atau avatar untuk apa-apa Perkhidmatan Xbox.
    • iv. Pengurus Permainan. Sesetengah permainan mungkin menggunakan pengurus dan hos permainan. Pengurus dan hos permainan bukan jurucakap sah Microsoft. Pandangan mereka tidak semestinya menggambarkan pandangan Microsoft.
    • v. Kanak-kanak pada Xbox. Jika anda kanak-kanak di bawah umur yang sah yang menggunakan Xbox Live, ibu bapa atau penjaga anda mungkin mempunyai kawalan ke atas pelbagai aspek akaun anda dan boleh menerima laporan mengenai penggunaan Xbox Live oleh anda.
    • vi. Mata Wang Permainan atau Barangan Maya. Perkhidmatan ini mungkin termasuk mata wang permainan maya (seperti emas, syiling, tunai atau mata) yang boleh dibeli daripada Microsoft dengan menggunakan instrumen kewangan sebenar jika anda telah mencapai usia "dewasa" di tempat anda tinggal. Perkhidmatan juga mungkin termasuk item digital atau barangan maya yang boleh dibeli daripada Microsoft menggunakan instrumen kewangan sebenar atau menggunakan mata wang permainan. Mata wang permainan dan barangan maya tidak boleh ditebus untuk instrumen kewangan sebenar, barangan atau item lain dengan nilai kewangan untuk Microsoft atau mana-mana pihak lain. Selain daripada lesen terhad, peribadi, boleh dibatalkan, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disublesenkan untuk menggunakan mata wang permainan dan barangan maya dalam Perkhidmatan, anda tiada hak atau perjanjian dalam atau pada sebarang mata wang permainan atau barangan maya yang muncul atau berasal daripada Perkhidmatan atau sebarang atribut lain yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan atau disimpan dalam Perkhidmatan. Microsoft boleh pada bila-bila masa, mengawal selia, mengawal, mengubah suai dan/atau menyingkirkan mata wang dalam permainan dan/atau item maya yang dianggapnya sesuai atas budi bicara mutlaknya.
    • vii. Kemas kini Perisian. Untuk apa-apa peranti yang boleh bersambung dengan Perkhidmatan Xbox, kami boleh menyemak secara automatik versi perisian konsol Xbox atau perisian aplikasi Xbox dan memuat turun kemas kini atau perubahan konfigurasi perisian konsol Xbox atau aplikasi Xbox, termasuk yang menghalang anda daripada mengakses Perkhidmatan Xbox, menggunakan permainan Xbox atau aplikasi Xbox yang tidak dibenarkan, atau menggunakan peranti persisian perkakasan dengan konsol Xbox yang tidak dibenarkan.
    • viii. Tamat Tempoh Tag Pemain. Anda mesti mendaftar masuk ke dalam Perkhidmatan Xbox sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun, atau anda boleh kehilangan akses kepada tag permain yang berkaitan dengan akaun anda dan tag pemain tersebut boleh menjadi tersedia untuk digunakan oleh orang lain.
    • ix. Arena. Arena ialah Perkhidmatan Xbox yang Microsoft atau pihak ketiga mungkin tawarkan keupayaan kepada anda untuk mengambil bahagian dalam atau membuat pertandingan permainan video yang kompetitif, kadang-kadang untuk hadiah ("Pertandingan"). Penggunaan anda terhadap Arena adalah tertakluk pada Terma ini dan mungkin memerlukan anda untuk menerima terma tambahan Pertandingan, syarat-syarat dan peraturan yang diperlukan oleh pihak penganjur Pertandingan pada masa pendaftaran ("Terma Pertandingan"). Peraturan kelayakan akan dikenakan dan mungkin berbeza mengikut bidang kuasa. Pertandingan terbatal jika dilarang atau disekat oleh undang-undang. Melanggar Terma ini (termasuk Tatakelakuan) atau Syarat Pertandingan boleh mengakibatkan penalti atau kehilangan kelayakan daripada Pertandingan. Jika anda membuat Pertandingan, anda mungkin tidak memerlukan apa-apa Peraturan Pertandingan yang Microsoft (mengikut budi bicara mutlaknya) fikirkan tidak selaras dengan Terma ini. Microsoft berhak untuk membatalkan mana-mana Pertandingan pada bila-bila masa.
    • x. Menipu dan Mengganggu Perisian. Untuk mana-mana peranti yang boleh bersambung dengan Perkhidmatan Xbox, kami boleh menyemak secara automatik peranti anda untuk perkakasan atau perisian yang tidak sah yang membolehkan penipuan atau mengganggu yang melanggar Tatakelakuan atau Terma ini dan memuat turun kemas kini perisian aplikasi Xbox atau perubahan konfigurasi, termasuk orang-orang yang menghalang anda daripada mengakses Perkhidmatan Xbox, atau daripada menggunakan perkakasan atau perisian yang tidak dibenarkan yang membolehkan penipuan atau mengganggu.
    • xi. Mixer.
      • 1. Akaun Mixer dan Akaun Microsoft. Jika anda menggunakan Perkhidmatan Mixer dengan akaun Mixer, jadi penggunaan anda dilindungi oleh Terma Perkhidmatan Mixer yang tersedia di https://mixer.com/about/tos. Jika anda menggunakan Perkhidmatan Mixer dengan akaun Microsoft, maka penggunaan anda juga tertakluk di bawah Terma ini. Terma dikenakan sekiranya terdapat konflik.
      • 2. Kandungan Anda di Mixer "Kandungan Anda di Mixer" bermakna semua kandungan yang anda, atau seseorang bagi pihak anda, wujudkan dalam Perkhidmatan Mixer, termasuk tetapi tidak terhad kepada siaran langsung dan direkodkan (dan mana-mana kandungan, seperti kandungan audiovisual, ia mengandungi); jenama, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama perdagangan, logo, atau tanda asal; komen anda, emotikon dan aktiviti dalam saluran Mixer (termasuk kandungan bot yang dihasilkan); dan semua metadata yang berkaitan. Sesiapa sahaja, termasuk Microsoft dan pengguna, boleh melihat, menggunakan, menganjurkan, mengeluarkan semula, mengubah suai, mengedar, menerbitkan, dan secara digital melaksanakan dan memaparkan, menterjemah, menyesuaikan diri dan juga mengeksploitasi Kandungan Anda di Mixer, dalam apa jua bentuk, format, media, atau saluran yang diketahui kini atau yang akan dihasilkan kemudian.
      • 3. Tatakelakuan yang Terpakai di Mixer. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Tatakelakuan Microsoft diguna pakai kepada mixer.
      • 4. Menggunakan Perkhidmatan Mixer.
        • a. Umur Minimum. Dengan menggunakan Perkhidmatan Mixer, anda memperakui bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 13 tahun dan, jika anda berada di bawah umur dewasa di tempat anda tinggal, penggunaan diselia oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
        • b. Penggunaan Tanpa Nama dan Bukan Tanpa Nama. Anda boleh menggunakan Mixer secara tanpa nama jika anda hanya mahu melihat kandungan. Jika tidak, anda perlu membuat akaun, log masuk dan akan dikenal pasti kepada pengguna lain dengan nama Mixer anda.
        • c. Penggunaan Akaun untuk Bukan Tanpa Nama. Anda boleh membuat akaun Microsoft dan/atau akaun Mixer untuk kegunaan bukan tanpa nama bagi Perkhidmatan Mixer. Anda boleh membuat akaun Mixer dengan mendaftar dalam talian. Anda hendaklah menggunakan akaun Mixer anda untuk memastikan ia kekal aktif. Log masuk ke Perkhidmatan Mixer sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun untuk menjaga alias Mixer anda yang dikaitkan dengan akaun Microsoft anda.
      • 5. Pemberitahuan Perkhidmatan. Apabila kami perlu memberitahu anda sesuatu tentang Perkhidmatan Mixer, kami akan menghantar pemberitahuan Perkhidmatan ke e-mel yang dikaitkan dengan akaun Mixer anda dan/atau akaun Microsoft.
      • 6. Sokongan. Sokongan pelanggan untuk Perkhidmatan Mixer boleh didapati di mixer.com/contact.
Teks lengkap
KedaiKedai14b_Store
Ringkasan
  • b. Kedai. "Kedai" merujuk pada Perkhidmatan yang membolehkan anda melayari, memuat turun, membeli dan mengadarkan dan mengulas aplikasi (istilah "aplikasi" termasuk permainan) dan kandungan digital lain. Terma ini meliputi penggunaan Office Store, Windows Store dan Xbox Store. "Gedung Office" bermaksud Gedung untuk produk dan aplikasi Office, Office 365, SharePoint, Exchange, Access dan Project (versi 2013 atau lebih terkini) atau pengalaman lain yang berjenama Gedung Office. "Windows Store" bermaksud Kedai untuk peranti Windows seperti telefon, PC dan tablet, atau sebarang pengalaman lain yang dijenamakan Windows Store. "Gedung Xbox" bermaksud Gedung untuk konsol Xbox One dan Xbox 360, atau apa-apa pengalaman lain yang berjenama Gedung Xbox.
    • i. Terma Lesen. Kami akan mengenal pasti penerbit setiap aplikasi yang tersedia dalam Kedai yang berkaitan. Melainkan terma lesen berlainan diberikan bersama-sama aplikasi ini, Terma Lesen Aplikasi Standard ("SALT") pada akhir Terma ini ialah perjanjian antara anda dengan penerbit aplikasi yang membentangkan terma lesen yang berkuat kuasa ke atas penggunaan aplikasi yang anda muat turun menerusi Windows Store atau Xbox Store. Untuk kejelasan, Terma ini ("Terma") meliputi penggunaan, dan perkhidmatan yang diberikan oleh Perkhidmatan Microsoft. Seksyen 5 Terma ini juga terpakai bagi mana-mana Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga yang diperoleh melalui sesebuah Kedai. Aplikasi yang dimuat turun melalui Office Store tidak ditadbir oleh SALT dan mempunyai terma lesen yang berasingan yang berkuat kuasa.
    • ii. Kemas kini. Microsoft akan secara automatik menyemak untuk dan memuat turun kemas kini aplikasi anda, meskipun anda tidak mendaftar masuk ke Kedai yang berkenaan. Anda boleh menukar Kedai anda atau tetapan sistem jika anda lebih mengutamakan untuk tidak menerima kemas kini automatik bagi aplikasi Kedai. Walau bagaimanapun, aplikasi Office Store yang dihos secara keseluruhan atau sebahagian dalam talian boleh dikemas kini pada bila-bila masa oleh pembangun aplikasi dan mungkin tidak memerlukan kebenaran anda untuk mengemas kini.
    • iii. Pengadaran dan Ulasan. Jika anda menilai atau mengulas aplikasi atau Barangan Digital lain dalam Gedung, anda mungkin menerima e-mel daripada Microsoft yang mengandungi kandungan daripada penerbit aplikasi atau Barangan Digital. Apa-apa e-mel sedemikian datang daripada Microsoft; kami tidak berkongsi alamat e-mel anda dengan mana-mana penerbit aplikasi atau Barangan Digital lain yang anda peroleh menerusi Gedung ini.
    • iv. Amaran Keselamatan. Untuk mengelak daripada kemungkinan kecederaan, ketakselesaan atau ketegangan mata, anda seharusnya berehat dari semasa ke semasa daripada penggunaan permainan atau aplikasi lain, terutamanya jika anda merasa sakit atau letih hasil daripada penggunaan. Jika anda berasa tidak selesa, sila berehat. Ketakselesaan mungkin termasuk rasa loya, mabuk gerak, pening, disorientasi, sakit kepala, kelesuan, ketegangan mata atau mata kering. Menggunakan aplikasi boleh mengganggu perhatian anda dan menghalang sekeliling anda. Elakkan bahaya tersadung, tangga, siling rendah, item yang mudah pecah atau berharga yang boleh rosak. Peratus kecil orang mungkin mengalami sawan apabila terdedah pada imej visual tertentu seperti cahaya berkelip atau pola yang mungkin muncul dalam aplikasi ini. Malahan orang tanpa sejarah sawan pun mungkin mengalami masalah yang tidak didiagnosis yang boleh menyebabkan sawan ini. Simptom mungkin termasuk pening lalat, penglihatan berubah, sentakan, getaran atau anggota badan terketar-ketar, disorientasi, kekeliruan, pitam, atau terkejang-kejang. Berhenti menggunakan dengan serta-merta dan rujuk doktor jika anda mengalami mana-mana simptom ini, atau rujuk doktor sebelum menggunakan aplikasi ini jika anda mengalami simptom yang berkaitan dengan sawan. Ibu bapa seharusnya mengawasi penggunaan aplikasi oleh anak mereka untuk tanda-tanda simptom ini.
Teks lengkap
Ciri Keluarga MicrosoftCiri Keluarga Microsoft14c_MicrosoftFamily
Ringkasan
  • c. Ciri Keluarga Microsoft. Ibu bapa dan kanak-kanak boleh menggunakan ciri keluarga Microsoft untuk membina kepercayaan berdasarkan perkongsian kefahaman tingkah laku, laman web, aplikasi, permainan, lokasi fizikal dan perbelanjaan yang betul dalam keluarga mereka. Ibu bapa boleh mewujudkan keluarga dengan pergi ke https://account.microsoft.com/family (atau dengan mengikut arahan pada peranti Windows atau konsol Xbox mereka) dan menjemput kanak-kanak dan ibu bapa lain untuk turut serta. Terdapat banyak ciri yang disediakan untuk ahli keluarga, jadi sila semak maklumat yang disediakan dengan teliti apabila anda bersetuju untuk mewujudkan atau menyertai sesuatu keluarga dan apabila anda membeli Barangan Digital untuk akses keluarga. Dengan mewujudkan atau menyertai keluarga, anda bersetuju untuk menggunakan keluarga menurut tujuannya dan tidak akan menggunakannya dalam cara yang tidak dibenarkan untuk mendapatkan akses secara tidak sah kepada maklumat orang lain.
Teks lengkap
Pemesejan KumpulanPemesejan Kumpulan14d_GroupMessaging
Ringkasan
  • d. Pemesejan Kumpulan. Pelbagai perkhidmatan Microsoft membolehkan anda menghantar mesej kepada orang lain melalui suara atau SMS ("mesej") dan/atau membenarkan Microsoft dan sekutu dikawal Microsoft untuk menghantar mesej tersebut kepada anda dan satu atau lebih ramai pengguna lain bagi pihak anda. APABILA ANDA MENGARAHKAN MICROSOFT DAN SEKUTU DIKAWAL MICROSOFT UNTUK MENGHANTAR MESEJ TERSEBUT KEPADA ANDA ATAU KEPADA ORANG LAIN, ANDA MEWAKILI DAN MENJAMIN KEPADA KAMI BAHAWA ANDA DAN SETIAP ORANG YANG ANDA MENGARAHKAN KAMI UNTUK MENGHANTAR MESEJ BERSETUJU UNTUK MENERIMA MESEJ TERSEBUT DAN SEBARANG MESEJ TEKS PENTADBIRAN YANG BERKAITAN DARIPADA MICROSOFT DAN SEKUTU DIKAWAL MICROSOFT. "Mesej teks pentadbiran" ialah mesej transaksi berkala daripada perkhidmatan Microsoft tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada "mesej alu-aluan" atau arahan tentang cara berhenti menerima mesej. Anda atau ahli kumpulan anda yang tidak lagi mahu menerima mesej tersebut boleh menarik diri daripada menerima mesej selanjutnya daripada Microsoft atau sekutu dikawal Microsoft pada bila-bila masa dengan mengikut arahan yang diberikan. Jika anda tidak lagi mahu menerima mesej tersebut atau menyertai kumpulan, anda setuju bahawa anda akan menarik diri dengan menggunakan arahan yang diberikan oleh program atau perkhidmatan yang berkenaan. Jika anda mempunyai sebab untuk percaya bahawa seorang ahli kumpulan tidak lagi mahu menerima mesej tersebut atau menyertai kumpulan, anda setuju untuk mengalih keluar mereka daripada kumpulan. Anda juga mewakili dan menjamin kepada kami bahawa anda dan setiap orang yang anda mengarahkan kami untuk menghantar mesej memahami bahawa setiap ahli kumpulan adalah bertanggungjawab bagi kos sebarang caj mesej yang dikenakan oleh pembawa mudah alihnya, termasuk sebarang caj mesej antarabangsa yang mungkin dikenakan apabila mesej dihantar daripada nombor dari AS.
Teks lengkap
Skype dan GroupMeSkype dan GroupMe14e_Skype
Ringkasan
  • e. Skype dan GroupMe.
    • i. Tiada Akses kepada Perkhidmatan Kecemasan. Terdapat perbezaan yang penting di antara perkhidmatan telefon tradisional dan Skype. Skype tidak diperlukan untuk menawarkan akses kepada Perkhidmatan Kecemasan di bawah mana-mana peraturan, kawal selia atau undang-undang tempatan atau negara. Perisian dan produk Skype tidak dimaksudkan untuk menyokong atau mengendalikan panggilan kecemasan ke mana-mana hospital, agensi penguatkuasaan undang-undang, unit penjagaan perubatan atau sebarang jenis perkhidmatan yang menghubungkan titik menjawab pekerja atau keselamatan awam ("Perkhidmatan Kecemasan"). Anda memperakui dan bersetuju bahawa: (i) ia merupakan tanggungjawab anda untuk membeli perkhidmatan telefon wayarles tradisional (mudah alih) atau talian tetap yang menawarkan akses kepada Perkhidmatan Kecemasan, dan (ii) Skype bukan pengganti bagi perkhidmatan telefon utama anda.
    • ii. API atau Penyiaran. Jika anda mahu mengguna Skype bagi sebarang penyiaran, anda hendaklah mematuhi "TOS Penyiaran" di https://www.skype.com/go/legal.broadcast. Jika anda mahu menggunakan sebarang antara muka program aplikasi ("API") yang didedahkan atau disediakan oleh Skype anda hendaklah mematuhi terma pelesenan yang berkenaan, yang disediakan di www.skype.com/go/legal.
    • iii. Dasar Penggunaan Adil. Dasar penggunaan adil mungkin berkenaan dengan penggunaan Skype. Sila semak dasar ini yang direka untuk melindungi daripada penipuan dan penyalahgunaan dan mungkin menetapkan had pada jenis, tempoh atau jumlah panggilan atau mesej yang anda boleh buat. Dasar-dasar ini disertakan dalam Terma ini melalui rujukan. Anda boleh mendapati dasar-dasar ini di https://www.skype.com/go/terms.fairusage/.
    • iv. Pemetaan. Skype mengandungi ciri yang membolehkan anda menyerahkan maklumat kepada, atau melakar diri anda pada peta dengan menggunakan, perkhidmatan pemetaan. Dengan menggunakan ciri-ciri ini, anda bersetuju dengan Terma ini dan terma Google Maps yang boleh didapati di https://www.google.com/intl/en_ALL/help/terms_maps.html atau terma Peta Google yang tersedia untuk negara anda.
    • v. Pengguna Kerajaan. Jika anda ingin menggunakan akaun perniagaan atau Pengurus Skype bagi pihak Kerajaan A.S. atau agensi Kerajaan A.S., Terma ini tidak berkenaan dengan penggunaan tersebut. Untuk mendapatkan terma yang diguna pakai atau maklumat lanjut, sila hubungi usgovusers@skype.net.
    • vi. Penggunaan Peribadi/Bukan Komersil. Penggunaan Skype ialah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil oleh anda. Anda dibenarkan untuk menggunakan Skype di tempat kerja untuk komunikasi perniagaan anda sendiri.
    • vii. Nombor Skype/Skype To Go. Jika Skype menyediakan kepada anda Nombor Skype atau nombor Skype To Go, anda bersetuju bahawa anda tidak memiliki nombor tersebut atau mempunyai hak untuk mengekalkan nombor tersebut buat selama-lamanya. Di negara tertentu, sesuatu nombor mungkin disediakan kepada anda oleh rakan niaga Skype dan bukan Skype, dan anda mungkin perlu menyertai perjanjian berasingan dengan rakan niaga berkenaan.
    • viii. Pengurus Skype. "Akaun Pentadbir Pengurus Skype" dibuat dan diurus oleh anda, yang bertindak sebagai pentadbir tunggal bagi kumpulan Pengurus Skype anda dan bukan sebagai entiti perniagaan. Anda boleh memautkan akaun Microsoft individu anda ke kumpulan Pengurus Skype ("Akaun Terpaut"). Anda boleh melantik pentadbir tambahan kepada kumpulan Pengurus Skype anda tertakluk pada penerimaan Terma ini. Jika anda memperuntukkan Nombor Skype kepada Akaun Terpaut, anda bertanggungjawab untuk mematuhi sebarang keperluan yang berkaitan dengan tempat tinggal atau lokasi pengguna Akaun Terpaut anda. Jika anda memilih untuk menyahpaut Akaun Terpaut daripada kumpulan Pengurus Skype, apa-apa langganan yang diperuntukkan, Kredit Skype atau Nombor Skype tidak akan didapatkan semula dan Kandungan Anda atau bahan yang berkaitan dengan akaun terpaut yang dinyahpaut tidak lagi boleh diakses oleh anda. Anda bersetuju untuk memproses sebarang maklumat peribadi pengguna Akaun Terpaut anda menurut semua undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa.
    • ix. Caj Skype. Semua harga produk berbayar Skype adalah termasuk cukai yang berkuat kuasa, melainkan dinyatakan sebaliknya. Caj yang perlu dibayar untuk memanggil telefon di luar langganan terdiri daripada fi sambungan (dikenakan sekali bagi setiap panggilan) dan kadar setipa minit seperti yang dibentangkan di www.skype.com/go/allrates. Caj panggilan akan ditolak daripada baki Kredit Skype anda. Skype mungkin menukar kadar panggilannya pada bila-bila masa dengan menyiarkan penukaran tersebut di www.skype.com/go/allrates. Kadar baharu akan berkuat kuasa ke atas panggilan anda yang seterusnya selepas penerbitan kadar baharu. Sila semak kadar terbaru sebelum anda membuat panggilan. Pecahan minit panggilan dan caj pecahan akan dibundarkan ke unit menyeluruh yang terdekat. Di sesetengah negara, produk berbayar Skype disediakan oleh rakan tempatan Skype dan terma penggunaan akan berkuat kuasa ke atas transaksi tersebut.
    • x. Kredit Skype. Skype tidak menjamin bahawa anda akan boleh menggunakan baki Kredit Skype untuk membeli semua produk berbayar Skype. Jika anda tidak menggunakan Kredit Skype anda dalam tempoh 180 hari, Skype akan meletakkan status Kredit Skype anda sebagai tidak aktif. Anda boleh mengaktifkan semula Kredit Skype ini dengan mengikuti pautan pengaktifan semula di https://www.skype.com/go/store.reactivate.credit. Jika anda berada di Jepun dan anda membeli Kredit Skype dari laman web Skype, dua ayat sebelum ini tidak terpakai kepada anda dan Kredit Skype anda akan tamat tempoh dalam masa 180 hari selepas tarikh pembelian. Apabila kredit anda tamat tempoh, anda tidak akan dapat mengaktifkan semula atau menggunakannya lagi. Anda boleh mendayakan ciri Auto Caj Semula apabila anda membeli Kredit Skype dengan menandakan kotak yang sesuai. Jika didayakan, baki Kredit Skype anda akan dicaj semula dengan jumlah yang sama dan kaedah pembayaran pilihan anda setiap kali baki Skype anda jatuh kurang daripada ambang yang ditetapkan oleh Skype dari semasa ke semasa. Jika anda membeli langganan dengan kaedah pembayaran selain daripada kad kredit, PayPal atau Moneybookers (Skrill), dan anda telah mendayakan Auto-Caj Semula, baki Kredit Skype anda akan dicaj semula dengan jumlah yang diperlukan untuk membeli langganan berulangan anda yang seterusnya. Anda boleh menyahdayakan Auto Caj Semula pada bila-bila masa dengan mengakses dan menukar tetapan anda di portal akaun dalam Skype anda.
    • xi. Yuran Mesej Antarabangsa. GroupMe kini menggunakan nombor AS bagi setiap kumpulan yang dicipta. Setiap mesej teks yang dihantar atau diterima daripada nombor GroupMe akan dianggap sebagai mesej teks antarabangsa yang dihantar atau diterima daripada Amerika Syarikat. Sila semak dengan pembekal anda untuk kadar antarabangsa yang berkaitan.
    • xii. Hantar dan terima wang. Dengan menggunakan ciri menghantar dan menerima wang (jika ada), anda mengakui bahawa Skype menggunakan pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran dan menyelesaikan pemindahan. Skype tidak menyediakan perkhidmatan pembayaran atau penyelesaian pemindahan dan bukan perniagaan perkhidmatan wang. Menghantar dan menerima wang di Skype hanya boleh didapati untuk pengguna yang berumur 18 tahun ke atas (atau sebaliknya mengikut terma-terma pihak ketiga) dan yang mendaftar dan diluluskan untuk akaun dengan pembekal pihak ketiga. Untuk menggunakan ciri menghantar wang, anda mungkin diminta untuk mendaftar terma dan syarat pihak ketiga dan memberi kebenaran untuk berkongsi data dengan pihak ketiga ini untuk tujuan penyediaan perkhidmatan. Jika Skype menerima notis bahawa penggunaan anda untuk ciri menghantar wang melanggar terma dan syarat pihak ketiga, Skype mungkin perlu mengambil tindakan terhadap akaun anda, seperti membatalkan atau menggantung akaun anda. Skype, atau Microsoft, tidak akan bertanggungjawab ke atas perkhidmatan pembayaran yang disediakan oleh pihak ketiga atau apa-apa tindakan yang diambil oleh terma dan syarat pihak ketiga. Skype tidak membuat apa-apa jaminan, representasi atau jaminan bahawa penghantaran dan penerimaan ciri wang akan tersedia atau terus tersedia.
Teks lengkap
Bing dan MSNBing dan MSN14f_BingandMSN
Ringkasan
  • f. Bing dan MSN.
    • i. Bahan Bing dan MSN. Rencana, teks, foto, peta, video, pemain video dan bahan pihak ketiga yang disediakan pada Bing dan MSN, termasuk melalui bot, aplikasi dan program Microsoft, adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda sahaja. Penggunaan lain, termasuk muat turun, menyalin atau mengedar semula bahan ini, atau menggunakan bahan atau produk ini untuk membina produk anda sendiri, dibenarkan hanya setakat yang dibenarkan secara khusus oleh Microsoft atau pemegang hak, atau dibenarkan oleh undang-undang hak cipta yang berkuat kuasa. Microsoft atau pemegang hak lain berhak terhadap bahan yang tidak berikan secara nyata oleh Microsoft di bawah terma lesen ini, sama ada melalui implikasi, estopel atau sebaliknya.
    • ii. Peta Bing. Anda tidak boleh menggunakan imej Bird's eye Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, New Zealand, Australia atau Jepun untuk kegunaan kerajaan tanpa kelulusan bertulis kami secara berasingan.
    • iii. Bing Places dan Pusat Pembuatan Bing. Apabila anda memberikan Data anda atau Kandungan Anda kepada Bing Places atau Pusat Pembuatan Bing, anda memberikan Microsoft satu lesen harta intelektual yang terpakai di seluruh dunia dan bebas royalti untuk digunakan, dihasilkan semula, disimpan, diubah suai, diagregat, dipromosikan, dihantar, dipaparkan atau diagihkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan dan memberikan sublesen hak tersebut kepada pihak ketiga.
Teks lengkap
CortanaCortana14g_Cortana
Ringkasan
  • g. Cortana.
    • 1. Penggunaan Peribadi Bukan Komersil. Cortana ialah Perkhidmatan pembantu peribadi Microsoft. Ciri-ciri, perkhidmatan, kandungan dan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga yang disediakan oleh Cortana (secara kolektif "Perkhidmatan Cortana") adalah hanya untuk penggunaan peribadi dan bukan komersial.
    • ii. Fungsi dan Kandungan. Cortana menyediakan pelbagai ciri, sesetengahnya ialah ciri yang diperibadikan. Perkhidmatan Cortana boleh membenarkan anda mengakses perkhidmatan, maklumat atau fungsi yang disediakan oleh Perkhidmatan Microsoft atau Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga yang lain. Terma khusus perkhidmatan bagi seksyen 13 juga terpakai kepada penggunaan Perkhidmatan Microsoft yang diguna pakai oleh anda yang diakses melalui Perkhidmatan Cortana. Cortana memberikan maklumat untuk tujuan perancangan anda sahaja dan anda perlu menggunakan budi bicara anda sendiri semasa menyemak dan bergantung pada maklumat ini. Microsoft tidak menjamin kebolehpercayaan, ketersediaan atau ketepatan masa pengalaman yang diperibadikan yang diberikan oleh Cortana. Microsoft tidak bertanggungjawab jika ciri pengurusan komunikasi Cortana melewatkan atau menghalang anda daripada menerima, menyemak atau menghantar komunikasi atau pemberitahuan.
    • iii. Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga. Sebagai sebahagian daripada penyampaian Perkhidmatan Cortana, Cortana boleh bertukar-tukar maklumat dengan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga, seperti poskod anda dan pertanyaan dan jawapan yang dikembalikan oleh Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga, untuk memenuhi permintaan anda. Melalui pemautan akaun, Cortana membolehkan pengguna untuk membuat pembelian melalui Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga menggunakan pilihan akaun dan tetapan yang pengguna telah tubuhkan secara langsung dengan Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut. Pengguna boleh memutuskan pemautan akaun pada bila-bila masa. Penggunaan anda terhadap Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga dilindungi di bawah seksyen 5 Terma ini. Penerbit Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga boleh mengubah atau menamatkan fungsi atau ciri-ciri Aplikasi dan Perkhidmatan Pihak Ketiga mereka atau penyepaduan dengan Perkhidmatan Cortana. Microsoft tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi perisian atau perisian tegar yang dibekalkan pembuat.
    • iv. Peranti Didayakan Cortana. Peranti didayakan Cortana ialah produk atau peranti yang didayakan untuk mengakses Perkhidmatan Cortana, atau produk atau peranti yang sesuai dengan Perkhidmatan Cortana. Peranti didayakan Cortana termasuk peranti pihak ketiga atau produk yang Microsoft tidak miliki, keluarkan atau bangunkan. Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas peranti atau produk pihak ketiga.
    • v. Kemas kini Perisian. Untuk mana-mana peranti yang boleh bersambung kepada Perkhidmatan Cortana, kami secara automatik boleh menyemak versi perisian Perkhidmatan Cortana dan memuat turun perisian kemas kini atau perubahan konfigurasi atau memerlukan pengeluar peranti didayakan Cortana untuk menyimpan perisian perkhidmatan Cortana yang terkini.
Teks lengkap
Outlook.comOutlook.com14h_Outlook_com
Ringkasan
  • h. Outlook.com. Alamat e-mel Outlook.com (atau @msn, @hotmail, atau @live) yang anda guna untuk membuat akaun Microsoft anda akan unik kepada anda asalkan akaun peti masuk Outlook.com atau akaun Microsoft anda masih aktif. Sekiranya peti masuk Outlook.com atau akaun Microsoft anda ditutup sama ada oleh anda atau Microsoft menurut Terma ini Terms, alamat e-mel atau nama pengguna tersebut boleh dikitar semula ke dalam sistem kami dan diperuntukkan kepada pengguna lain.
Teks lengkap
Perkhidmatan OfficePerkhidmatan Office14i_officeBasedServices
Ringkasan
  • i. Perkhidmatan Office. Office 365 Home, Office 365 Personal, Office 365 University, Office Online, Sway, OneNote.com dan apa-apa langganan Office 365 atau Perkhidmatan berjenama Office yang lain adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda, melainkan anda mempunyai hak penggunaan komersial di bawah perjanjian yang berasingan dengan Microsoft.
Teks lengkap
Perkhidmatan Microsoft HealthPerkhidmatan Microsoft Health14j_MicrosoftHealthServices
Ringkasan
  • j. Perkhidmatan Microsoft Health.
    • i. HealthVault HealthVault bertujuan untuk anda menyimpan maklumat peribadi berkaitan kesihatan anda dan maklumat mengenai orang lain (seperti keluarga anda) dengan persetujuan mereka. Akaun HealthVault bukan untuk kegunaan pembekal penjagaan kesihatan atau untuk sebarang tujuan komersil atau bukan peribadi lain. Maklumat dalam akaun anda boleh jadi tidak sentiasa tepat atau terkini dan hendaklah dilihat oleh mana-mana pembekal penjagaan kesihatan sebagai maklumat sahaja. Perkhidmatan HealthVault tidak menyimpan rekod untuk pembekal penjagaan kesihatan atau untuk tujuan pengurusan perubatan atau kes yang lain. Sebagai contoh, rekod HealthVault bukan set rekod yang ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan A.S. Jika pembekal penjagaan kesihatan memutuskan untuk memasukkan mana-mana data yang disediakan daripada HealthVault dalam rekodnya, ia hendaklah menyimpan sesalinan dalam sistemnya sendiri. Jika terdapat penjaga bersama sesuatu rekod dalam akaun anda (kerana seorang daripada anda menjemput yang lain), anda mengakui bahawa penjaga bersama tersebut mempunyai kawalan penuh ke atas rekod tersebut dan boleh membatalkan akses anda kepada rekod tersebut, mengurus akses orang lain ke rekod tersebut, dan melihat data rekod tersebut termasuk bagaimana dan bila rekod tersebut digunakan. Microsoft tidak menyokong kelayakan bukan Microsoft (seperti Facebook dan OpenID), jadi sokongan pelanggan HealthVault tidak akan dapat membantu dengan isu pendaftaran masuk bagi kelayakan tersebut. Jika anda hilang kelayakan mendaftar masuk anda, atau jika akaun di mana terdapat kelayakan anda tutup, anda tidak akan dapat memulihkan data anda yang disimpan. Untuk membantu mengekalkan akses berterusan, kami mencadangkan supaya anda menggunakan lebih daripada satu kelayakan daftar masuk dengan akaun HealthVault anda. Microsoft tidak mengendors atau mengawal, dan tidak bertanggungjawab untuk, operasi, sokongan atau kawalan keselamatan kelayakan bukan Microsoft yang anda mungkin guna.
    • ii. Microsoft Band. Peranti dan aplikasi Microsoft Band bukanlah peranti perubatan dan adalah bertujuan untuk kecergasan dan kesejahteraan sahaja. Ia bukan direka atau bertujuan untuk penggunaan dalam diagnosis penyakit atau keadaan lain, atau dalam pemulihan, pengurangan kesan, rawatan atau pengelakan penyakit atau keadaan lain. Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa keputusan yang anda buat berdasarkan maklumat yang anda terima daripada Microsoft Band.
Teks lengkap
Barangan DigitalBarangan Digital14k_DigitalGoods
Ringkasan
  • k. Barangan Digital. Melalui Microsoft Groove, Microsoft Movies & TV Store dan sebarang perkhidmatan lain yang berkaitan atau pada masa depan, Microsoft mungkin membolehkan anda memperoleh, mendengar, melihat, memainkan atau membaca (mengikut keadaan) muzik, imej, video, teks, buku, permainan atau bahan lain ("Barangan Digital") yang anda mungkin peroleh dalam bentuk digital. Barangan Digital adalah untuk kegunaan hiburan anda secara peribadi dan bukan komersial. Anda bersetuju untuk tidak mengagih semula, menyiarkan, mempersembahkan di khalayak ramai atau memaparkan atau memindahkan sebarang salinan Barangan Digital secara awam. Barangan Digital boleh dimiliki oleh Microsoft atau oleh pihak ketiga. Walau bagaimanapun, dalam semua keadaan, anda memahami dan mengakui bahawa hak anda berhubung dengan Barangan Digital adalah terhad oleh Terma, undang-undang hak cipta dan peraturan penggunaan ini yang terdapat di https://go.microsoft.com/fwlink/p/?LinkId=723143. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan cuba untuk mengubah suai mana-mana Barangan Digital yang diperoleh menerusi mana-mana Perkhidmatan ini atas apa jua sebab sekalipun, termasuk bagi tujuan menyamar atau menukar hak milik atau sumber Barangan Digital tersebut. Microsoft atau pemilik Barangan Digital boleh, dari semasa ke semasa, mengalih keluar Barangan Digital daripada Perkhidmatan tanpa notis.
Teks lengkap
OneDriveOneDrive14l_OneDrive
Ringkasan
  • l. OneDrive.
    • i. Peruntukan Storan. Jika anda mempunyai lebih banyak kandungan tersimpan dalam akaun OneDrive anda berbanding ruang yang diberikan kepada anda di bawah terma perkhidmatan langganan percuma atau berbayar bagi OneDrive dan anda tidak memberikan respons kepada notis daripada Microsoft untuk membetulkan akaun anda dengan mengeluarkan kandungan berlebihan atau beralih kepada pelan langganan baru yang mempunyai lebih storan, kami memelihara hak untuk menutup akaun anda atau memadamkan atau menyahdayakan akses kepada Kandungan Anda pada OneDrive.
    • ii. Prestasi Perkhidmatan. Bergantung pada faktor seperti peralatan anda, sambungan internet dan usaha Microsoft untuk mengekalkan prestasi dan intergriti perkhidmatannya, anda mungkin mengalami kelewatan dalam memuat naik atau menyegerakkan kandungan pada OneDrive sekali-sekala.
Teks lengkap
Ganjaran MicrosoftGanjaran Microsoft14m_MicrosoftRewards
Ringkasan
  • m. Microsoft Rewards.
    • i. Program. Ganjaran Microsoft ("Program") membolehkan anda mendapat mata yang boleh ditebus bagi aktiviti, seperti carian berkelayakan, pemerolehan, masa yang digunakan dengan melayari internet secara aktif dengan Microsoft Edge, dan tawaran lain dari Microsoft. Tawaran mungkin berbeza mengikut pasaran. Carian ialah tindakan seseorang pengguna yang memasukkan teks secara manual bagi tujuan berniat baik untuk mendapatkan hasil carian Bing bagi tujuan penyelidikan sendiri pengguna berkenaan dan tidak termasuk apa-apa pertanyaan yang dimasukkan oleh bot, makro atau apa-apa jenis cara yang automatik atau palsu yang lain ("Carian"). Pemerolehan ialah proses membeli barangan atau memuat turun dan memperolehi lesen bagi kandungan digital daripada Microsoft, sama ada percuma atau berbayar ("Pemerolehan"). Mata ganjaran tidak ditawarkan bagi setiap pembelian dari Microsoft. Melayari internet secara aktif dengan Microsoft Edge bererti memaparkan pelayar pada skrin peranti anda (cth., membukanya dan menggunakannya supaya ikon Microsoft Edge bercahaya dalam bar tugasan, menandakan ia aplikasi yang sedang digunakan), dan menggunakan pelayar itu untuk melihat laman web, menonton video dalam pelayar, memeriksa e-mel, atau kegunaan lain untuk pelayar digunakan. Untuk mendapatkan mata kerana telah menggunakan Microsoft Edge, Bing mesti ditetapkan sebagai enjin carian lalai pelayar dan telemetri mesti didayakan dalam tetapan Windows anda. Microsoft mungkin menawarkan peluang tambahan untuk mendapatkan mata dari masa ke masa, dan setiap tawaran mendapatkan mata tidak akan tersedia buat selama-lamanya. Mata anda yang telah diperolehi boleh ditebus untuk item ("Ganjaran") dalam halaman penebusan. Untuk maklumat lanjut, lihat seksyen Ganjaran di support.microsoft.com ("Soalan Lazim").
      • 1. Keperluan Program. Anda perlukan akaun Microsoft yang sah dan peranti anda mesti memenuhi keperluan sistem yang minimum. Program ini terbuka kepada pengguna yang tinggal di pasaran yang disenaraikan dalam Soalan Lazim. Seseorang individu tidak boleh mempunyai lebih dari satu akaun Program, walaupun jika seseorang individu mempunyai beberapa alamat e-mel, dan seisi keluarga adalah dihadkan kepada enam akaun. Program ini adalah semata-mata untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial oleh anda.
      • 2. Mata. Kecuali bagi mendermakan mata anda kepada organisasi bukan keuntungan yang disenaraikan dalam pusat penebusan, anda tidak boleh memindahkan mata. Mata bukan hak milik peribadi anda, dan anda tidak boleh mendapatkan apa-apa tunai atau duit sebagai tukaran bagi mereka. Mata diberikan kepada anda berasaskan promosi. Anda tidak boleh membeli mata. Microsoft boleh mengehadkan jumlah mata atau Ganjaran bagi seorang, seisi rumah, atau bagi satu tempoh yang ditetapkan (cth., satu hari). Anda boleh menebus kurang daripada 550,000 mata bagi satu tahun kalendar dalam Program ini. Mata yang diperolehi dalam Program ini adalah tidak sah dalam, dan tidak boleh digunakan dalam kombinasi dengan, apa-apa program lain yang ditawarkan oleh Microsoft atau pihak ketiga yang lain. Mata yang tidak ditebus akan luput jika anda tidak mendapatkan atau menebus apa-apa mata untuk 18 bulan.
      • 3. Ganjaran. Anda boleh menebus mata anda dengan melawat pusat penebusan atau anda boleh menyumbang mata kepada organisasi bukan keuntungan yang disenaraikan. Mungkin hanya terdapat sejumlah yang terhad bagi satu-satu Ganjaran, dan Ganjaran berkenaan akan diberikan berasaskan siapa cepat, dia dapat. Anda mungkin perlu memberikan maklumat tambahan, seperti alamat surat-menyurat anda dan nombor telefon (selain daripada nombor VOIP atau bebas tol), dan anda juga mungkin diminta untuk memasukkan kod pencegahan pemalsuan atau menandatangani dokumen perundangan tambahan untuk menebus mata bagi Ganjaran. Setelah anda memesan Ganjaran, anda tidak boleh membatalkannya atau mengembalikannya untuk bayaran semula mata melainkan dalam kes produk yang rosak atau sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang yang diguna pakai. Jika anda memesan Ganjaran yang kehabisan stok atau tidak tersedia bagi sebab-sebab lain yang ditentukan Microsoft mengikut budi bicara mutlaknya, kami boleh menggantikan Ganjaran bernilai sebanding dengannya atau membayar semula mata anda. Microsoft boleh mengemaskinikan Ganjaran yang ditawarkan di pusat penebusan atau menamatkan tawaran Ganjaran yang tertentu. Sesetengah Ganjaran mungkin mempunyai syarat kelayakan umur. Apa-apa syarat yang sedemikian akan dimasukkan dalam tawaran yang relevan. Anda bertanggungjawab bagi semua cukai persekutuan, negeri dan tempatan serta apa-apa kos lain untuk menerima dan menggunakan Ganjaran. Ganjaran akan dihantarkan kepada alamat e-mel yang anda berikan ketika memesan Ganjaran anda, jadi pastikan alamat e-mel anda dikemaskinikan. Ganjaran yang tidak dapat dihantar tidak akan diterbitkan semula dan justeru itu adalah dilucutkan. Ganjaran bukan untuk dijual semula.
      • 4. Membatalkan Penyertaan Anda di dalam Program. Akaun Program anda akan dibatalkan jika anda tidak log masuk sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 18 bulan. Juga, Microsoft mempunyai hak untuk membatalkan akaun Program pengguna yang tertentu kerana mengubah, menyalahgunakan atau memfraud Program, atau kerana melanggar Terma ini. Setelah pembatalan Program (oleh anda atau kami) atau jika Program ini digantung, anda akan mempunyai 90 hari untuk menebus mata anda; jika tidak, mata berkenaan akan dilucutkan. Sewaktu pembatalan, hak anda untuk menggunakan Program dan mengumpulkan mata masa hadapan tamat.
      • 5. Syarat Lain. Microsoft mempunyai hak untuk menyingkirkan anda; menyahdayakan akses anda kepada Program atau akaun Ganjaran anda; dan/atau menahan mata, Ganjaran dan sumbangan derma, jika Microsoft percaya anda sedang mengubah-ubah atau menyalahgunakan apa-apa aspek Program ini atau mungkin terlibat dalam aktiviti yang menyalahi Terma ini.
Teks lengkap
PelbagaiPelbagai16_17_18_miscellaneous
Ringkasan

14. Pelbagai. Seksyen ini dan seksyen 1, 9 (untuk jumlah yang ditanggung sebelum tamat Terma ini), 10, 11, 12, 15, 17 dan yang lain mengikut termanya diguna pakai selepas Terma ini tamat akan kekal berterusan walaupun Terma ini ditamatkan atau dibatalkan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami boleh memperuntukkan Terma ini, subkontrak obligasi kami di bawah Terma ini, atau sublesen hak kami di bawah Terma ini, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda. Anda tidak boleh memperuntukkan Terma ini atau memindah milik sebarang hak untuk menggunakan Perkhidmatan. Ini adalah keseluruhan Perjanjian di antara anda dengan Microsoft untuk penggunaan Perkhidmatan ini. Ia menggantikan sebarang perjanjian sebelumnya di antara anda dan Microsoft berkaitan penggunaan Perkhidmatan oleh anda. Dalam menyertai Terma ini, anda tidak bergantung pada mana-mana pernyataan, representasi, waranti, kefahaman, aku janji, janji atau jaminan selain daripada yang dinyatakan secara jelas dalam Terma ini. Semua bahagian Terma ini berkenaan sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan. Jika mahkamah atau penimbang tara mendapati bahawa kami tidak dapat menguatkuasakan sebahagian daripada Terma ini sebagaimana yang tertulis, kami boleh menggantikan terma tersebut dengan terma yang serupa setakat yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang yang berkaitan, tetapi Terma yang selebihnya tidak akan berubah. Terma ini semata-mata untuk anda dan manfaat anda. Terma ini bukan untuk manfaat mana-mana orang lain, kecuali untuk pengganti dan penerima serah hak Microsoft. Tajuk seksyen adalah untuk rujukan sahaja dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

15. Tuntutan Hendaklah Difailkan Dalam Masa Satu Tahun Sebarang tuntutan yang berkaitan dengan Terma atau Perkhidmatan ini hendaklah difailkan di mahkamah (atau penimbangtaraan jika seksyen 10(d) berkenaan) dalam tempoh satu tahun dari tarikh anda boleh buat pertama kali memfailkan tuntutan, melainkan undang-undang tempatan anda memerlukan masa yang lebih lama untuk memfailkan tuntutan. Jika tidak difailkan dalam masa tersebut, maka ia disekat secara kekal.

16. Undang-undang Eksport Anda hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan eksport domestik dan antarabangsa yang diguna pakai bagi perisian dan/atau Perkhidmatan ini, yang termasuk sekatan destinasi, pengguna akhir, dan penggunaan akhir. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan geografi dan eksport, layari https://go.microsoft.com/fwlink/?linkid=868968 dan https://www.microsoft.com/exporting.

17. Kenyataan Hak dan Maklum Balas. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Terma ini, Microsoft tidak memberi anda lesen atau apa-apa hak lain dari apa-apa jenis di bawah mana-mana paten, pengetahuan, hak cipta, rahsia perdagangan, tanda niaga atau harta intelek lain yang dimiliki atau dikawal oleh Microsoft atau mana-mana entiti yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa nama, pakaian perdagangan, logo atau kesetaraan. Jika anda memberi Microsoft apa-apa idea, saranan, cadangan atau maklum balas, termasuk tanpa pengehadan idea untuk produk baharu, teknologi, promosi, nama produk, maklum balas produk dan penambahbaikan produk ("Maklum Balas"), anda memberi Microsoft, tanpa caj, royalti atau kewajipan lain kepada anda, hak untuk membuat, telah membuat, membuat kerja terbitan, menggunakan, berkongsi dan mengkomersialkan Maklum Balas anda dengan apa-apa cara dan untuk apa-apa tujuan pun. Anda tidak akan memberi Maklum Balas yang tertakluk pada lesen yang memerlukan Microsoft untuk melesenkan perisian, teknologi atau dokumentasi atau perkhidmatan kepada mana-mana pihak ketiga kerana Microsoft menyertakan Maklum Balas anda di dalamnya.

Teks lengkap
NotisNotisNOTICES
Ringkasan

Notis dan prosedur untuk membuat tuntutan pelanggaran hak cipta. Microsoft menghormati hak harta intelektual pihak ketiga. Jika anda ingin menghantar notis pelanggaran harta intelektual, termasuk tuntutan pelanggaran hak cipta, sila gunakan prosedur kami untuk menghantar Notis Pelanggaran. HANYA PERTANYAAN YANG BERKAITAN DENGAN PROSEDUR INI AKAN MENERIMA JAWAPAN.

Microsoft menggunakan proses yang ditetapkan dalam Tajuk 17, Kod Amerika Syarikat, Seksyen 512 untuk membalas notis pelanggaran hak cipta. Dalam keadaan sewajarnya, Microsoft juga boleh menyahdayakan atau menamatkan akaun pengguna Perkhidmatan Microsoft yang merupakan pelanggar berulang.

Notis dan prosedur berkenaan dengan kebimbangan harta intelektual dalam pengiklanan. Sila teliti Garis Panduan Harta Intelektual kami berkaitan dengan kebimbangan harta intelektual pada rangkaian pengiklanan kami.

Notis hak cipta dan tanda dagangan. Perkhidmatan ini adalah hak cipta © 2018 Microsoft Corporation dan/atau pembekalnya, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, USA. Hak cipta terpelihara Microsoft dan nama, logo dan ikon semua produk, perisian dan perkhidmatan Microsoft mungkin sama ada tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Microsoft di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Nama syarikat dan produk sebenar mungkin tanda dagangan pemiliknya masing-masing. Apa-apa hak yang tidak diberi secara jelas dalam Terma ini adalah terpelihara. Sesetengah perisian yang digunakan dalam sesetengah pelayan tapak web Microsoft adalah berdasarkan daripada sebahagian kerja Independent JPEG Group. Hak cipta © 1991-1996 Thomas G. Lane. Semua hak terpelihara. Perisian “gnuplot” digunakan dalam sesetengah pelayan tapak web Microsoft adalah hak cipta © 1986‑1993 Thomas Williams, Colin Kelley. Semua hak terpelihara.

Notis perubatan. Microsoft tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan atau kesihatan lain. Sentiasa dapatkan nasihat pakar perubatan anda atau pembekal penjagaan kesihatan yang bertauliah lain jika anda ada sebarang soalan mengenai masalah perubatan, diet, kecergasan atau program kesejahteraan. Jangan sekali-kali mengabaikan nasihat perubatan profesional atau melewatkan usaha mendapatkannya kerana maklumat yang anda akses pada atau melalui Perkhidmatan ini.

Harga saham dan data indeks (termasuk nilai indeks). © 2013 Morningstar, Inc. Hak Cipta Terpelihara. Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini: (1) bersifat proprietari kepada Morningstar dan/atau pembekal kandungannya; (2) tidak boleh disalin atau diedarkan; dan (3) tidak dijamin sebagai tepat, lengkap atau bertepatan masa. Morningstar mahupun pembekal kandungannya tidak bertanggungjawab untuk sebarang ganti rugi atau kerugian yang berbangkit daripada penggunaan maklumat ini. Prestasi masa lalu bukan jaminan keputusan masa depan.

Anda tidak boleh menggunakan sebarang Dow Jones IndexesSM, data indeks atau tanda Dow Jones berkaitan dengan pengeluaran, penciptaan, penajaan, perdagangan, pemasaran atau promosi sebarang instrumen kewangan atau produk pelaburan (contohnya, terbitan, produk berstruktur, dana pelaburan, dana pertukaran dagangan, portfolio pelaburan, dsb di mana harga, pemulangan dan/atau prestasi instrumen atau produk pelaburan adalah berdasarkan kepada, berkaitan dengan atau bertujuan untuk menjejaki sebarang Indeks atau proksi untuk sebarang Indeks) tanpa perjanjian bertulis dengan Dow Jones yang berasingan.

Notis kewangan. Microsoft bukan broker/pengedar atau penasihat pelaburan berdaftar di bawah undang-undang keselamatan persekutuan atau undang-undang keselamatan Amerika Syarikat atau bidang kuasa lain dan tidak menasihatkan individu untuk kebijaksanaan melabur, membeli atau menjual produk atau perkhidmatan keselamatan atau kewangan lain. Tiada sesuatu yang terkandung dalam perkhidmatan adalah tawaran atau pengumpanan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti. Microsoft atau pemberi lesen kuota sahamnya atau data indeks mengendors atau mengesyorkan sebarang produk atau perkhidmatan kewangan yang tertentu. Tiada apa-apa dalam Perkhidmatan ini yang bertujuan sebagai nasihat profesional, termasuk nasihat pelaburan atau cukai tanpa batasan.

Notis mengenai Standard H.264/AVC, Visual MPEG-4, dan Video VC-1. Perisian ini mungkin termasuk teknologi codec H.264/AVC, MPEG-4 Visual dan/atau VC-1 yang mungkin dilesen oleh MPEG LA, L.L.C. Teknologi ini ialah format untuk pemampatan data bagi maklumat video. MPEG LA, L.L.C. memerlukan notis ini:

PRODUK INI DILESENKAN DI BAWAH LESEN PORTFOLIO H.264/AVC, MPEG-4 VISUAL, DAN PATEN VC-1 UNTUK PENGGUNAAN PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIL OLEH PENGGUNA BAGI (A) MENGEKOD VIDEO YANG MEMATUHI STANDARD (“STANDARD VIDEO”) DAN/ATAU (B) MENYAHKOD VIDEO H.264/AVC, MPEG-4 VISUAL, DAN VIDEO VC-1 YANG TELAH DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIL DAN/ATAU TELAH DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MEMBEKALKAN VIDEO SEDEMIKIAN. TIADA DARIPADA LESEN DILANJUTKAN KEPADA SEBARANG PRODUK LAIN TANPA MENGIRA SAMA ADA PRODUK SEDEMIKIAN DISERTAKAN DENGAN PERISIAN INI DALAM ARTIKEL TUNGGAL. TIADA LESEN DIBERIKAN ATAU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI DIBERIKAN UNTUK SEBARANG PENGGUNAAN LAIN. MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH DIPEROLEH DARIPADA MPEG LA, L.L.C. LIHAT LAMAN WEB MPEG.

Untuk tujuan penjelasan sahaja, notis ini tidak mengehadkan atau melarang penggunaan perisian yang diberikan di bawah Terma ini bagi penggunaan perniagaan biasa yang peribadi bagi perniagaan yang tidak termasuk (i) pengedaran semula perisian kepada pihak ketiga, atau (ii) penciptaan bahan dengan teknologi yang mematuhi STANDARD VIDEO bagi diedarkan kepada pihak ketiga.

Teks lengkap
TERMA LESEN APLIKASI STANDARDTERMA LESEN APLIKASI STANDARDSTANDARDAPPLICATIONLICENSETERMS
Ringkasan

TERMA LESEN APLIKASI STANDARD

MICROSOFT STORE, WINDOWS STORE DAN XBOX STORE

Terma lesen ini adalah perjanjian antara anda dengan penerbit aplikasi. Sila baca syarat ini. Ia berkuat kuasa ke atas aplikasi perisian yang anda muat turun daripada Microsoft Store, Windows Store atau Xbox Store (setiap satunya dirujuk dalam terma lesen ini sebagai "Store"), termasuk apa-apa kemas kini atau tambahan untuk aplikasi tersebut, melainkan aplikasi tersebut disertakan dengan terma berasingan, maka terma tersebut akan berkuat kuasa.

DENGAN MEMUAT TURUN ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI, ATAU CUBA UNTUK MELAKUKAN MANA-MANA PERKARA INI, ANDA MENERIMA TERMA INI. JIKA ANDA TIDAK MENERIMANYA, ANDA TIADA HAK UNTUK DAN TIDAK BOLEH MEMUAT TURUN ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI INI.

Penerbit aplikasi bermakna entiti yang melesenkan aplikasi kepada anda, seperti yang dikenal pasti dalam Store.

Jika anda mematuhi terma-terma lesen ini, anda mempunyai hak-hak di bawah.

  • 1. HAK PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN; PENAMATAN TEMPOH. Anda boleh memasang dan menggunakan aplikasi pada peranti Windows atau konsol Xbox sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan Penggunaan Microsoft. Microsoft berhak untuk mengubah suai Peraturan Penggunaan Microsoft pada bila-bila masa.
  • 2. PERKHIDMATAN BERASASKAN INTERNET.
    • a. Persetujuan untuk perkhidmatan berasaskan Internet atau wayarles. Jika aplikasi ini bersambung ke sistem komputer melalui Internet, yang mungkin termasuk melalui rangkaian wayarles, dengan menggunakan aplikasi ini bertindak sebagai persetujuan anda kepada penghantaran maklumat peranti standard (termasuk tetapi tidak terhad pada maklumat teknikal mengenai peranti, sistem dan perisian aplikasi, dan persisian) untuk perkhidmatan berasaskan Internet atau wayarles. Jika syarat lain ditampilkan berhubung dengan penggunaan perkhidmatan yang diakses menggunakan aplikasi, terma tersebut juga turut berkuat kuasa.
    • b. Salah Guna Perkhidmatan Berasaskan Internet. Anda tidak boleh menggunakan sebarang perkhidmatan berdasarkan Internet dalam sebarang cara yang boleh membahayakannya atau menjejaskan penggunaan orang lain atau rangkaian wayarles. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan untuk cuba mendapatkan capaian tidak sah ke sebarang perkhidmatan, data, akaun atau rangkaian melalui sebarang cara.
  • 3. SKOP LESEN. Aplikasi adalah dilesenkan, bukan dijual. Perjanjian ini memberikan anda beberapa hak untuk menggunakan aplikasi. Jika Microsoft menyahdayakan keupayaan untuk menggunakan aplikasi pada peranti anda berikutan perjanjian anda dengan Microsoft, sebarang hak lesen yang berkaitan akan ditamatkan. Penerbit aplikasi mempunyai kesemua hak yang lain. Anda boleh menggunakan aplikasi ini hanya seperti yang diizinkan secara jelas dalam perjanjian ini melainkan jika undang-undang yang diguna pakai memberikan anda lebih banyak hak meskipun terdapat pembatasan ini. Apabila melakukan demikian, anda mesti mematuhi apa-apa pembatasan teknikal di dalam aplikasi yang membenarkan anda menggunakannya dalam cara-cara tertentu sahaja. Anda tidak boleh:
    • a. Atasi apa-apa pembatasan teknikal dalam aplikasi;
    • b. Melakukan pembalikan kejuruteraan, menyahkompilasi atau menyahpasang aplikasi, melainkan dan hanya setakat yang dibenarkan secara jelas oleh undang-undang yang diguna pakai, meskipun terdapat pembatasan ini;
    • c. Membuat lebih banyak salinan aplikasi berbanding apa yang telah ditentukan dalam perjanjian ini atau yang dibenarkan oleh undang-undang yang diguna pakai, meskipun terdapat pembatasan ini;
    • d. Menerbitkan atau menyediakan aplikasi untuk disalin oleh orang lain;
    • e. Menyewa, memajak atau meminjamkan aplikasi;
    • f. Pindahkan aplikasi atau perjanjian ini kepada mana-mana pihak ketiga;
  • 4. DOKUMENTASI. Jika dokumentasi disediakan bersama aplikasi, anda tidak boleh menyalin dan menggunakan dokumentasi untuk tujuan rujukan peribadi.
  • 5. SEKATAN TEKNOLOGI DAN EKSPORT. Aplikasi ini mungkin tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan kawalan atau eksport Amerika Syarikat atau teknologi antarabangsa. Anda hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan eksport domestik dan antarabangsa yang berkuat kuasa ke atas teknologi yang digunakan atau disokong oleh aplikasi ini. Undang-undang ini adalah termasuk sekatan ke atas destinasi, pengguna akhir dan penggunaan akhir. Untuk mendapatkan maklumat mengenai produk berjenama Microsoft, pergi ke laman web eksport Microsoft.
  • 6. KHIDMAT SOKONGAN. Hubungi penerbit aplikasi untuk menentukan perkhidmatan sokongan apa yang tersedia. Microsoft, pengilang perkakasan anda dan pembawa wayarles anda (melainkan satu daripadanya ialah penerbit aplikasi) tidak bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan sokongan untuk aplikasi ini.
  • 7. KESELURUHAN PERJANJIAN. Perjanjian ini, apa-apa dasar privasi yang diguna pakai, sebarang terma tambahan yang mengiringi aplikasi dan terma untuk tambahan dan kemas kini adalah keseluruhan perjanjian lesen antara anda dengan penerbit aplikasi bagi aplikasi ini.
  • 8. UNDANG-UNDANG YANG DIGUNA PAKAI.
    • a. Amerika Syarikat dan Kanada. Jika anda memperolehi aplikasi ini di Amerika Syarikat atau Kanada, undang-undang negeri atau daerah di mana anda tinggal (atau, jika perniagaan, lokasi di mana tempat utama perniagaan anda berada) mentadbir tafsiran perjanjian ini dan terpakai kepada tuntutan bagi pelanggarannya, dan kesemua tuntutan yang lain (termasuk perlindungan pelanggan, persaingan tidak adil, dan tuntutan tort) tanpa mengira percanggahan prinsip undang-undang.
    • b. Di luar Amerika Syarikat dan Kanada. Jika anda telah memperoleh aplikasi di negara lain, maka undang-undang negara itu akan diguna pakai.
  • 9. KESAN PERUNDANGAN. Perjanjian ini menjelaskan hak-hak sah tertentu. Anda mungkin ada hak-hak lain di bawah undang-undang negeri atau negara anda. Perjanjian ini tidak mengubah hak-hak anda di bawah undang-undang negeri atau negara anda jika undang-undang negeri atau negara anda tidak membenarkannya.
  • 10. PENAFIAN WARANTI. Aplikasi ini dilesenkan sebagaimana yang “sedia ada,” “dengan semua ralat,” dan “sebagaimana tersedia.” Anda menanggung risiko penggunaannya. Penerbit aplikasi, bagi pihaknya sendiri, microsoft, (jika Microsoft bukan penerbit aplikasi), pembawa wayarles yang aplikasi disediakan menerusi rangkaian ini, dan setiap sekutu kami, vendor, ejen dan pembekal (“pihak dirangkumi”) yang berkenaan, tidak memberi waranti, jaminan atau syarat nyata berhubung aplikasi ini. Keseluruhan risiko berkenaan kualiti, keselamatan, keselesaan dan prestasi aplikasi adalah tanggungjawab anda. Jika aplikasi terbukti rosak, anda menanggung keseluruhan kos bagi semua servis atau pembaikan yang diperlukan. Anda mungkin ada hak-hak pengguna tambahan di bawah undang-undang tempatan anda, yang tidak boleh diubah oleh perjanjian ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan anda, Pihak Dirangkumi mengecualikan sebarang waranti atau syarat-syarat tersirat, termasuk kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan, keselamatan, keselesaan tertentu dan bukan pelanggaran.
  • 11. PEMBATASAN KE ATAS DAN PENGECUALIAN REMEDI DAN GANTI RUGI. Setakat yang tidak dilarang oleh undang-undang, jika anda mempunyai sebarang asas untuk memulihkan kerosakan, anda boleh mendapatkan kembali daripada penerbit aplikasi hanya ganti rugi langsung sehingga jumlah yang anda bayar untuk aplikasi berkenaan atau US$1.00, mengikut mana yang lebih tinggi. Anda tidak akan, dan mengetepikan sebarang hak untuk, berusaha untuk mendapatkan kembali sebarang ganti rugi lain, termasuk ganti rugi yang terhasil, kehilangan keuntungan, khusus, tidak langsung atau sampingan, daripada penerbit aplikasi. Jika undang-undang tempatan anda mengenakan waranti, jaminan atau syarat meskipun terma ini tidak berbuat demikian, tempohnya terhad pada 90-hari dari masa anda memuat turun aplikasi ini.

Pembatasan ini diguna pakai untuk:

  • Apa-apa perkara yang berkaitan dengan aplikasi atau perkhidmatan yang disediakan melalui aplikasi ini; dan
  • Tuntutan untuk pelanggaran kontrak, pelanggaran waranti, jaminan atau syarat; liabiliti ketat, kecuaian, atau tort lain; pelanggaran statut atau peraturan; pengayaan yang tidak adil; atau di bawah sebarang teori lain, semua setakat yang diizinkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Ia juga diguna pakai jika:

  • Remedi ini tidak memampasi anda sepenuhnya untuk sebarang kerugian; atau
  • Penerbit aplikasi tau atau seharusnya tahu tentang kemungkinan berlakunya ganti rugi.
Teks lengkap
Perkhidmatan Yang DiliputiPerkhidmatan Yang Diliputiserviceslist
Ringkasan

Produk, aplikasi dan perkhidmatan yang berikut diliputi oleh Perjanjian Perkhidmatan Microsoft tetapi mungkin tidak tersedia di pasaran anda.

  • Account.microsoft.com
  • Advertising.microsoft.com
  • Akaun Microsoft
  • Apl Bing
  • Apl Carian Bing
  • Apl Maps
  • Apl Peranti Kesihatan
  • Arrow Launcher
  • Bar Alat Bing
  • Berita MSN
  • Bing Bots
  • Bing di Bilik Darjah
  • Bing Torque
  • Bing Translator
  • Bing Webmaster
  • Bing.com
  • Bing
  • Bingplaces.com
  • Citizen Next
  • Conditional Action Programmer
  • Cortana skills by Microsoft
  • Cortana
  • Default Homepage and New Tab Page on Microsoft Edge
  • Desktop Bing
  • Dev Center App
  • Dictate
  • Docs.com
  • education.minecraft.net
  • Forms.microsoft.com
  • forzamotorsport.net
  • Ganjaran Bing
  • Gedung Windows
  • Gedung
  • Groove Music Pass
  • Groove
  • GroupMe
  • HealthVault
  • Input Bing
  • Kamus Bing
  • Keluarga Microsoft
  • LineBack
  • Microsoft Academic
  • Microsoft Add-Ins for Skype
  • Microsoft Bots
  • Microsoft Educator Community
  • Microsoft Health
  • Microsoft Pay
  • Microsoft Research Interactive Science
  • Microsoft Research Open Data
  • Microsoft Support and Recovery Assistant untuk Office 365
  • Microsoft Translator
  • Microsoft XiaoIce
  • Mixer
  • MSN Cuaca
  • MSN Dial Up
  • MSN Explorer
  • MSN Kesihatan & Kecergasan
  • MSN Makanan & Minuman
  • MSN Pelancongan
  • MSN Premium
  • MSN Sukan
  • MSN Wang
  • MSN.com
  • Navigasi Bing
  • Next Lock Screen
  • Office 365 Consumer
  • Office 365 Home
  • Office 365 Personal
  • Office 365 University
  • Office Online
  • Office Store
  • Office Sway
  • Office.com
  • OneDrive.com
  • OneDrive
  • OneNote.com
  • Outlook.com
  • Paint 3D
  • Pas Muzik Xbox
  • Pelayar Wikipedia Bing
  • Pembaca Bing
  • Penghias Latar Microsoft
  • Pengurus Skype
  • Peta Bing
  • Picturesque Lock Screen
  • Pix Lock
  • Presentation Translator
  • Remix 3D
  • Rinna
  • rise4fun
  • Ruuh
  • Seeing AI
  • Send
  • Skype in the Classroom
  • Skype Qik
  • Skype.com
  • Skype
  • Smart Search
  • Spreadsheet Keyboard
  • Sway.com
  • Temu Duga Skype
  • to-do.microsoft.com
  • Tossup
  • Translator for Microsoft Edge
  • Translator Live
  • Translator
  • UrWeather
  • Video Breakdown
  • Visio Online
  • Wayang & TV Microsoft
  • Windows Live Mail
  • Windows Live Writer
  • Windows Movie Maker
  • Windows Photo Gallery
  • Xbox dan Windows Games, aplikasi dan tapak web yang diterbitkan oleh Microsoft
  • Xbox Game Pass
  • Xbox Live Gold
  • Xbox Live
  • Xbox Music
  • Xbox Store
Teks lengkap
1 Mac 20180