Lindungi PC Anda: Cetak Kesemua Tiga Langkah
Sistem Pengoperasian: Windows XP
Kemas Kini Terakhir: 9 September, 2003
Untuk mencetak arahan ini, klik punat Print di bahagian atas kanan
tetingkap ini. Setelah anda berbuat demikian, tutup tetingkap untuk kembali ke
halaman yang terdahulu.
Langkah 1: Gunakan Internet Firewall
Sebelum anda menyambungkan komputer anda ke Internet, anda sepatutnya memasang
firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu melindungi
PC anda daripada penggodam, dan banyak jenis virus dan cacing (worms). Jika
anda mempunyai sistem pengoperasian Microsoft Windows® XP, anda boleh gunakan
Firewall Sambungan Internet terbina dalamnya. Penggunaan firewall merupakan
pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer. Anda
juga harus menggunakan Windows Update dan perisian antivirus untuk membantu
melindungi PC anda.
Mustahak Firewall Sambungan Internet berfungsi dengan menyekat
komunikasi rangkaian jenis tertentu yang kemungkinan berbahaya. Walau
bagaimanapun, ia juga menyekat sesetengah tugas komunikasi rangkaian yang
berguna (misalnya, berkongsi fail atau pencetak melalui suatu rangkaian,
memindahkan fail dalam aplikasi seperti pesanan segera [instant messaging],
atau menghos permainan berbilang pemain). Kami amat menyarankan supaya anda
menggunakan firewall kerana ia membantu melindungi komputer anda pada masa
sekarang. Sekiranya anda memilih untuk memasang Firewall Sambungan Internet,
anda boleh kembali kemudian untuk membantu menyahsekat tugas komunikasi
rangkaian yang berguna. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls).
Langkah-lamgkah di bawah memberitahu anda bagaimana untuk memastikan firewall
Windows XP dipasang. Sekiranya anda mempunyai konfigurasi yang berlainan,
rangkaian kediaman, atau versi Windows yang berlainan, atau sekiranya anda
mengalami masalah semasa melakukan langkah-langkah ini, lihat
Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls).
Untuk memasang Firewall Sambungan Internet
-
Klik Start, dan kemudian klik Control Panel
-
Klik Network and Internet Connections, dan kemudian klik Network
Connections.

Klik
Network and Internet
Connections

Klik
Network Connections
Perhatian: Sekiranya kategori Network and Internet Connections
tidak ada, klik Switch to Category View pada bahagian atas kiri
tetingkap.

Pandangan Switch to Category
-
Di bawah tajuk Dial-Up atau LAN or High Speed Internet, klik pada
ikon untuk memilih sambungan yang anda hendak bantu lindungi.

Pilih suatu sambungan
-
Dalam anak tetingkap tugas di bahagian kiri, di bawah Network Tasks,
klik Change settings of this connection. (Sebagai cara pintas, anda
boleh klik kanan sambungan yang anda hendak bantu lindungi, dan kemudian klik Properties.)

Tukar pengesetan sambungan

Anda boleh juga mengeklik kanan sambungan ini, dan klik
Properties
-
Pada tab Advanced, di bawah Internet Connection Firewall, tanda
petak yang bersebelahan dengan Protect my computer and network by limiting or
preventing access to this computer from the Internet.

Tanda petak ini untuk melindungi komputer dan rangkaian anda
Selepas anda menanda petak dan menutup tetingkap Properties,
firewall dipasang. Firewall mungkin mengganggu beberapa pengendalian rangkaian
seperti perkongsian fail dan cetakan, atur cara yang berkaitan dengan rangkaian
atau permainan dalam talian. Untuk maklumat lanjut tentang cara menangani
isu-isu ini, lihat halaman Soalan Lazim yang disenaraikan di bawah.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu komputer, ingin mengetahi lebih
lanjut tentang maklumat teknikal , atau hanya ingin mengetahui lebih lanjut
tentang firewall Internet, lihat halaman
Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls).
Langkah 2: Dapatkan Kemas Kini Komputer
Sistem pengoperasian Microsoft Windows® XP merangkumi ciri
Automatic Updates yang boleh memuat turun secara automatik kemas kini
keselamatan Microsoft yang terbaharu semasa komputer anda terpasang dan
tersambung kepada Internet. (Sekiranya anda tidak pasti apakah versi
Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh mengetahuinya dengan mengikuti
arahan bagi menyemak
versi sistem pengoperasian anda).
Sebelum anda memasang Automatic Updates, ekloklah sekiranya
anda mengemas kini perkakasan dan perisian anda menggunakan Windows Update.
Begini caranya:
Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang apa-apa
kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada Microsoft:
-
Klik Start, dan kemudian klik Control Panel.
-
Klik Performance and Maintenance.Sekiranya kategori Performance and Maintenance tidak ada, klik Switch to
Category View
pada bahagian atas kiri tetingkap.
-
Klik System untuk membuka petak dialog System Properties.
Anda akan nampak suatu skrin seperti di bawah.
-
Pada tab Automatic Updates, tanda pada petak yang bersebelahan dengan Keep
my computer up to date.
-
Pilih suatu pengesetan. Kami amat menyarankan supaya anda memilih Automatically
download the updates, and install them on the schedule that I specify.
-
Sekiranya anda memilih opsyen untuk memuat turun dan memasang kemas kini secara
automatik, pilih hari dan waktu komputer anda akan dihidupkan, supaya proses
pemasangan boleh dilengkapkan.
Perhatian: Kami menyarankan kemas kini harian.

Pilih Automatically download the updates and
install them on a schedule that I specify
Sekiranya anda memasang Automatic Updates untuk memaklumkan anda, atau
sekiranya mesin anda tertutup pada waktu pemasangan yang dijadualkan, anda akan
nampak suatu belon pemberitahuan seperti di bawah. Klik belon pemberitahuan
untuk meneliti dan memasang kemas kini.
Klik pada belon untuk memasang kemas kini baru
Menggunakan Windows Update
Begini caranya anda boleh mengemas kini komputer anda. Anda
juga boleh menggunakan arahan ini untuk mengetahui perkembangan terbaharu bagi
kemas kini yang tidak kritikal:
-
Pergi ke tapak Web Windows Update di http://windowsupdate.microsoft.com/.
-
Pada tapak Windows Update, klik Scan for Updates. Windows Update akan
mengimbas komputer anda dan memberi anda senarai prapilih bagi kemas kini yang
penting.

Klik Scan for updates
Perhatian: Modem yang perlahan mungkin mengambil masa beberapa jam untuk
memuat turun semua kemas kini yang disarankan pada kali pertama anda
menggunakan Windows Update. Masa muat turun anda akan berbeza-beza bergantung
pada selama mana kemas kini anda yang terakhir dan kelajuan modem anda. Untuk
mengurangkan masa memuat turun, jalankan Windows Update semasa anda tidak
menggunakan komputer anda untuk tugas lain yang berkaitan dengan.
-
Dalam senarai Pick updates to install pada bahagian kiri skrin anda,
klik Critical Updates and Service Packs. Windows Update akan mencipta
suatu senarai kemas kini yang sesuai bagi komputer anda. (Kemas
kini kritikal akan dipilih untuk dimuat turun secara automatik.)
Klik Review and install updates. Pilih kemas kini untuk dipasang,
kemudian klik Install Now Anda mungkin perlu menghidupkan semula
komputer anda selepas memasang kemas kini.

Klik Review and install updates
Perhatian: Pastikan anda kembali ke Windows Update selepas mengebut
semula untuk memeriksa apa-apa muat turun tambahan. Anda mungkin perlu
melakukan ini beberapa kali.
Catatan penting bagi pengguna Microsoft Office. Anda juga patut melawat
tapak Office
Update untuk memasang sebaran keselamatan yang terbaharu.
Langkah 3: Gunakan Perisian Antivirus Terkini
Bantu komputer anda agar sentiasa sihat dengan bertanya diri anda sendiri
soalan-soalan yang berikut:
-
Adakah anda memasang perisian antivirus pada komputer anda?
Banyak pengeluar komputer yang utama menyertakan sekurang-kurangnya versi
cubaan bagi pakej antivirus yang popular pada komputer baru.
-
Klik Start, dan kemudian klik Programs. Look for an item in
the list with the word "antivirus" in it, or for McAfee, Norton, or
Symantec, which are manufacturers of popular antivirus products.
-
Sekiranya anda tidak mempunyai perisian antivirus yang terpasang, periksa
syarikat perisian antivirus yang berikut bagi tawaran istimewa terhadap produk
mereka:
-
Sekiranya anda telahpun mempunyai perisian antivirus yang terpasang, tetapi
anda ingin memasang produk yang baru daripada syarikat lain berlainan, pastikan
anda nyahpasang produk yang ada sebelum memasang produk yang baru. Jika anda
membiarkan versi yang terdahulu terpasang, konflik boleh berlaku terhadap
sistem anda.
-
Adakah perisian antivirus anda terkini?
Perisian antivirus yang ketinggalan zaman bermakna perisian antivirus yang
tidak berkesan. Perisian antivirus bergantung pada kemas kini yang teratur
untuk membantu melindungi daripada ancaman yang terbaharu. Jika anda tidak
melanggani kemas kini ini, komputer anda mungkin rentan terhadap ancaman.
-
Pastikan anda mempunyai langganan yang diaktifkan untuk kemas kini yang terus
menerus bagi perisian antivirus anda.
-
Kebanyakan perisian antivirus mengemas kini dirinya sendiri semasa anda
tersambung kepada Internet. Untuk memastikan perisian anda adalah terkini, buka
atur cara antivirus anda daripada menu Start atau kawasan pemberitahuan
bar tugas dan cari status kemas kini. Jika anda masih tidak pasti sama ada
perisian antivirus anda adalah terkini, hubungi pembekal perisian antivirus
anda.
-
Adakah perisian antivirus anda disediakan dengan betul untuk memberikan
kemungkinan perlindungan yang terbaik?
Pengesetan yang berikut hendaklah dihidupkan secara default semasa anda
memasang perisian. Jika anda mematikannya atas apa-apa sebab, pastikan anda
menghidupkannya semula sebelum anda menyambung kepada Internet.
-
Pengimbasan "semasa akses" atau "masa nyata"
hendaklah dihidupkan. Suatu ikon dalam kawasan pemberitahuan anda sepatutnya
muncul untuk menunjukkan bahawa pengesetan ini telah terpasang.
-
Perisian antivirus sepatutnya melaksanakan imbasan berjadual terhadap cakera
keras anda.
-
Perisian antivirus sepatutnya dikonfigurasi untuk mengimbas mesej e-mel.