No Data Available

Lakukan perkara hebat dengan Windows 10 Home

No Data Available

Windows Terunggul Yang Pernah Dihasilkan

Beli sekarang

Terbaik untuk kegunaan peribadi dan keluarga. Dilesenkan untuk 1 PC.

  • Permulaan yang lebih pantas
  • Menu Mula yang biasa dilihat namun dikembangkan
  • Windows Hello untuk daftar masuk yang pantas dan tanpa kata laluan[1]
  • Windows Ink untuk menulis nota terus pada skrin anda
  • Nikmati permainan dalam 4K dan prestasi yang dioptimumkan dengan Mod Permainan
  • Penciptaan 3D untuk menambahkan kesan pada foto, video dan dokumen Office anda.
  • Pelayar Microsoft Edge yang dibina untuk tindakan dalam talian seperti menulis pada laman web
  • Cortana, pembantu digital yang benar-benar khusus untuk anda[2]
Beli sekarang

Terbaik untuk perniagaan atau perniagaan kecil anda yang memerlukan kefungsian lanjutan. Dilesenkan untuk 1 PC.

  • Semua ciri Windows 10 Home serta
  • Dapatkan perlindungan terbina daripada ancaman keselamatan semasa dan masa depan – tanpa kos tambahan dengan BitLocker, Windows Defender Antivirus dan banyak lagi
  • Akses semua fail, folder dan aplikasi anda dari hampir mana-mana sahaja pada sebarang peranti dengan desktop jauh
  • Kemas kini tertunda supaya anda boleh memutuskan tentang masa dan cara untuk mengemas kini peranti anda
  • Buat sambungan ke rangkaian sekolah, perniagaan atau korporat anda melalui awan dengan Azure Active Directory
  • Cipta dan jalankan mesin maya dengan Hyper-V[3]
  • Alat pengurusan yang berkuasa untuk mendapatkan daftar masuk tunggal dan lebih kawalan ke atas peranti anda

Windows 10


Dapatkan Windows yang baharu dan ditingkatkan apabila anda menaik taraf kepada Windows 10. Anda akan mendapati bahawa Windows 10 ialah Windows yang biasa digunakan oleh pengguna, tetapi dengan pengalaman yang lebih diperibadikan. Versi ini meningkatkan segala-galanya yang anda suka pada Windows 7 dan 8 ke tahap yang seterusnya.

Windows 10 menyediakan Menu Mula yang lebih baik, meluaskan kemungkinan serta menampilkan aplikasi dan pin kegemaran anda yang mudah untuk dicapai. Versi ini bukan sahaja memudahkan lagi untuk pelaksanaan berbilang tugas, bahkan disepadukan dengan baik dengan perisian dan perkakasan yang anda miliki. Ini membolehkan anda terus kekal produktif pada bila-bila masa anda perlu bekerja. Secara khususnya, anda boleh melihat sehingga empat aplikasi dan semua tugas yang aktif pada satu-satu masa.

Beli Windows 10 dan temui Microsoft Edge yang merupakan pelayar serba baharu yang memberi anda kemampuan untuk menaip atau menulis nota terus pada laman web dan berkongsi nota tersebut dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja. Pelayar ini juga memudahkan anda membaca artikel dalam talian tanpa gangguan dan menyimpan halaman kegemaran untuk dibaca kemudian.

Apabila anda menaik taraf kepada Windows 10, aplikasi anda akan berfungsi dengan baik dalam semua mod dan pada semua peranti. Layari Microsoft Store dan anda akan menemui banyak peranti hebat yang direka agar berfungsi dengan cukup baik bersama Windows 10. Contohnya, produk Surface kami menggabungkan penampilan dan gaya tablet dengan kefungsian PC untuk mencipta pengganti komputer riba yang sempurna. Windows 10 hanya meningkatkan pengalaman Surface.

Sama ada anda mahu bekerja atau bermain, Windows 10 membantu anda berinteraksi dengan peranti anda dengan cara yang paling sesuai. Aplikasi yang hebat seperti Mel, Kalendar, Muzik, Video, Peta dan banyak lagi disertakan secara standard dengan Windows 10 dan menggunakan OneDrive untuk membuat sandaran bagi maklumat anda. Jika anda pemain tegar, anda pasti menyukai cara peranti Windows 10 disegerakkan dengan Xbox Live kerana anda dapat merakamkan permainan anda dengan segera, menstrim permainan daripada konsol Xbox One ke peranti anda di mana-mana sahaja di rumah dan banyak lagi. Beli Windows 10 dan anda akan mendapat lebih banyak kefleksibelan berbanding sebelum ini.

Jika anda pengguna Windows yang sedia ada, dapatkan naik taraf Windows 10 supaya anda boleh mengalami teknologi Windows yang terkini. Beli-belah di Microsoft Store dan beli Windows 10 hari ini.

[1] Memerlukan perkakasan khusus, termasuk pembaca cap jari, pengesan IR bercahaya atau pengesan biometrik dan peranti berkeupayaan yang lain.
[2] Cortana tersedia di pasaran terpilih; pengalaman mungkin berbeza-beza mengikut rantau dan peranti.
[3] Klien Hyper-V memerlukan sistem 64-bit dengan keupayaan terjemahan alamat tahap kedua (SLAT) dan tambahan 2GB RAM.
[4] Windows 10 Fall Creators Update dilancarkan melalui kemas kini auto apabila PC anda sudah bersedia lalu menyediakan pengalaman kemas kini yang terbaik. Sekiranya anda ingin mendapatkan kemas kini sekarang, muat turun Pembantu Kemas Kini.
[5] Berdasarkan purata perbandingan masa antara menaip kata laluan dengan mengesan muka atau cap jari untuk pengesahan.
[6] Windows Hello memerlukan perkakasan khusus termasuk peranti yang berkeupayaan untuk Windows Hello, pembaca cap jari, pengesan IR bercahaya atau pengesan biometrik dan peranti berkeupayaan yang lain.
[7] Ciri ini perlu didayakan dalam Tetapan dan memerlukan pen digital dengan butang Bluetooth