Office Home & Business 2024
Microsoft Corporation
- Pembelian sekali untuk 1 PC atau Mac
- Versi desktop Klasik 2024 Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote
- Akses kepada sumber sokongan
- Serasi dengan Windows 11, Windows 10 atau macOS*
- Berfungsi dengan Microsoft Teams
RM1,599.00
Manfaat utama
Pembelian sekali
Pasang pada satu PC atau Mac
Aplikasi Office klasik
Aplikasi klasik untuk rumah dan perniagaan
Soalan popular
-
Microsoft 365 ialah langganan yang disertakan dengan aplikasi premium seperti Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook dan Access (Access tersedia pada PC sahaja). Aplikasi ini boleh dipasang pada berbilang peranti, termasuk PC, Mac, iPad, iPhone, tablet Android dan telefon Android. Microsoft 365 juga disertakan dengan perkhidmatan seperti 1 TB storan OneDrive dan sembang Microsoft serta sokongan telefon. Melalui langganan, anda akan memperoleh versi aplikasi yang terkini dan menerima kemas kini secara automatik apabila ini berlaku.
Office 2024 adalah pembelian sekali yang disertakan dengan aplikasi klasik seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk PC atau Mac dan tidak merangkumi mana-mana perkhidmatan yang disertakan dengan langganan Microsoft 365 . Pembelian sekali tidak mempunyai pilihan naik taraf, yang bermakna jika anda merancang untuk menaik taraf kepada keluaran utama seterusnya, anda perlu membeli pada harga penuh.
Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Microsoft 365 dengan Office 2024 dalam Sokongan Office atau gunakan carta perbandingan untuk membantu anda memilih versi Office yang sesuai dengan keperluan anda.
-
Untuk melihat jika komputer, peranti mudah alih dan/atau pelayar anda boleh menjalankan Office, sila lawati halaman keperluan sistem Office.
-
Akses internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan Office, tetapi bukan untuk menggunakan aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint setelah anda memasang perisian tersebut dengan sepenuhnya pada komputer anda.
-
Setelah anda membeli Office, anda boleh membuat pemasangan daripada bahagian & langganan Perkhidmatan di halaman Akaun Microsoft anda.
Pergi ke Sokongan Office untuk lebih banyak langkah memuat turun, memasang, memasang semula, mengaktifkan atau mengemaskini Office.
-
Ya, Pusat Latihan Microsoft 365 menyediakan panduan mula pantas, helaian elat, petua dan cara, serta kursus latihan tentang cara anda boleh memanfaatkan Office dengan sepenuhnya.
Pemproses |
Windows 11 atau Windows 10 dengan pemproses 2 teras 1.6 GHz, macOS terkini
|
Sistem pengendalian |
Windows 11 atau Windows 10 untuk PC; Mac OS untuk Mac
|
Memori |
RAM 4 GB (64bit), 2 GB (32bit) untuk PC; RAM 4 GB untuk Mac
|
Ruang cakera keras |
4 GB ruang cakera tersedia untuk PC, 10 GB untuk Mac
|
Paparan |
Resolusi 1024 x 768 untuk PC, 1280 x 800 untuk Mac
|
Grafik |
Kad grafik DirectX 10 untuk pemecutan perkakasan grafik bagi PC
|
Keperluan sistem tambahan |
Soalan lazim
Soalan popular
-
Microsoft 365 ialah langganan yang disertakan dengan aplikasi premium seperti Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook dan Access (Access tersedia pada PC sahaja). Aplikasi ini boleh dipasang pada berbilang peranti, termasuk PC, Mac, iPad, iPhone, tablet Android dan telefon Android. Microsoft 365 juga disertakan dengan perkhidmatan seperti 1 TB storan OneDrive dan sembang Microsoft serta sokongan telefon. Melalui langganan, anda akan memperoleh versi aplikasi yang terkini dan menerima kemas kini secara automatik apabila ini berlaku.
Office 2024 merupakan pembelian sekali yang disertakan dengan aplikasi klasik seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk PC atau Mac dan tidak merangkumi mana-mana perkhidmatan yang disertakan dengan langganan Microsoft 365. Pembelian sekali tidak mempunyai pilihan naik taraf, yang bermakna jika anda merancang untuk menaik taraf kepada keluaran utama seterusnya, anda perlu membeli pada harga penuh.
Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Microsoft 365 dengan Office 2024 dalam Sokongan Office atau gunakan carta perbandingan untuk membantu anda memilih versi Office yang sesuai dengan keperluan anda.
-
Anda boleh memeriksa jika peranti anda boleh menyokong versi Office anda dengan melihat keperluan sistem Office penuh.
-
Tidak. Aplikasi Office direka untuk berfungsi dengan cara yang paling baik pada setiap platform dan peranti. Aplikasi Office tersedia untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berbeza daripada yang tersedia untuk pengguna PC.
-
Aplikasi Microsoft 365, Office 2024, Office 2021, Office 2019, Office 2016, Office 2013, Office 2010, Office 2007, Office untuk Mac 2011 dan Office untuk Mac 2008 boleh membuka dokumen anda tanpa apa-apa tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan versi Office yang terdahulu mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.
-
Ya. Dokumen yang anda cipta adalah milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya secara dalam talian pada OneDrive atau setempat pada PC atau Mac anda. Ketahui perkara yang berlaku jika anda membatalkan langganan anda.
-
Akses Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua keluaran terkini suit Office dan semua pelan langganan Microsoft 365. Untuk pelan Microsoft 365, akses Internet juga diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, sebagai contoh untuk memasang Office pada PC lain atau untuk mengubah pilihan pengebilan. Akses internet juga diperlukan untuk mengakses dokumen yang disimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang aplikasi OneDrive desktop. Anda juga perlu bersambung ke Internet secara berkala untuk memastikan versi Office anda dikemas kini dan mendapat manfaat daripada naik taraf secara automatik. Jika anda tidak bersambung ke Internet secara berkala, aplikasi anda akan memasuki mod kefungsian dikurangkan yang bermakna anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda, tetapi anda tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baharu. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, hanya sambungkan semula ke Internet.
Anda tidak perlu bersambung ke Internet untuk menggunakan aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut telah dipasang dengan sepenuhnya pada komputer anda.
-
Akaun Microsoft anda ialah gabungan alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan seperti Hotmail, OneDrive, Windows Phone, Xbox LIVE dan Outlook.com. Jika anda menggunakan mana-mana perkhidmatan ini, maka anda sudah pun mempunyai akaun Microsoft yang anda boleh gunakan atau anda boleh mencipta akaun baharu. Ketahui lebih lanjut tentang akaun Microsoft. Sebagai sebahagian daripada pendaftaran untuk percubaan atau pembelian Office, anda akan digesa untuk mendaftar masuk dengan akaun Microsoft. Anda perlu mendaftar masuk dengan akaun ini untuk memasang dan mengurus perisian Office anda atau untuk menggunakan sesetengah manfaat langganan, termasuk storan OneDrive.
-
Pengguna boleh mengaktifkan 1 langganan untuk Microsoft 365 Family dan Microsoft 365 Personal dan sehingga 25 lesen untuk Office Home 2024, Office Home & Business 2024 dan Office Professional 2021.
Kunci produk, penebusan dan pengaktifan
-
Untuk menyediakan akaun anda dan memasang Office buat kali pertama, aktifkan langganan anda pada halaman persediaan Office. Ketahui lebih lanjut tentang penyediaan akaun anda. Jika anda sudah mencipta akaun anda, lawati Akaun Microsoft. Ketahui lebih lanjut tentang pemasangan Office.
-
Kunci Produk ialah kod abjad angka 25 aksara unik yang digunakan untuk menebus dan mengaktifkan produk Office anda. Anda tidak boleh menggunakan kunci produk untuk produk Office yang terdahulu (atau produk yang berbeza) untuk menebus salinan baharu Office anda.
Untuk mendapatkan Kunci Produk anda, cari kod abjad angka 25 aksara pada bahagian belakang kad dalam pembungkusan produk Office anda. Kadang kala Kunci Produk mungkin dicetak pada resit runcit anda. Jika anda membeli Office daripada pengeluar PC, Kunci Produk anda akan berada di suatu tempat dalam pembungkusan PC anda. Sampel Format Kunci Produk: XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX
-
Selepas anda mengaitkan Kunci Produk anda dengan akaun Microsoft, anda boleh mendaftar masuk ke Akaun Microsoft untuk memasang dan mengurus Office. Namun, anda disyorkan untuk menyimpan Kunci Produk anda di lokasi yang selamat sebagai bukti pembelian atau untuk membantu ejen sokongan kami menjejak produk anda.
-
Lebih baik anda menggunakan akaun Microsoft anda yang sedia ada. Jika anda menggunakan produk atau perkhidmatan Microsoft yang lain (cth. Xbox, OneDrive, Outlook.com, MSN atau Bing), anda mungkin sudah mempunyai akaun Microsoft dan tidak perlu mencipta akaun yang baharu. Jika anda terlupa nama pengguna atau kata laluan, dapatkan semula butiran tersebut dengan kembali ke daftar masuk dan mengklik pada Tidak boleh mengakses akaun anda?
Sokongan bahasa untuk Office
-
Pelan Microsoft 365 tersedia di kebanyakan negara/wilayah. Jika pelan Microsoft 365 tidak tersedia di negara/wilayah itu, anda masih boleh membeli suit Office 2024. Apabila membeli Microsoft 365, anda perlu memilih negara/rantau bagi pengebilan anda dan tempat anda menggunakan perisian tersebut. Memilih negara/rantau yang berbeza boleh menyebabkan masalah penyediaan dan pembaharuan langganan.
-
Office tersedia dalam bahasa yang disenaraikan di bawah. Bukan semua bahasa tersedia di semua negara/wilayah.
Untuk PC yang menjalankan Windows: Bahasa Arab, bahasa Bulgaria, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Croatia, bahasa Czech, bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris, bahasa Estonia, bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Kazakh, bahasa Korea, bahasa Latvia, bahasa Lithuania, bahasa Melayu (Malaysia), bahasa Norway (Bokmål), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa Serbia (Latin), bahasa Slovakia, bahasa Slovenia, bahasa Sepanyol, bahasa Sweden, bahasa Thai, bahasa Turki, bahasa Ukraine dan bahasa Vietnam.
Untuk Mac: Bahasa Arab, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris (Amerika Syarikat), bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Norway (Bokmal), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Rusia, bahasa Sepanyol, bahasa Slovakia, bahasa Sweden dan bahasa Turki.
Untuk iOS: Bahasa Arab, bahasa Catalonia, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Croatia, bahasa Czech, bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris (Amerika Syarikat), bahasa Inggeris (United Kingdom), bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Melayu, bahasa Norway (Bokmål), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa Slovak, bahasa Sepanyol, bahasa Sweden, bahasa Thai, bahasa Turki, bahasa Ukraine dan bahasa Vietnam.
Untuk Android: Bahasa Arab, bahasa Bulgaria, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Croatia, bahasa Czech, bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris, bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Latvia, bahasa Lithuania, bahasa Norway (Bokmål), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa Serbia (Latin), bahasa Slovakia, bahasa Slovenia, bahasa Sepanyol, bahasa Sweden, bahasa Thai, bahasa Turki, bahasa Ukraine, bahasa Vietnam, bahasa Catalonia, bahasa Kannada, bahasa Malayalam, bahasa Parsi, bahasa Tamil dan bahasa Telegu.
-
Microsoft menawarkan penyelesaian yang ringkas dan menjimatkan kos bagi individu, keluarga serta perniagaan kecil yang berbilang bahasa.
- Microsoft 365: Setiap kali anda memasang Office pada PC atau Mac tambahan di Akaun Microsoft, anda boleh memilih bahasa untuk pemasangan Office.
- Office 2024: Anda boleh memasang pek aksesori bahasa selepas memasang Microsoft Office untuk menambah alat paparan, bantuan atau pruf tambahan. Ketahui lebih lanjut tentang Pek Aksesori Bahasa untuk Office.
Muat turun dan pasang Office
-
Untuk memasang Microsoft 365 atau Office sebagai pembelian sekali, lawati Akaun Microsoft pada PC atau Mac yang anda ingin pasangkan Office. Daftar masuk dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk membeli atau yang sudah dikaitkan dengan langganan atau produk pembelian sekali, kemudian ikut arahan pada skrin untuk memasang Office. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk memasang Office.
Jika anda perlu menyediakan akaun anda dan memasang Office untuk kali pertama, aktifkan langganan anda pada halaman persediaan Office. Ketahui lebih lanjut tentang tempat untuk memasukkan kunci produk Office anda.
Untuk memuat turun dan memasang versi Office yang terdahulu, lawati halaman muat turun office.
-
Anda perlu menentukan kunci produk Office yang sepadan untuk setiap PC. Ketahui lebih lanjut.
-
Microsoft 365 Family boleh dikongsi dalam kalangan 6 pengguna dan dipasang pada pelbagai peranti, termasuk PC, Mac, iPad, iPhone, tablet Android, dan telefon Android. Microsoft 365 Personal adalah untuk 1 pengguna dan juga boleh dipasang pada berbilang peranti.
-
Ya. Anda boleh membeli langganan Microsoft 365 untuk Mac dan Windows. Office Home & Business 2024 atau Office Home 2024 juga tersedia untuk Mac sebagai pembelian sekali. Aplikasi Office yang tersedia untuk Mac ialah Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote. Aplikasi Access tidak tersedia untuk Mac. Versi aplikasi Office semasa untuk Microsoft 365 dan Office 2024 tersedia untuk Windows dan juga Mac.
-
Ketahui tentang versi Office yang boleh berfungsi secara sebelah-menyebelah pada peranti yang sama dalam artikel ini.
-
Kelajuan muat turun yang sebenar bagi Office bergantung pada kelajuan sambungan Internet anda; sambungan Internet jalur lebar disarankan untuk pengalaman muat turun yang terbaik.
Semua versi Office untuk PC Windows yang baharu menggunakan teknologi penstriman yang membolehkan anda mula menggunakan aplikasi Office sebelum pemasangan selesai.
Jika Office mengambil masa yang lama untuk dipasang, ketahui tentang penyelesaian yang mungkin.
-
Ikon untuk aplikasi Office dicipta apabila anda memasang Office. Anda boleh memulakan aplikasi tersebut dengan mengklik ikon yang dipasang di lokasi berikut:
- Windows
- Windows 7: Menu mula
- Windows 8: Skrin mula dan paparan Aplikasi (paparan di bawah skrin Mula yang merangkumi semua aplikasi yang dipasang pada PC)*
- Windows 8.1: Paparan aplikasi*
*Jika anda tidak menemui ikon anda dalam Windows 8 atau Windows 8.1, pergi ke skrin Mula dan taip nama aplikasi yang ingin dilancarkan (sebagai contoh, Word). - Windows 11 atau Windows 10: Menu Mula. Anda juga boleh menaip nama aplikasi yang ingin dilancarkan (sebagai contoh, Word) di Cortana.
- Anda juga boleh menyemat pintasan aplikasi pada skrin Mula atau bar tugas desktop anda agar mudah dicapai. Ketahui lebih lanjut.
- Mac OS X
- 10.6 (Snow Leopard): Dok
- 10.7 (Lion): Dok dan Papan Pelancar
- 10.8 (Mountain Lion): Dok dan Papan Pelancar
- 10.9 (Mavericks): Dok dan Papan Pelancar
- 10.10 (Yosemite): Anda boleh memulakan aplikasi dengan mengklik ikon aplikasi yang boleh ditemui dalam folder Papan Pelancar dan Aplikasi dalam Finder.
- Windows
-
Versi Office 32-bit dipasang secara lalai.
Walaupun komputer anda menjalankan versi 64-bit Windows, kami menyarankan anda memasang versi 32-bit Office kerana ia lebih serasi dengan aplikasi dan tambahan yang berfungsi dengan Office. Jika anda mahu memasang versi 64-bit Office, anda boleh berbuat demikian dengan melawati Akaun Microsoft dan mengikut arahan pada skrin untuk memasang versi 64-bit. Anda tidak boleh memasang versi Office 64-bit dan 32-bit pada komputer yang sama.
-
Jika anda sudah memasang Microsoft 365 pada bilangan maksimum PC, Mac atau tablet dan ingin menggunakan Microsoft 365 pada peranti yang berbeza, anda boleh menyahaktifkan satu peranti dengan melayari Akaun Microsoft, selepas itu, anda boleh memasang Office pada peranti baharu. Salinan Office pada peranti yang anda nyahaktifkan akan berbalik menjadi mod baca sahaja, yang bermakna dokumen boleh dilihat tetapi tidak boleh diedit. Anda tidak akan kehilangan apa-apa dokumen yang disimpan secara setempat pada peranti asal.
-
Untuk menyahpasang Office, lawati Akaun Microsoft dan ikuti arahan pada skrin untuk menyahaktifkan Office. Penyahaktifan Office menyebabkan aplikasi Office pada PC anda berada dalam mod baca sahaja, yang bermakna anda boleh melihat dokumen tetapi tidak boleh mengedit atau menyimpan dokumen tersebut dan anda tidak boleh mencipta dokumen baharu. Untuk mengalih keluar Office sepenuhnya, pergi ke Panel Kawalan PC anda dan nyahpasang Office. Untuk Mac, iPad dan tablet Android, ikuti arahan pada peranti tersebut untuk menyahpasang aplikasi.
-
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sandaran bagi produk Office anda:
- Pelanggan Microsoft 365 boleh memuat turun atau memasang semula daripada Akaun Microsoft.
- Anda boleh memesan salinan sandaran DVD untuk produk Office keluaran terkini dengan dikenakan bayaran. Lawati halaman sandaran Office untuk mendapatkan perincian.
Salinan sandaran tidak boleh dihantar ke negara/rantau berikut: Bhutan, Brazil, China, Kepulauan Cocos (Keeling), Kepulauan Cook, Dataran Selatan Perancis dan Antartika, Pulau Heard dan Kepulauan McDonald, Iraq, Jan Mayen, Kiribati, Libya, Micronesia, Myanmar, Nauru, Nepal, Niue, Palau, Kepulauan Pitcairn, Saba, Samoa, Sint Eustatius, Timor Leste, Tokelau, Wallis dan Futuna.
-
Dapatkan pengalaman Office teras secara percuma pada tablet dan telefon kegemaran anda. Untuk mencari dan memuat turun aplikasi, lawati halaman berikut: Office for iPad, Office for iPhone, Office untuk tablet Android, dan Office untuk telefon Android. Untuk aplikasi Word, Excel dan PowerPoint, dapatkan ciri premium dengan langganan Microsoft 365 yang layak. Untuk mendapatkan maklumat tentang ciri premium bagi peranti mudah alih yang tersedia dengan Microsoft 365, lawati halaman maklumat Office.
-
Pelanggan Microsoft 365 dengan langganan aktif sentiasa mendapat versi aplikasi Office yang terbaharu apabila versi tersebut tersedia. Apabila kami mengeluarkan versi Office yang baharu, anda akan dimaklumkan bahawa anda mempunyai pilihan untuk mengemas kini perisian anda kepada versi terkini.
Sokongan dan sumber
-
Lawati sokongan Microsoft untuk mendapatkan bantuan tentang isu teknikal, termasuk:
- Status pesanan
- Pengebilan
- Muat Turun
- Kunci produk
- Pemasangan/penyahpasangan
- Pengaktifan produk
- Penggunaan produk
-
Untuk mendapatkan bantuan dan kandungan cara, lawati halaman sokongan Office. Untuk mendapatkan latihan berasaskan video secara percuma, lawati halaman latihan Office.