PercumaMenawarkan pembelian dalam aplikasi
+ Menawarkan pembelian dalam aplikasi
Percuma+

Penerangan

Permainan Teka-teki dan Jawapan akan lebih menguatkan minda anda! Muat turun permainan teka-teki, selesaikan teka-teki dan bergembiralah! Sebuah permainan teka-teki bijak untuk kanak-kanak dan orang dewasa seperti ini adalah sesuatu yang perlu anda miliki! PERMAINAN TEKA-TEKI = LATIHAN MENTAL Selesaikan teka-teki ini: Saya boleh jadi pendek, saya boleh jadi mudah, tapi menjawabnya ada yang payah… Tidak, mari cuba sekali lagi. Saya boleh jadi ada makna, saya juga boleh jadi kusut, tapi dalam mencari itu kepala jadi serabut. Apakah saya? Bolehkah anda meneka jawapannya? Teka-teki dan Jawapan adalah satu permainan teka perkataan yang pasti membuatkan anda ketagih untuk bermain. Pastikan otak anda berfungsi sebanyak satu atau dua peratus lebih baik dan selesaikan teka-teki bijak yang rumit! Permainan teka-teki klasik yang menguji minda kanak-kanak dan orang dewasa ini pasti akan membuatkan anda menangis! Tidak, hanya gurauan, tapi ia akan menjadi satu latihan mental yang bagus. Muat turun permainan Teka-teki dan Jawapan dan nikmati hobi baru anda ini! CIRI-CIRI PERMAINAN TEKA-TEKI DAN JAWAPAN: - Banyak teka-teki kanak-kanak dan orang dewasa yang akan membuatkan anda rasa teruja untuk menyelesaikannya - Teka-teki tempatan bersama jawapan: selesaikan teka-teki siapa saya ini dalam Bahasa Melayu, Sepanyol, Perancis, Inggeris, Portugis dan banyak lagi bahasa yang lain - Petunjuk sebagai bantuan: jika anda menghadapi kesulitan untuk mencari jawapan bagi beberapa game teka-teki sukar, anda boleh menggunakan petunjuk dan dapatkan penyelesaiannya dengan lebih cepat - Mendedahkan satu huruf daripada jawapan sebagai bantuan untuk menyelesaikan teka-teki rumit - Penyelesaian – jika anda tidak mempunyai idea apakah jawapannya, anda boleh menggunakan pilihan ini untuk mengetahui jawapannya - Kumpulkan berlian – anda akan peroleh berlian dengan setiap jawapan yang betul dan anda gunakannya untuk membayar bagi mendapatkan petunjuk - Grafik yang ceria: anda tidak akan berasa bosan menyelesaikan permainan teka-teki rumit FIKIR DI LUAR KOTAK Teka-teki dan jawapan sentiasa popular dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, dan permainan teka-teki adalah yang No. 1 dalam kalangan puzzle. Ada yang mengatakan game teka-teki seperti teka-teki rumit dan sukar menjadikan minda anda berfungsi dengan lebih pantas dan meningkatkan IQ anda. Namun, kami tidak boleh mengesahkannya, tapi kami boleh berikan jaminan bahawa dengan menyelesaikan teka-teki kanak-kanak bijak ini akan membuatkan masa berlalu dengan pantas. Lebarkan sempadan imaginasi anda dan kembangkan pemikiran logik; yang akan memberikan jawapan yang tepat kepada anda. Berikut adalah satu contoh bagi teka-teki bijak: Saya mempunyai 13 hati tapi tiada badan atau jiwa. Apakah saya? Adakah anda ingin menemui jawapannya? Muat turun Game Teka-teki Bahasa Melayu dan Jawapan dan temui penyelesaiannya! Anda akan bergembira sepanjang pencarian tersebut, dan itu pasti terjadi. Permainan Teka-teki dan Jawapan adalah sebuah harta intelek Peaksel.

Syot layar

Orang juga menyukai

Maklumat tambahan

Diterbitkan oleh

PEAKSEL D.O.O. NIŠ

Tarikh keluaran

26/01/2017

Anggaran saiz muat turun

37,65 MB

Penarafan umur

Untuk usia 3 tahun ke atas

Kategori

Pendidikan

Aplikasi ini boleh

Menggunakan lokasi anda
Capai sambungan internet anda dan bertindak sebagai pelayan.
Gunakan data yang disimpan pada peranti storan luaran
Microsoft.storeFilter.core.notSupported_8wekyb3d8bbwe
Capai sambungan internet anda

Pemasangan

Dapatkan aplikasi ini semasa anda didaftar masuk ke akaun Microsoft anda dan pasang pada sehingga sepuluh peranti Windows 10.

Kebolehcapaian

Pembangun produk percaya bahawa produk ini memenuhi keperluan kebolehcapaian, oleh itu semua orang dapat menggunakannya dengan lebih mudah.

Bahasa yang disokong

English (United States)
Български (България)
Español (España, Alfabetización Internacional)
Français (France)
Hrvatski (Hrvatska)
Italiano (Italia)
Melayu (Malaysia)
Nederlands (Nederland)
Polski (Polska)
Português (Portugal)
Português (Brasil)
Русский (Россия)
Srpski (Srbija)
Türkçe (Türkiye)



Laporkan produk ini

Daftar masuk untuk melaporkan permainan ini kepada Microsoft
Report this product for illegal content

Legal Disclaimer

This seller has certified that it will only offer products or services that comply with all applicable laws