Teknologi di dalam kelas anda

Dengan applikasi Microsoft dan sumber yang percuma dapat membantu anda membuat persiapan untuk kelas anda, mengajar, menilai, mengikuti dan menganalisa, anda akan mempunyai lebih masa untuk fokus kepada perkara yang lebih penting: pelajar anda.

Membuat persiapan untuk kelas anda

Sama ada anda menyediakan tugasan, mengedarkan kandungan pembelajaran, atau menjejak kerja sekolah, kesemua ini mengambil masa. Jadikan ia lebih efisien dengan Sway, OneNote, dan Teams.

OneNote

Merancang kerja dengan lebih teratur dengan OneNote Class Notebook yang didatangkan dengan ruang kerja peribadi,perpustakaan dan ruang untuk pelajar berkolaborasi.

Bercerita secara digital dengan Sway

Anda dan pelajar anda boleh mencipta kisah digital yang berkualiti tinggi dan interaktif dengan pantas menggunakan imej, teks, video, dan sumber media yang lain.

Microsoft Teams

Atur aliran kerja kelas anda dan berinteraksi dengan setiap pelajar melalui Microsoft Teams.

Penyampaian arahan dan penilaian

Manfaatkan masa untuk penyampaian arahan dan penilaian anda dengan teknologi Microsoft, termasuk Windows 10, Teams dan OneNote Class Notebook.

Windows 10

Tingkatkan penyampaian arahan dan penilaian dengan kemudahan terbina dalam Windows 10, termasuk Office 365 dengan Word, Excel, PowerPoint, OneNote, dan Teams.

Microsoft Teams

Atur aliran kerja kelas anda dan berinteraksi dengan setiap pelajar melalui Microsoft Teams.

OneNote Class Notebook

Jimatkan masa dan jadikan tugasan anda lebih teratur dengan OneNote Class Notebook, yang didatangkan dengan ruang kerja peribadi, perpustakaan, dan ruang untuk pelajar berkolaborasi.

Menilai dan meningkatkan kemajuan pelajar

Manfaatkan sumber analisis data untuk menilai kemajuan pelajar, mengenal pasti pelajar LINUS, meningkatkan pembelajaran, dan mengoptimumkan sumber pembelajaran.

Power BI

Dengan papan pemuka yang memaparkan data kritikal pelajar, anda boleh memantau kemajuan, membuat laporan interaktif, dan mengakses data di mana-mana sahaja.

Excel

Mengikuti kemajuan pelajar anda, kemaskini, dan masukkan peristiwa penting dalam format yang mudah.

Azure

Mengikuti dan menganalisa kemajuan pelajar anda dengan selamat dan mudah melalui perkhidmatan berasaskan awan, Microsoft Azure.

Microsoft Educator Center

Bertemu pendidik yang menjadi sumber inspirasi, dapatkan kursus dan kurikulum yang diperakui serta sijil, semuanya tersedia di hab peribadi ini, khusus untuk pendidik seperti anda.

SERTAI KOMUNITI

Office 365 untuk pelajar dan guru

Dengan emel yang sah, para pelajar dan guru boleh mendapatkan Office 365 Education, termasuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Teams, secara percuma, kemudahan terbina untuk memperkasakan setiap pelajar.

Ketahui lebih lanjut tentang office 365

Peranti serba boleh dengan harga yang berpatutan menepati belanjawan sekolah anda

LIHAT SEMUA PERANTI
Kajian Kes

Mewujudkan pembelajaran kendiri dalam persekitaran kolaboratif

River Dell Regional School District memberikan komputer riba Windows 10 yang boleh digunakan dengan Office 365 dan OneNote kepada setiap murid dan guru. Guru bukan sahaja dapat bekerja dengan lebih efisien, malahan mereka dapat mewujudkan pembelajaran kendiri dalm persekitaran kolaboratif.



Ikuti halaman ini
Kongsi halaman ini