Bimbingan kerjaya yang diperibadikan dengan Jurulatih Kerjaya

Perjalanan daripada dunia pembelajaran ke dunia pekerjaan selalunya berliku-liku. Jurulatih Kerjaya, aplikasi Microsoft Teams yang dikuasakan oleh LinkedIn, dapat membantu setiap pelajar menemui jalan kerjaya yang unik, mengembangkan kemahiran dunia nyata, dan membina rangkaian mereka - semuanya di satu tempat.

Berikan kuasa kepada pelajar untuk meneroka, belajar, dan menjalin rangkaian di Microsoft Teams

Dengan Jurulatih Kerjaya, pelajar dapat mengenal pasti matlamat kerjaya yang sesuai dengan minat, kegemaran, dan kekuatan mereka. Mereka akan mencari peluang untuk mengembangkan kemahiran dunia nyata dan berhubung dengan alumni, rakan sebaya, dan fakulti yang dapat menyokong mereka dalam perjalanan kerjaya mereka.

Baca lebih lanjut

Temui perjalanan kerjaya

Pelajar dapat meneroka pilihan kerjaya yang sesuai dengan minat mereka, mencari inspirasi, dan berhubung dengan alumni dengan mudah.

Kembangkan kemahiran dunia nyata

Hubungkan pelajar dengan pengalaman belajar yang berbeza dan jejak kemajuan ketika mereka memperoleh kemahiran dunia nyata yang mereka perlukan untuk mencapai tujuan kerjaya mereka.

Bina rangkaian profesional

Pelajar boleh membina rangkaian dengan alumni, rakan sebaya, dan ahli fakulti dan dapatkan sokogan sepanjang perjalanan kerjaya mereka.

Jurulatih Kerjaya dan LinkedIn

Jurulatih Kerjaya menyediakan ciri kursus Pembelajaran LinkedIn yang menawarkan bimbingan dan aktiviti berkaitan kerjaya dalam aplikasi tanpa bayaran tambahan. Dengan langganan kampus Pembelajaran LinkedIn yang berasingan, akses ke perpustakaan lebih daripada 16,000 kursus disatukan dengan lancar untuk pertumbuhan berterusan dalam semua kemahiran yang diperlukan untuk pasaran kerja hari ini.

Terokai Jurulatih Kerjaya bagi pihak institusi anda

Serlahkan kelebihan Institusi dengan meningkatkan kejayaan pelajar serta kejayaan mendapat pekerjaan dengan menggunakan kekuatan gabungan Jurulatih Kerjaya dan LinkedIn.

Tingkatkan kejayaan pelajar untuk memastikan kejayaan pekerjaan

Jurulatih Kerjaya memberikan institusi penyelesaian menyeluruh yang tertumpu pada perancangan kerjaya, kemahiran dunia nyata, dan jaringan untuk membantu pelajar menemui peluang yang sesuai dengan aspirasi mereka.

Dapatkan pandangan bermanfaat untuk meningkatkan pengalaman pelajar

Tingkatkan pengetahuan mengenai kemahiran dan matlamat kerjaya pelajar supaya anda dapat menyokong penglibatan pelajar, sambil mengoptimumkan kurikulum agar sesuai dengan pasaran pekerjaan.

Sesuaikan dengan tawaran unik institusi anda

Sesuaikan aplikasi Jurulatih Kerjaya untuk menggabungkan kursus, program, perkhidmatan, dan jenama unik institusi anda.

Demo Jurulatih Kerjaya

Tonton video pendek ini untuk melihat bagaimana aplikasinya beraksi dan pelajari bagaimana Jurulatih Kerjaya dapat membantu institusi anda menyatukan kurikulum, kemahiran, dan rangkaian yang akan membimbing pelajar anda untuk mencapai tujuan kerjaya mereka, atau mencubanya dengan demo interaktif.

Bermula dengan Jurulatih Kerjaya

Memohon untuk dapatkan percubaan Jurulatih Kerjaya dengan percuma

Pastikan pelajar anda di perjalanan yang tepat untuk mendapatkan pekerjaan dengan meminta untuk mencuba Jurulatih Kerjaya dengan percuma, aplikasi Microsoft Teams yang dikuasakan oleh LinkedIn yang memberikan bimbingan yang diperibadikan untuk pelajar yang sedang menavigasi perjalanan kerjaya mereka.

Dapatkan Microsoft Teams for Educaiton

Dapatkan perhatian pelajar dengan komunikasi bersemuka secara virtual dan pastikan bilik darjah anda terus terhubung walaupun dari jarak jauh. Percuma untuk pelajar yang mempunyai alamat emel sekolah yang sah.

Gambaran keseluruhan Jurulatih Kerjaya

Gunakan panduan gambaran keseluruhan pantas ini untuk melihat bagaimana Jurulatih Kerjaya boleh membantu institusi mendorong hasil pelajar mereka, menaik tarafkan pencapaian pelajar mereka, dan untuk memastikan pelajar mereka mempunyai akses kepada panduan kerjaya yang diperibadikan.

E-buku Jurulatih Kerjaya

Ketahui cara memberikan bimbingan kerjaya yang diperibadikan kepada pelajar anda melalui kelebihan Jurulatih Kerjaya, LinkedIn dan Microsoft Teams for Education.

Panduan bermula IT

Kaji keperluan teknikal untuk menetapkan dan menyesuaikan Jurulatih Kerjaya di institusi anda.

Panduan Perancangan Pantas

Ketahui bagaimana institusi anda dapat menggunakan Jurulatih Kerjaya untuk mendorong penglibatan di antara fakulti, perkhidmatan kerjaya, dan pelajar.

Soalan lazim

Lihat soalan yang sering ditanya ini untuk gambaran umum tentang Jurulatih Kerjaya atau baca dokumentasi untuk perincian yang lebih komprehensif.

MUAT TURUN Soalan Lazim (dalam Bahasa Inggeris)

Jurulatih Kerjaya adalah aplikasi Microsoft Teams for Education yang dikuasakan oleh LinkedIn yang memberikan panduan khusus untuk menavigasi perjalanan kerjaya pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai perjalanan kerjaya mereka, mengembangkan kemahiran dunia nyata, dan membina rangkaian mereka, semuanya di satu tempat.

    Institusi pendidikan tinggi yang perlu menjadikan keperluan pekerjaan satu kenyataan yang sesuai dengan aspirasi setiap pelajar. Jurulatih Kerjaya direka untuk institusi pendidikan tinggi yang mempunyai pelajar di pelbagai tahap pembelajaran. Ia sangat berguna untuk seorang pelajar yang sedang mengambil kursus yang mempunyai pelbagai pilihan kerjaya.

      Tidak seperti pandangan daripada pasaran buruh yang tersendiri atau penyelesaian yang berfokus pada kemahiran, Jurulatih Kerjaya adalah penyelesaian pekerjaan yang bersepadu yang direka untuk membantu pelajar menemui tujuan, minat, dan kemahiran mereka menggunakan pengecam kemahiran berasaskan AI dan diintegrasi dengan LinkedIn yang menyelaraskan profil komprehensif pelajar dengan trend pasaran pekerjaan.

      Dengan pengalaman yang diperibadikan, para pelajar boleh mendapat inspirasi dari pilihan kerjaya yang berbagai-bagai, berhubung dengan alumni, rakan sebaya, dan fakulti, dan belajar kursus yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tersebut, LinkedIn Learning, dan Microsoft. Institusi pendidikan tinggi akan dapat meninjau kemahiran dan matlamat kerjaya seseorang pelajar, serta trend pasaran pekerjaan untuk mendorong kurikulum, program, dan perkhidmatan untuk menyokong kejayaan pelajar.

        LinkedIn adalah rangkaian profesional terbesar di dunia dan tempat perekrutan utama bagi syarikat dengan 14 juta pekerjaan tersedia di platform tersebut. Rangkaian profesional terbesar di dunia membolehkan pelajar dan graduan baru: berhubung dengan dunia profesional, terus mendapat maklumat melalui berita profesional dan industri, mendapatkan pekerjaan, dan membina kerjaya mereka.

        Jurulatih Kerjaya mempersembahkan kepada pelajar kerjaya yang berbeza berdasarkan pandangan alumni dari LinkedIn. Dengan menghubungkan Halaman LinkedIn untuk institusi pengajian tinggi ke Jurulatih Kerjaya, profil alumni yang dapat dilihat secara umum digabungkan untuk memperkuat halaman Kerjaya dan Orang.

        Jurulatih Kerjaya menyediakan beberapa kursus Pembelajaran LinkedIn percuma yang menawarkan bimbingan dan aktiviti berkaitan kerjaya tertentu dalam produk tersebut.

        Dengan langganan kampus Pembelajaran LinkedIn yang berasingan, akses ke perpustakaan kursus 16,000+ penuh disatukan dengan lancar ke dalam pengalaman, yang memberi peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran yang mereka perlukan untuk melancarkan kerjaya.

          Jurulatih Kerjaya tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak ketiga. Pasukan produk akan menyelidiki setiap permintaan kerjasama serta senario dari pihak ketiga dengan pelanggan kami.