A person using Office applications on their Windows device
RM2,399.00
RM2,399.00
Gambaran Keseluruhan Keperluan FAQ Ulasan

Soalan lazim

 
Dapatkan jawapan kepada soalan lazim tentang Office dan Microsoft 365.
 

Soalan Popular

Dengan pelan langganan Microsoft 365 anda mendapat aplikasi premium Office: Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access (Publisher dan Access tersedia pada PC sahaja). Di samping itu, anda akan mendapat 1TB penyimpanan awan OneDrive, ciri keselamatan lanjutan, sokongan daripada pakar Microsoft, dan banyak lagi. Anda boleh memasang Microsoft 365 pada berbilang peranti, termasuk PC, Mac, tablet Android™, telefon Android, iPad® dan iPhone®. Apabila anda mempunyai langganan Microsoft 365 yang aktif, anda akan sentiasa mempunyai versi aplikasi Office yang terkini. Ketahui lebih lanjut Perihal Microsoft 365.

 
Office 2019 ialah pembelian sekali yang merangkumi aplikasi klasik seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk digunakan pada PC atau Mac tunggal. Aplikasi tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terbaru, anda perlu membeli Office semula apabila versi baharu tersedia. Versi aplikasi Office semasa yang tersedia untuk pembelian sekali sahaja adalah Office 2019. Versi terdahulu termasuk Office 2016,Office 2013, Office 2011 untuk Mac,Office 2010,Office 2007, Office 2008 untuk Mac, dan Office 2004 untuk Mac. Office 2010 dan Office 2007 adalah serasi dengan Windows 8.1 dan yang terdahulu. Office sebagai pembelian sekali tidak merangkumi apa-apa perkhidmatan yang termasuk dalam Microsoft 365. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Microsoft 365 dengan Office 2019.

Anda boleh memeriksa jika peranti anda boleh menyokong versi Office anda dengan melihat  full Office system requirements.

Tidak. Aplikasi Office direka untuk berfungsi dengan cara yang paling baik pada setiap platform dan peranti. Aplikasi Office tersedia untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berbeza daripada yang tersedia untuk pengguna PC.

Aplikasi Microsoft 365, Office 2019, Office 2016, Office 2013, Office 2010, Office 2007, Office untuk Mac 2011 dan Office untuk Mac 2008 boleh membuka dokumen anda tanpa apa-apa tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan versi Office yang terdahulu mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.

Ya. Dokumen yang anda cipta adalah milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpan dokumen tersebut dalam talian pada OneDrive atau secara setempat pada PC atau Mac anda. Ketahui perkara yang berlaku jika anda membatalkan langganan anda.

Akses Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua keluaran terkini suit Office dan semua pelan langganan Microsoft 365 . Untuk pelan Microsoft 365, akses Internet juga diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, sebagai contoh untuk memasang Office pada PC lain atau untuk mengubah pilihan pengebilan. Akses internet juga diperlukan untuk mengakses dokumen yang disimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang aplikasi OneDrive desktop. Anda juga perlu bersambung ke Internet secara berkala untuk memastikan versi Office anda dikemas kini dan mendapat manfaat daripada naik taraf secara automatik. Jika anda tidak bersambung ke Internet sekurang-kurangnya pada setiap 31 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kefungsian dikurangkan yang bermakna anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda, tetapi anda tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baharu. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, hanya sambungkan semula ke Internet.

 
Anda tidak perlu bersambung ke Internet untuk menggunakan aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut telah dipasang dengan sepenuhnya pada komputer anda.

Akaun Microsoft anda ialah gabungan alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan seperti Hotmail, OneDrive, Windows Phone, Xbox LIVE dan Outlook.com. Jika anda menggunakan mana-mana perkhidmatan tersebut, maka anda sudah pun mempunyai akaun Microsoft yang anda boleh gunakan atau anda boleh mencipta akaun baharu. Ketahui lebih lanjut tentang akaun Microsoft. Sebagai sebahagian daripada pendaftaran untuk percubaan atau pembelian Office, anda akan digesa untuk mendaftar masuk dengan akaun Microsoft. Anda perlu mendaftar masuk dengan akaun ini untuk memasang dan mengurus perisian Office anda atau untuk menggunakan sesetengah manfaat langganan, termasuk storan OneDrive dan minit Skype.

Pengguna boleh mengaktifkan 1 langganan untuk Microsoft 365 Family dan Microsoft 365 Personal dan sehingga 25 lesen untuk Office Home & Student 2019, Office Home & Business 2019, dan Office Professional 2019.

Kunci produk, penebusan dan pengaktifan

Untuk menyediakan akaun anda dan memasang Office untuk kali pertama, layari https://setup.office.com. Ketahui lebih lanjut tentang penyediaan akaun anda. Jika anda sudah mencipta akaun anda, layari accounts.microsoft.com Ketahui lebih lanjut tentang pemasangan Office.

Kunci Produk ialah kod abjad angka 25 aksara unik yang digunakan untuk menebus dan mengaktifkan produk Office anda. Anda tidak boleh menggunakan kunci produk untuk produk Office yang terdahulu (atau produk yang berbeza) untuk menebus salinan baharu Office anda.


Untuk mendapatkan Kunci Produk anda, cari kod abjad angka 25 aksara pada bahagian belakang kad dalam pembungkusan produk Office anda. Kadang kala Kunci Produk mungkin dicetak pada resit runcit anda. Jika anda membeli Office daripada pengeluar PC, Kunci Produk anda akan berada di suatu tempat dalam pembungkusan PC anda. Sampel Format Kunci Produk: XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX

Selepas anda mengaitkan Kunci Produk anda dengan akaun Microsoft anda, anda boleh mendaftar masuk ke accounts.microsoft.com untuk memasang dan mengurus Office. Namun, anda disyorkan untuk menyimpan Kunci Produk anda di lokasi yang selamat sebagai bukti pembelian atau untuk membantu ejen sokongan kami menjejak produk anda.

Lebih baik anda menggunakan akaun Microsoft anda yang sedia ada. Jika anda menggunakan produk atau perkhidmatan Microsoft yang lain (cth. Xbox, OneDrive, Outlook.com, MSN atau Bing), anda mungkin sudah mempunyai akaun Microsoft dan tidak perlu mencipta akaun yang baharu. Jika anda terlupa nama pengguna atau kata laluan, dapatkan semula butiran tersebut dengan kembali ke daftar masuk dan mengklik pada Tidak boleh mengakses akaun anda?

Sokongan bahasa untuk Office

Pelan Microsoft 365 boleh didapati di kebanyakan negara/wilayah. Jika pelan Microsoft 365 tidak tersedia di negara/wilayah itu, anda masih boleh membeli suit Office 2019. Apabila membeli Microsoft 365, anda perlu memilih negara/wilayah bagi pengebilan anda dan tempat anda menggunakan perisian tersebut. Memilih negara/wilayah yang berbeza boleh menyebabkan masalah penyediaan dan pembaharuan langganan.

Office tersedia dalam bahasa yang disenaraikan di bawah. Bukan semua bahasa tersedia di semua negara/wilayah.


Untuk PC yang menjalankan Windows: Bahasa Arab, bahasa Bulgaria, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Croatia, bahasa Czech, bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris, bahasa Estonia, bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Kazakh, bahasa Korea, bahasa Latvia, bahasa Lithuania, bahasa Melayu (Malaysia), bahasa Norway (Bokmål), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa Serbia (Latin), bahasa Slovakia, bahasa Slovenia, bahasa Sepanyol, bahasa Sweden, bahasa Thai, bahasa Turki, bahasa Ukraine dan bahasa Vietnam.

Untuk Mac: Bahasa Arab, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris (Amerika Syarikat), bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Norway (Bokmal), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Rusia, bahasa Sepanyol, bahasa Slovakia, bahasa Sweden dan bahasa Turki.

Untuk iOS: Bahasa Arab, bahasa Catalonia, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Croatia, bahasa Czech, bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris (Amerika Syarikat), bahasa Inggeris (United Kingdom), bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Melayu, bahasa Norway (Bokmål), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa Slovak, bahasa Sepanyol, bahasa Sweden, bahasa Thai, bahasa Turki, bahasa Ukraine dan bahasa Vietnam.

Untuk Android: Bahasa Arab, bahasa Bulgaria, bahasa Cina (Ringkas), bahasa Cina (Tradisional), bahasa Croatia, bahasa Czech, bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Inggeris, bahasa Finland, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Greek, bahasa Ibrani, bahasa Hindi, bahasa Hungary, bahasa Indonesia, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Latvia, bahasa Lithuania, bahasa Norway (Bokmål), bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Portugis (Portugal), bahasa Romania, bahasa Rusia, bahasa Serbia (Latin), bahasa Slovakia, bahasa Slovenia, bahasa Sepanyol, bahasa Sweden, bahasa Thai, bahasa Turki, bahasa Ukraine, bahasa Vietnam, bahasa Catalonia, bahasa Kannada, bahasa Malayalam, bahasa Parsi, bahasa Tamil dan bahasa Telegu.

Microsoft menawarkan penyelesaian yang ringkas dan menjimatkan kos bagi individu, keluarga serta perniagaan kecil yang berbilang bahasa.

 
• Microsoft 365: Setiap kali anda memasang Office pada PC atau Mac tambahan di accounts.microsoft.com, anda boleh memilih bahasa untuk memasang Office.
 
• Office 2019: Anda boleh memasang pek aksesori bahasa selepas memasang Microsoft Office untuk menambah alat paparan, bantuan atau pruf tambahan. Ketahui lebih lanjut tentang Pek Aksesori Bahasa untuk Office.

Muat turun dan pasang Office

Untuk memasang Microsoft 365 atau Office sebagai pembelian sekali, layari accounts.microsoft.com pada PC atau Mac yang anda ingin pasangkan Office. Daftar masuk dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk membeli atau yang sudah dikaitkan dengan langganan atau produk pembelian sekali, kemudian ikut arahan pada skrin untuk memasang Office. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk memasang Office.

 
Jika anda perlu menyediakan akaun anda dan memasang Office untuk kali pertama, layari https://setup.office.com. Ketahui lebih lanjut tentang tempat untuk memasukkan kunci produk Office anda.
 
Untuk memuat turun dan memasang versi Office yang terdahulu, layari www.office.com/downloadoffice.

Anda perlu menentukan kunci produk Office yang sepadan untuk setiap PC. Ketahui lebih lanjut.

Keluarga Microsoft 365 boleh dikongsi dalam kalangan 6 pengguna dan dipasang pada pelbagai peranti, termasuk PC, Mac, iPad, iPhone, tablet Android, dan telefon Android. Microsoft 365 Peribadi adalah untuk 1 pengguna dan juga boleh dipasang pada berbilang peranti.

Ya. Anda boleh membeli langganan Microsoft 365 untuk Mac dan Windows. Office Home & Business 2019 atau Office Home & Student 2019 juga tersedia untuk Mac sebagai pembelian sekali. Aplikasi Office yang tersedia untuk Mac ialah Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote. Aplikasi Publisher dan Access tidak tersedia untuk Mac. Versi aplikasi Office semasa untuk Microsoft 365 dan Office 2019 tersedia untuk Windows dan juga Mac.

Ketahui tentang versi Office yang boleh berfungsi secara sebelah-menyebelah pada peranti yang sama dalam artikel ini.

Kelajuan muat turun yang sebenar bagi Office bergantung pada kelajuan sambungan Internet anda; sambungan Internet jalur lebar disarankan untuk pengalaman muat turun yang terbaik.


Semua versi Office untuk PC Windows yang baharu menggunakan teknologi penstriman yang membolehkan anda mula menggunakan aplikasi Office sebelum pemasangan selesai.

Jika Office mengambil masa yang lama untuk dipasang, ketahui tentang penyelesaian yang mungkin.

Ikon untuk aplikasi Office dicipta apabila anda memasang Office. Anda boleh memulakan aplikasi tersebut dengan mengklik ikon yang dipasang di lokasi berikut:


• Windows

o Windows 7: Menu mula

o Windows 8: Skrin mula dan paparan Aplikasi (paparan di bawah skrin Mula yang merangkumi semua aplikasi yang dipasang pada PC)*

o Windows 8.1: Paparan apl* 
*Jika anda tidak menemui ikon anda dalam Windows 8 atau Windows 8.1, pergi ke skrin Mula dan taip nama aplikasi yang ingin dilancarkan (sebagai contoh, Word).

o Windows 10: Menu mula. Anda juga boleh menaip nama aplikasi yang ingin dilancarkan (sebagai contoh, Word) di Cortana. 

o Anda juga boleh mengepin pintasan aplikasi pada skrin Mula atau bar tugas desktop anda agar mudah dicapai. Ketahui lebih lanjut.

• Mac OS X

o 10.6 (Snow Leopard): Dok

o 10.7 (Lion): Dok dan Papan Pelancar

o 10.8 (Mountain Lion): Dok dan Papan Pelancar

o 10.9 (Mavericks): Dok dan Papan Pelancar

o 10.10 (Yosemite): Anda boleh memulakan aplikasi dengan mengklik ikon aplikasi yang boleh ditemui dalam folder Papan Pelancar dan Aplikasi dalam Finder.

Versi Office 32-bit dipasang secara lalai.


Walaupun komputer anda menjalankan versi 64-bit Windows, kami menyarankan anda memasang versi 32-bit Office kerana ia lebih serasi dengan aplikasi dan tambahan yang berfungsi dengan Office. Jika anda mahu memasang versi Office 64-bit, anda boleh berbuat demikian dengan melayari accounts.microsoft.com dan mengikut arahan pada skrin untuk memasang versi 64-bit. Anda tidak boleh memasang versi Office 64-bit dan 32-bit pada komputer yang sama.

Jika anda sudah memasang Microsoft 365 pada bilangan PC, Mac atau tablet maksimum PC, Mac, atau tablet dan ingin menggunakan Microsoft 365 pada peranti yang berbeza, anda boleh menyahaktifkan satu peranti dengan melayari accounts.microsoft.com, selepas itu, anda boleh memasang Office pada peranti baharu. Salinan Office pada peranti yang anda nyahaktifkan akan berbalik menjadi mod baca sahaja, yang bermakna dokumen boleh dilihat tetapi tidak boleh diedit. Anda tidak akan kehilangan apa-apa dokumen yang disimpan secara setempat pada peranti asal.

Untuk menyahpasang Office, mula-mula layari accounts.microsoft.com dan ikut arahan pada skrin untuk menyahaktifkan Office. Penyahaktifan Office menyebabkan aplikasi Office pada PC anda berada dalam mod baca sahaja, yang bermakna anda boleh melihat dokumen tetapi tidak boleh mengedit atau menyimpan dokumen tersebut dan anda tidak boleh mencipta dokumen baharu. Untuk mengalih keluar Office sepenuhnya, pergi ke Panel Kawalan PC anda dan nyahpasang Office. Untuk Mac, iPad dan tablet Android, ikuti arahan pada peranti tersebut untuk menyahpasang aplikasi.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sandaran bagi produk Office anda:

 
• Pelanggan Microsoft 365 boleh memuat turun atau memasang semula daripada accounts.microsoft.com.
 
 
• Anda boleh memesan salinan sandaran DVD untuk produk Office keluaran terkini dengan dikenakan bayaran. Layari www.office.com/backup untuk mendapatkan butiran.
 
 
Salinan sandaran tidak boleh dihantar ke negara/rantau berikut: Bhutan, Brazil, China, Kepulauan Cocos (Keeling), Kepulauan Cook, Dataran Selatan Perancis dan Antartika, Pulau Heard dan Kepulauan McDonald, Iraq, Jan Mayen, Kiribati, Libya, Micronesia, Myanmar, Nauru, Nepal, Niue, Palau, Kepulauan Pitcairn, Saba, Samoa, Sint Eustatius, Timor Leste, Tokelau, Wallis dan Futuna.
 

Dapatkan pengalaman Office teras secara percuma pada tablet dan telefon kegemaran anda. Untuk mencari dan memuat turun aplikasi, lawati halaman berikut: Office untuk iPad, Office untuk iPhone, Office untuk tablet Android, dan Office untuk telefon Android. Untuk aplikasi Word, Excel dan PowerPoint, dapatkan ciri premium dengan langganan Microsoft 365 yang layak. Untuk mendapatkan maklumat mengenai ciri premium untuk peranti mudah alih yang tersedia dengan Microsoft 365, layari www.office.com/information .

Pelanggan Microsoft 365 dengan langganan aktif sentiasa mendapat versi aplikasi Office yang terbaharu apabila versi tersebut tersedia. Apabila kami mengeluarkan versi Office yang baharu, anda akan dimaklumkan bahawa anda mempunyai pilihan untuk mengemas kini perisian anda kepada versi terkini.

Versi terkini Office 2019 untuk Mac kini tersedia untuk pelanggan Microsoft 365 sebagai sebahagian daripada langganan anda. Untuk memasang Office 2019 untuk Mac, pergi ke accounts.microsoft.com dan ikuti arahan di sana.

Sokongan dan sumber

Lawati sokongan Microsoft untuk mendapatkan bantuan tentang isu teknikal, termasuk:

• Status pesanan

• Pengebilan

• Muat turun

• Kunci produk

• Pemasangan/penyahpasangan

• Pengaktifan produk

• Penggunaan produk

Untuk mendapatkan bantuan dan kandungan cara, layari www.office.com/support. Untuk menonton latihan berasaskan video percuma, layari www.office.com/training.