Trace Id is missing
Seorang individu menaip pada Surface Laptop 4 dalam warna Hitam Kusam Seorang individu menaip pada Surface Laptop 4 dalam warna Platinum

Surface Laptop 4

Gaya dan kepantasan

Lakukan segalanya dengan gaya, prestasi dan kepantasan

Kini dengan Windows 11. Sehingga 70% lebih laju daripada sebelumnya dengan hayat bateri yang ketara lebih panjang yang bertahan sepanjang hari.1 Pastikan anda menyerlah pada panggilan video HD, rakamkan idea pada skrin sentuh PixelSense™ serta nikmati audio Dolby Atmos® yang mengasyikkan.5

Anggun, elegan dan senyap

Buka dengan mudah menggunakan satu jari dan nikmati produktiviti tanpa gangguan pada skrin sentuh PixelSense™ dengan penyejukan yang senyap. Peribadikan dengan pilihan dua saiz dan kemasan papan kekunci — Alcantara® hangat atau logam dingin.

Syot dekat Surface Laptop 4 dalam warna Platinum dengan kemasan Alcantara Syot dekat Surface Laptop 4 dalam warna Platinum dengan kemasan logam licin Syot dekat Surface Laptop 4 dalam warna Hitam kusam dengan kemasan logam licin

Peribadikannya

Skrin sentuh 13.5” dalam warna Platinum, dengan bahan Alcantara® mewah dan hangat.
Alcantara® Hangat

Prestasi untuk berbilang tugas, sembang video dan hiburan

Begitu mudah melalui hari yang sibuk dengan lebih kuasa berbilang tugas dan sehingga 70% lebih kepantasan daripada sebelumnya, anda dilihat dan didengari pada diri anda yang terbaik dalam panggilan video serta nikmati audio Dolby Atmos® yang mengasyikkan untuk filem,5 semuanya disandarkan oleh kuasa pemproses yang benar-benar berkuasa.

Keselesaan, kemudahan dan semua kesambungan

Kuasakan kreativiti anda di mana-mana sahaja dengan hayat bateri sepanjang hari,1 Pengecasan Pantas dan keselesaan menaip yang luar biasa. Sambungkan dengan mudah menggunakan kedua-dua port USB-C® and USB-A. 

Kuasa untuk melakukan apa yang anda mahu

Jalankan Microsoft 365 dan aplikasi kreatif.* Lindungi fail dan foto dalam awan dengan OneDrive. Nikmati semak lalu yang pantas dengan Microsoft Edge. Tonton filem atau bermain permainan kegemaran anda.

Cubalah Surface Laptop 4

Dua pemproses hebat, prestasi komputer riba yang luar biasa

Kami membina Surface Laptop 4 dengan Intel® Core™ Generasi ke-11 dan pemproses AMD Ryzen™ tersuai Edisi Microsoft Surface®2 untuk prestasi komputer riba yang luar biasa, penggunaan lancar merentasi tab semak lalu dan kepantasan berbilang tugas merentasi semua aplikasi anda.
  • Ketersediaan ciri dan aplikasi mungkin berbeza mengikut benua.
  • [*] Beberapa aksesori, perisian, langganan Microsoft 365 dan perkhidmatan dijual berasingan.
  • [1] Hayat bateri amat berbeza berdasarkan penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor lain. Lihat Prestasi bateri Surface untuk mendapatkan butiran lanjut.
  • [2] Warna tersedia pada model terpilih sahaja. Warna, saiz, kemasan dan pemproses yang tersedia mungkin berbeza-beza mengikut kedai, pasaran dan konfigurasi.
  • [3] Perisian dan kemas kini sistem menggunakan ruang storan yang besar. Storan yang tersedia berubah-ubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Storan surface untuk butiran lanjut.
  • [4] Peranti didatangkan dengan Windows 10 dan naik taraf Windows 11 percuma atau mungkin dipramuat dengan Windows 11. Tempoh naik taraf mungkin berbeza mengikut peranti. Ciri dan ketersediaan aplikasi mungkin berbeza mengikut rantau. Beberapa ciri tertentu memerlukan perkakasan yang spesifik (lihat Spesifikasi Windows 11).
  • [5] Memerlukan kandungan dan audio yang dikodkan Dolby Atmos®.

Spesifikasi teknologi

  • Ketersediaan ciri dan aplikasi mungkin berbeza mengikut benua.
  • [*] Beberapa aksesori, perisian, langganan Microsoft 365 dan perkhidmatan dijual berasingan.
  • [1] Hayat bateri

    Pemproses AMD Ryzen™ 5 Edisi Microsoft Surface® Surface Laptop 4 13.5” 8 GB RAM

    Hayat bateri sehingga 19 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa.

    Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Februari 2021 menggunakan perisian Windows 10 prapengeluaran dan pemproses AMD Ryzen™ 5 peranti 13.5" Edisi Microsoft Surface® prapengeluaran, RAM 8GB. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web popular melalui berbilang tab terbuka, (2) satu ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, serta (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan lain-lain faktor.

    Pemproses AMD Ryzen™ 7 Edisi Microsoft Surface® Surface Laptop 4 15” 8 GB RAM

    Hayat bateri sehingga 17.5 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa.

    Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Februari 2021 menggunakan perisian Windows 10 prapengeluaran dan pemproses AMD Ryzen™ peranti 15" Edisi Microsoft Surface® 7 prapengeluaran, RAM 8GB. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web popular melalui berbilang tab terbuka, (2) satu ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, serta (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan faktor lain.

    Surface Laptop 4 13.5” Intel® Core™ i5, 512GB, 8 GB RAM

    Hayat bateri sehingga 17 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa.

    Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Februari 2021 menggunakan perisian Windows 10 prapengeluaran dan peranti Intel® Core™ i5 13.5” prapengeluaran, 512GB, RAM 8 GB. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web popular melalui berbilang tab terbuka, (2) satu ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, serta (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan faktor lain.Surface Laptop 4 15” Intel® Core™ i7, 512GB, 16 GB RAM

    Hayat bateri sehingga 16.5 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa.

    Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Februari 2021 menggunakan perisian Windows 10 prapengeluaran dan peranti Intel® Core™ i7 15” prapengeluaran, 512GB, RAM 16 GB. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan gabungan penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web popular melalui berbilang tab terbuka, (2) satu ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, serta (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi melahu. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan faktor lain.
  • [2] Warna tersedia pada model terpilih sahaja. Warna, saiz, kemasan dan pemproses yang tersedia mungkin berbeza-beza mengikut kedai, pasaran dan konfigurasi.
  • [3] Perisian dan kemas kini sistem menggunakan ruang storan yang besar. Storan yang tersedia berubah-ubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Storan surface untuk butiran lanjut.
  • [4] Surface Laptop 4 untuk pengguna didatangkan dengan Windows 10 Home untuk membawa kepada anda ciri-ciri Windows hebat yang paling banyak anda gunakan pada nilai yang luar biasa. Jika anda memerlukan alat pengurusan perusahaan dan keselamatan tambahan untuk tempat kerja, anda boleh membeli naik taraf ke Windows 10 Pro atau Surface Laptop 4 untuk Perniagaan.
  • [5] Pemacu keras tidak boleh ditanggalkan oleh pengguna. Pemacu keras hanya boleh ditanggalkan oleh juruteknik berkemahiran mengikut arahan yang disediakan oleh Microsoft.
  • [6] Jaminan Terhad Microsoft ialah tambahan kepada hak undang-undang pengguna anda.
  • [7] Memerlukan kandungan dan audio yang dikodkan Dolby Atmos®.
Kembali ke tab

Ikuti Surface