Surface Laptop yang paling ringan

Dapatkan gaya, prestasi dan hayat bateri sepanjang hari1 yang anda perlukan, semuanya pada nilai yang luar biasa. 

Surface Laptop Go tertutup di atas sebuah bangku
  • Kekal aktif bersama anda sepanjang hari dengan hayat bateri¹ hingga 13 jam Kekal aktif bersama anda sepanjang hari dengan hayat bateri¹ hingga 13 jam

  • Mudah dibawa—berat bermula daripada 1,110 g dan hanya setebal 15.69 mm Mudah dibawa—berat bermula daripada 1,110 g dan hanya setebal 15.69 mm

  • Jalankan aplikasi kegemaran anda dengan pemproses Intel® Core™ i5 Generasi-10 Jalankan aplikasi kegemaran anda dengan pemproses Intel® Core™ i5 Generasi-10

  • Tunjukkan rupa menarik anda dalam sebarang cahaya ketika panggilan video dengan kamera HD terbina dalam Tunjukkan rupa menarik anda dalam sebarang cahaya ketika panggilan video dengan kamera HD terbina dalam

Reka bentuk Surface Premium pada nilai yang luar biasa

Ultra ringan dan mudah alih, aplikasi*,2 yang anda gunakan setiap hari dan bahan premium akan menjadikannya komputer riba teristimewa anda.

Surface Laptop Go di atas meja dengan telefon bimbit, bunga dan donat di atas pinggan

Terokai Surface Laptop Go dan lihat beberapa ciri utamanya

Satu pemproses berkelajuan tinggi, tiga pilihan hebat

Adakah anda menyimpan segalanya di dalam talian, atau adakah anda menyimpan segalanya setempat? Inginkah anda mendaftar masuk dengan satu sentuhan jari? Inginkah anda storan yang lebih untuk fail dan foto anda? Dapatkan peranti yang sesuai untuk anda, setiap satu dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i5 Generasi ke-10.

Belajar, berkembang, mencipta dan bersantai

Main, dan kodkan, sampaikan persembahan berkualiti tinggi dan segar, relaks dengan malam tayangan filem atau ubah idea menjadi kisah visual yang menakjubkan di Surface Laptop Go.

Gunakan sepanjang hari

Jalankan aplikasi yang paling kerap anda gunakan seperti Microsoft 365*, semuanya disokong oleh ciri perkakasan yang luar biasa.

Pilih komputer riba anda yang paling sesuai

Komputer riba kegunaan harian yang luar biasa ringan atau skrin yang lebih besar dengan kekuatan berbilang tugas yang lebih hebat? Lihat lebih ciri-ciri utamanya dengan lebih teliti untuk membantu anda membuat keputusan.

Surface Laptop Go ditunjukkan di sebelah Komputer Riba 3 13.5” dan Komputer Riba 3 15"

Surface Laptop Go

  • Surface Laptop yang Paling Ringan, paparan 12.4" PixelSense™ 1536 x 1024 (148 PPI) dan skrin sentuh interaktif
  • Terbaik untuk produktiviti dan penstriman harian tumpuan
  • Hidup Segera dan Butang Kuasa Cap Jari untuk log masuk Satu Sentuhan tanpa kata laluan pada model terpilih

Surface Laptop 3 bersaiz 13.5” dan 15”

  • Paparan lebih besar PixelSense™ 2256 x 1504 (201 PPI) 13.5" atau paparan PixelSense™ 2496 x 1664 (201 PPI) 15", kedua-duanya dengan skrin sentuh interaktif dan sokongan untuk Pen Surface*
  • Prestasi yang lebih baik untuk berbilang tugas dan menjalankan beberapa aplikasi sekaligus
  • Hidup Segera dan log masuk muka Windows Hello tanpa kata laluan pada semua model


  • * Pen Surface, Microsoft 365 dan sesetengah perisian dan aksesori dijual secara berasingan.
  • [1] Hayat bateri
  • Surface Laptop Go: Hayat bateri sehingga 13 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada September 2020 menggunakan perisian prapengeluaran dan peranti pemproses prapengeluaran Surface Laptop Go Intel® Core™ i5 Generasi ke-10, 128GB, 8 GB RAM Edisi Microsoft Surface®. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan campuran penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web yang popular melalui tab berbilang terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, dan (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi terbiar. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan lain-lain faktor.
  • [2] Surface Laptop Go untuk pengguna dengan Windows 10 Home dalam mod S untuk memberi anda ciri-ciri Windows berkuasa yang paling banyak anda gunakan pada nilai yang luar biasa. Jika anda memerlukan alat pengurusan perusahaan dan keselamatan tambahan untuk tempat kerja, anda boleh bertukar kepada Windows 10 Pro atau membeli Surface Laptop Go untuk Perniagaan.
  • Windows 10 Home dalam mod S berfungsi secara eksklusif dengan aplikasi dan program daripada Microsoft Store dalam Windows dan aksesori yang serasi dengan Windows 10 Home dalam mod S. Laluan sehala untuk keluar daripada mod S disediakan. Ketahui lebih lanjut di Windows.com/SmodeFAQ.
  • [3] Perisian sistem menggunakan ruang storan yang besar. Storan yang tersedia berubah-ubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Surface.com/Storage untuk butiran lanjut.
  • [4] Ujian yang dijalankan di Microsoft pada bulan September 2020 menggunakan peranti dan perisian prapengeluaran. Diuji dengan peti masuk SurfLink 39W PSU dalam keaadaan terkawal dengan peranti dalam keadaan hibernasi atau dimatikan. Peranti dihidupkan pada skrin desktop dengan tetapan kecerahan paparan lalai. Masa caj sebenar berbeza mengikut keadaan operasi. Diukur pada suhu ambien pejabat yang biasa 23C.
  • [5] Langganan Netflix diperlukan.

Senario Pengguna

Selesaikan kerja-kerja anda, layari internet dan tonton sepuas hati pada Surface Laptop yang paling ringan dengan skrin sentuh 12.4” PixelSense™. Nisbah tersendiri 3:2 memberikan anda ruang optimum untuk melihat dan melakukan lebih banyak lagi

Dimensi

278.18 mm x 205.67 mm x 15.69 mm (10.95” x 8.10” x 0.62”)

Storan3

Pemacu eMMC: 64GB

SSD: 128GB, 256GB

Paparan

Skrin: Paparan PixelSense™ 12.4”

Resolusi: 1536 x 1024 (148 PPI)

Nisbah aspek: 3:2

Sentuhan: 10 titik berbilang sentuhan

Hayat Bateri1

Penggunaan peranti biasa sehingga 13 jam

Memori

4GB atau 8GB LPDDR4x RAM

Grafik

Grafik Intel® UHD

Pemproses

Pemproses Intel® Core™ i5 Generasi ke-10 – 1035G1

Sambungan

1 x USB-C®

1 x USB-A

3.5 mm bicu set kepala

1 x port Surface Connect

Keselamatan

TPM Perisian Tegar

Perlindungan gred perusahaan dengan log masuk satu sentuhan Windows Hello

Daftar masuk Satu Sentuhan dengan butang Kuasa Pembaca Cap Jari (Surface Laptop Go i5/4GB/64GB tidak mempunyai Butang Kuasa Cap Jari)

Kamera, video dan audio

Kamera f2.0 HD 720p (menghadap depan)

Mikrofon Studio dwi medan jauh

Pembesar Suara Omnisonic dengan Dolby® Audio™

Perisian

Windows 10 Home dalam mod S2

Percubaan Microsoft 365 Family selama 30 hari

Wayarles

Teknologi Bluetooth® Wayarles 5.0

Wi-Fi 6: 802.11ax serasi

Pengesan

Pengesan cahaya sekeliling

Luaran

Atas: Aluminium

Tapak: Sistem resin komposit polikarbonat dengan gentian kaca dan kandungan kitar semula 30% pasca pengguna

Warna: Platinum

Item yang disertakan di dalam kotak

Surface Laptop Go

Bekalan Kuasa 39W

Panduan Mula Cepat

Dokumen keselamatan dan jaminan

Jaminan4

1 tahun jaminan perkakasan terhad

Berat

2.44 paun (1,110 g)



  • * Pen Surface, Microsoft 365 dan sesetengah perisian dan aksesori dijual secara berasingan.
  • [1] Hayat bateri
  • Surface Laptop Go: Hayat bateri sehingga 13 jam berdasarkan penggunaan peranti Surface biasa. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada September 2020 menggunakan perisian prapengeluaran dan peranti pemproses prapengeluaran Surface Laptop Go Intel® Core™ i5 Generasi ke-10, 128GB, 8 GB RAM Edisi Microsoft Surface®. Ujian terdiri daripada penyahcasan bateri penuh dengan campuran penggunaan aktif dan tunggu sedia moden. Bahagian penggunaan aktif terdiri daripada (1) ujian melayari web yang mengakses 8 laman web yang popular melalui tab berbilang terbuka, (2) ujian produktiviti menggunakan Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, dan (3) sebahagian masa diberikan untuk peranti digunakan dengan aplikasi terbiar. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. Wi-Fi disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri ketara berbeza dengan tetapan, penggunaan dan lain-lain faktor.
  • [2] Surface Laptop Go untuk pengguna dengan Windows 10 Home dalam mod S untuk memberi anda ciri-ciri Windows berkuasa yang paling banyak anda gunakan pada nilai yang luar biasa. Jika anda memerlukan alat pengurusan perusahaan dan keselamatan tambahan untuk tempat kerja, anda boleh bertukar kepada Windows 10 Pro atau membeli Surface Laptop Go untuk Perniagaan.
  • Windows 10 Home dalam mod S berfungsi secara eksklusif dengan aplikasi dan program daripada Microsoft Store dalam Windows dan aksesori yang serasi dengan Windows 10 Home dalam mod S. Laluan sehala untuk keluar daripada mod S disediakan. Ketahui lebih lanjut di Windows.com/SmodeFAQ.
  • [3] Perisian sistem menggunakan ruang storan yang besar. Storan yang tersedia berubah-ubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Surface.com/Storage untuk butiran lanjut.
  • [4] Jaminan Terhad Microsoft ialah tambahan kepada hak undang-undang pengguna anda.