Trace Id is missing

Pek Antara Muka Bahasa Windows 7

Pek Antara Muka Bahasa Windows 7 (LIP) memberikan versi separa diterjemahkan bagi bahagian Windows 7 yang paling banyak digunakan

Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.

  • Versi:

    1.0

    Tarikh Diterbitkan:

    25/8/2010

    Nama Fail:

    LIP_ms-BN-32bit.mlc

    LIP_ms-BN-64bit.mlc

    Saiz Fail:

    2.4 MB

    3.9 MB

    Pek Antara Muka Bahasa Windows (LIP) memberikan versi separa diterjemahkan bagi bahagian Windows yang paling banyak digunakan. Selepas memasang LIP, teks dalam pendeta, kotak dialog, menu dan topik Bantuan dan Sokongan akan dipaparkan dalam bahasa LIP. Teks yang tidak diterjemahkan adalah dalam bahasa asas Windows 7. Contohnya, jika awda membeli Windows 7 versi bahasa Sepanyol, dan memasang LIP Bahasa Catalonia, sesetengah teks kekal dalam bahasa Sepanyol. Awda boleh memasang lebih daripada satu LIP pada sesebuah bahasa asas. LIP Windows boleh dipasang pada semua edisi Windows 7.
  • Sistem Pengendalian yang Disokong

    Windows 7

    • Microsoft Windows 7
    • Pemasangan bahasa asas Windows 7 yang diperlukan: Bahasa Inggeris
    • 4.63 Mb ruang kosong untuk muat turun
    • 15 Mb ruang kosong untuk
  • AMARAN: Jika awda mendayakan penyulitan BitLocker, sila tangguhkannya sebelum memasang LIP. Buka Control Panel, pilih System and Security, kemudian BitLocker Drive Encryption. Klik  Suspend Protection.

    Oleh kerana muat turun untuk Windows 7 LIP versi 32-bit dan 64-bit adalah berasingan, sebelum awda memulakan muat turun, awda perlu menentukan Windows 7 versi mana yang awda pasang: Begini cara untuk menentukan Windows 7 versi mana yang awda ada:

    Klik pada butang Start kemudian klik kanan pada Komputer dan pilih Properties. Ini akan menayangkan maklumat asas tentang komputer awda.
    Lihat dalam seksyen Sistem untuk jenis Sistem. Ini menandakan sama ada Sistem Pengendalian Windows 7 awda adalah Sistem Pengendalian 32-bit atau Sistem Pengendalian 64-bit.

    Untuk memasang versi 32-bit, anda boleh sama ada:

    1. Klik butang Muat turun, kemudian klik Open untuk memasang LIP


    2. atau

    3. Klik pada butang Muat turun
      • Klik pada Save untuk menyalin fail ke komputer anda,
      • Navigasi ke fail yang dimuat turun dan klik dua kli padanya untuk memasang LIP

    Untuk memasang versi 64-bit, anda mesti menggunakan opsyen 2 di atas.