Pek Bahasa untuk SharePoint Foundation 2013
Pek bahasa mendayakan penciptaan tapak dan koleksi tapak dalam pelbagai bahasa tanpa perlu pemasangan SharePoint Foundation 2013 yang berasingan
Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.
Versi:
2013
Tarikh Diterbitkan:
26/7/2019
Nama Fail:
sharepointlanguagepack.exe
Saiz Fail:
34.4 MB
Pek bahasa mendayakan penciptaan tapak dan koleksi tapak dalam pelbagai bahasa tanpa perlu pemasangan SharePoint Foundation 2013 yang berasingan. Pek pelbagai bahasa boleh dipasang pada pelayan yang sama. Aplikasi Pek Bahasa tidak akan bertukar bahasa produk pelayan Microsoft yang dipasang, atau bahasa ciri-ciri pentadbiran.
Nota
- Anda tidak perlu memuat turun pek bahasa untuk bahasa yang telah dipasang, pek bahasa ini adalah untuk menyokong penciptaan bahasa tambahan.
Sistem Pengendalian yang Disokong
Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012
- Muat turun ini berfungsi dengan atur cara yang berikut:
- Microsoft SharePoint Foundation 2013
- Muat turun ini berfungsi dengan atur cara yang berikut:
- Memasang muat turun ini:
Memasang pek bahasa:- Muat turun fail dengan mengklik butang Muat Turun (di atas) dan menyimpan fail ke cakera keras anda.
- Jalankan atur cara persediaan.
- Pada halaman Baca Syarat-syarat Lesen Perisian Microsoft, lihat syarat tersebut, pilih kotak semak Saya terima syarat perjanjian ini, dan kemudian klik Teruskan.
- Pendeta persediaan akan berjalan dan memasang pek bahasa.
- Jalankan semula Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint, dengan menggunakan seting lalai.
Jalankan semula Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint:- Klik Mula, tunjuk ke Semua Atur Cara, tunjuk ke Produk Microsoft SharePoint 2013, dan kemudia klik Pendeta Konfigurasi Produk dan Teknologi SharePoint.
- Pada halaman Selamat Datang ke Produk dan Teknologi SharePoint, klik Teruskan.
- Klik Ya pada kotak dialog yang akan mengingatkan anda bahawa sesetengah perkhidmatan mungkin perlu dimulakan semula semasa konfigurasi.
- Pada halaman Ubahsuai Seting Ladang Pelayan, klik Jangan putuskan sambungan dari ladang pelayan ini, dan kemudian klik Teruskan.
- Jika halaman Ubahsuai Pentadbiran Pusat SharePoint Seting Pentadbiran Web muncul, jangan ubahsuaikan sebarang seting lalai, dan kemudian klik Teruskan.
- Pada halaman Pelengkapan Pendeta Kofigurasi Produk dan teknologi SharePoint, klik Teruskan.
- Pada halaman Konfigurasi Berjaya, klik Selesai.
Untuk maklumat penggunaan, layari tapak Pasang atau nyahpasang pek bahasa untuk SharePoint 2013.
Untuk mengalih keluar muat turun ini:- Pada menu Mula, tunjuk ke Seting dan kemudian klik Panel Kawalan.
- Dwiklik Tambah/Alih Keluar Atur Cara.
- Dalam senarai atur cara yang telah dipasang, pilih item dipasang dan kemudian klik Alih Keluar atau Tambah/Alih Keluar. Jika kotak dialog muncul, ikut arahan alih keluar atur cara.
- Klik Ya atau OK untuk mengesahkan bahawa anda ingin mengalih keluar atur cara tersebut.