This is the Trace Id: 09ce1e67c59a2e022155dcd105aeed53

Tambahan Perkhidmatan Pelaporan Microsoft® SQL Server® 2016 untuk Microsoft SharePoint®

Tambahan Perkhidmatan Pelaporan untuk teknologi Microsoft SharePoint mengizinkan anda menginteraksikan ciri Perkhidmatan Pelaporan dengan pengalaman SharePoint usaha sama.

Penting! Tindakan memilih bahasa di bawah akan menukar kandungan halaman lengkap secara dinamik kepada bahasa tersebut.

Muat Turun
  • Versi:

    13.0.1601.5

    Tarikh Diterbitkan:

    1/8/2019

    Nama Fail:

    rsSharePoint.msi

    Saiz Fail:

    47.3 MB

    Tambahan Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2016 untuk teknologi Microsoft SharePoint mengerahkan halaman dan ciri antara muka Perkhidmatan Pelaporan pada pelayan bahagian hadapan web SharePoint.

    Selepas anda memasang Tambahan Perkhidmatan Pelaporan dan konfigurasi pelayan anda untuk integrasi, anda boleh menerbitkan kandungan Perkhidmatan Pelaporan ke pustaka SharePoint dan kemudian lihat dan urus dokumen tersebut dari tapak SharePoint. Tambahan Perkhidmatan Pelaporan menyediakan fungsian berikut:

    • Power View, ciri Tambahan Perkhidmatan Pelaporan Microsoft SQL Server 2016 untuk edisi Perusahaan Microsoft SharePoint Server 2010, merupakan pengalaman penjelajahan, visualisasi dan persembahan data yang berinteraktif. Ciri ini menyediakan pelaporan ad hoc seret dan lepas untuk pengguna perniagaan seperti penganalisis data, pembuat keputusan perniagaan dan pekerja bidang maklumat. Laporan Power View berada dalam format fail baru, RDLX.
    • Buka laporan dalam Pembina Laporan dari pustaka SharePoint dan simpan laporan pada pustaka SharePoint.
    • Bahagian Web Pemapar Laporan, yang memberikan keupayaan melihat laporan, mengeksport ke berbilang format pemaparan, navigasi halaman, carian, cetakan dan zum.
    • Halaman web SharePoint supaya anda boleh mencipta langganan dan jadual serta mengurus laporan dan sumber data.
    • Sokongan untuk ciri SharePoint Foundation 2010 dam SharePoint Server 2010 standard termasuk pengurusan dokumen, bekerjasama, keselamatan dan pengerahan dengan jenis kandungan pelayan laporan.
    • Keupayaan untuk menambah Bahagian Web Pemapar Laporan Perkhidmatan Pelaporan pada mana-mana halaman atau papan pemuka di tapak SharePoint dan menyesuaikan penampilannya.
    • Keupayaan untuk mengguna tahap keizinan SharePoint dan peranan untuk mengawal capaian ke kandungan pelayan laporan. Anda juga boleh menggunakan pengesahan borang SharePoint untuk menyokong capaian melalui sambungan Internet.
    • Amaran data Perkhidmatan Pelaporan merupakan penyelesaian amaran dipacu data nago Edisi SharePoint Server 2010 Enterprise yang memberitahu anda tentang perubahan dalam data laporan kepentingan anda dan pada masa yang tepat.

    Untuk senarai terperinci berkenaan apa yang baru dalam Perkhidmatan Pelaporan, lihat Apa yang Baru (Perkhidmatan Pelaporan) untuk maklumat lebih lanjut.
  • Sistem Pengendalian yang Disokong

    Windows 10, Windows 7, Windows 8, Windows 8.1, Windows Server 2008 R2, Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012, Windows Server 2012 R2

    • 37 MB disk space keras tersedia diperlukan untuk Add-in ini.
    • Semak dokumentasi Windows SharePoint Foundation atau Perkhidmatan SharePoint untuk keperluan sistem yang berkaitan.

    Komputer mesti menepati keperluan perisian berikut:
    • Salah satu yang berikut:
      • Microsoft SharePoint 2010.
      • Microsoft SharePoint Foundation 2010 dengan Sokongan Kebolehprograman .NET.
      • Microsoft SharePoint Server 2013.
    • Untuk menggunakan mod tersambung ciri Perkhidmatan Pelaporan, Perkhidmatan Pelaporan Microsoft SQL Server 2016 dalam mod SharePoint mode diperlukan.
    • Tapak Web tidak boleh didayakan untuk akses Awanama.
    • Microsoft Internet Explorer 7.0 dengan pek perkhidmatan terkini.
  • Anda boleh memasang dan mengkonfigurrasi pelayan dalam sebarang tertib, tetapi pengendalian bersepadu tidak akan tersedia sehingga langkah konfigurasi telah selesai untuk kedua-dua pelayan. Untuk maklumat terperinci tentang langkah pemasangan, lihat Readme untuk Tambahan Perkhidmatan Pelaporan yang sedia ada.

      Langkah 1:Pasang tika produk SharePoint.

      Langkah 2:Muat turun Tambahan Perkhidmatan Pelaporan dalam (RsSharePoint.msi) dengan mengklikkan butang Muat Turun pada halaman ini. Untuk memulakan pemasangan dengan serta-merta, klik Jalankan. Untuk memasng kemudian, klik Simpan.

      Langkah 3:Untuk mengizinkan kefungsian Perkhidmatan Pelaporan mod setempat, Pasangkan Tambahan Perkhidmatan Pelaporan pada pelayan bahagian depan. Untuk kefungsian Perkhidmatan Pelaporan mod tersambung, lengkapkan langkah yang seterusnya.

      Langkah 4:Pasang Perkhidmatan Pelaporan SQL Server 2016 pada pelayan aplikasi SharePoint. Dalam bestari pemasangan SQL Server 2016, pilih ‘Perkhidmatan Pelaporan – SharePoint’ pada halaman pilihan ciri. Anda juga boleh memasang tambahan Perkhidmatan Pelaporan daripada SQL Server 2016 bestari pemasangan dan bukan memuat turun daripada halaman ini.

      Langkah 5:Konfigurasikan perkhidmatan untuk Perkhidmatan Pelaporan SharePoint dan ciptakan sekurang-kurangnya satu aplikasi perkhidmatan bagi Perkhidmatan Pelaporan.

      Langkah 6:Tetapkan kebenaran dan tambah jenis kandungan Perkhidmatan Pelaporan.

      Langkah 7:Sahkan pemasangan.

    Tambahan Perkhidmatan Pelaporan harus dipasang pada setiap pelayan web SharePoint yang ingin anda gunakan untuk mencapai ciri mod Setempat Perkhidmatan Pelaporan atau ciri mod SharePoint tersambung seperti Power View dan amaran data.

    Untuk maklumat terperinci berkenaan pemasangan tambahan ini, lihat "Pasang atau Nyahpasan Tambahan Perkhidmatan Pelaporan untuk SharePoint”.