Excel Mobile
Microsoft Excel Mobile ialah aplikasi yang paling sesuai untuk menyemak, mengemas kini dan mencipta hamparan pada telefon dan tablet Windows (yang saiz skrinnya 10.1 inci atau lebih kecil). *Pada 12 Januari 2021 aplikasi ini akan mencapai End of Support pada telefon menggunakan Windows 10 Mobile. Ketahui lebih lanjut di https://aka.ms/OfficeWindows10MobileEOS.*
*** Untuk mencipta dan mengedit hamparan pada desktop, komputer riba, tablet besar dan menggunakan Continuum* untuk telefon, langganan Office 365 diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat keperluan berikut. ***
GUNAKAN HAMPARAN SEMASA DALAM PERJALANAN
- Hamparan kelihatan hebat pada telefon dan tablet anda: Formula, carta, jadual dan pemformatan bersyarat kesemuanya wujud.
- Sambung dari bahagian yang anda berhenti: Excel akan mengingati bahagian yang anda terakhir kendalikan, walaupun anda bertukar-tukar antara peranti.
- Penyepaduan dengan OneDrive, SharePoint dan Dropbox membolehkan anda mencapai fail anda dari mana-mana sahaja.
- Lakukan perubahan pantas dengan jari anda. Seret lajur dan alihkan lembaran kerja. Ketik untuk menambahkan data, memformatkan carta dan menavigasi hamparan yang besar.
- Jangan risau akan penyimpanan. Apabila anda mengedit pada tablet atau telefon anda, Excel akan menyimpan kerja anda jadi anda tidak perlu berbuat demikian.
- Kongsi hamparan dengan beberapa ketikan dan jemput orang lain untuk menyemaknya.
- Cari perintah yang betul dengan pantas. Ciri Beritahu Saya akan menghalakan anda kepada ciri yang anda perlukan.
- Gunakan telefon anda sebagai PC untuk mengedit dan menyemak hamparan pada skrin besar.
- Mulakan projek anda dengan templat yang menjimatkan masa.
- Tambah formula dengan papan kekunci pada skrin yang mempunyai fungsi lazim yang terbina dalam.
- Gunakan opsyen pemformatan dan tataletak yang lazim dan beraneka untuk menyampaikan idea anda.
- Format dan tataletak hamparan kekal kelihatan asli dan bagus tanpa mengira peranti yang anda gunakan.
- Terokai data secara visual dengan jenis carta yang baru seperti carta Peta Pepohon, Sinaran dan Air Terjun.