Word Mobile
Microsoft Word Mobile ialah aplikasi yang paling sesuai untuk menyemak, mengedit dan mencipta dokumen pada telefon dan tablet Windows (yang saiz skrinnya 10.1 inci atau lebih kecil). *Pada 12 Januari 2021 aplikasi ini akan mencapai End of Support pada telefon menggunakan Windows 10 Mobile. Ketahui lebih lanjut di https://aka.ms/OfficeWindows10MobileEOS.*
*** Untuk mencipta dan mengedit dokumen pada desktop, komputer riba, tablet besar dan menggunakan Continuum untuk telefon*, langganan Office 365 diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat keperluan berikut. ***
BACA DENGAN SELESA
- Pandangan membaca yang baru memudahkan lagi anda membaca dokumen yang panjang pada telefon dan tablet.
- Ketik pada gambar kecil atau jadual untuk melihat setiap butiran dalam pandangan skrin penuh.
- Tambahkan wawasan daripada web kepada dokumen Word anda dengan Carian Pintar.
- Penyepaduan dengan OneDrive, SharePoint dan Dropbox membolehkan anda mencapai fail anda dari mana-mana sahaja.
- Balas komen dan buat perubahan pantas dengan jari anda.
- Jangan risau akan penyimpanan. Apabila anda mengedit pada tablet atau telefon anda, Word akan menyimpan kerja anda jadi anda tidak perlu berbuat demikian.
- Kongsi dokumen anda dengan beberapa ketikan dan jemput orang lain untuk membuat semakan.
- Bekerja sebagai pasukan dan edit dokumen dengan orang lain pada masa yang sama.
- Cari perintah yang betul dengan pantas. Ciri Beritahu Saya akan menghalakan anda kepada ciri yang anda perlukan.
- Gunakan telefon anda sebagai PC untuk menulis dan menyemak dokumen pada skrin besar.
- Mulakan projek anda dengan templat moden yang direka bentuk dengan cantik.
- Gunakan opsyen pemformatan dan tataletak beraneka yang anda sudah ketahui untuk menyampaikan idea anda.
- Format dan tataletak dokumen kekal kelihatan asli dan bagus tanpa mengira peranti yang anda gunakan.