Langkau ke kandungan utama Surface Pro Surface Laptop Bantuan & Sokongan Aksesori Beli Surface untuk Perniagaan Azure Copilot Windows Surface XBOX Deals Sokongan OneDrive OneNote Permainan Windows Microsoft AI Keselamatan Microsoft Azure Dynamics 365 Microsoft 365 for business Microsoft Power Platform Windows 365 Pusat Pembangun Dokumentasi Microsoft Learn Microsoft Tech Community Azure Marketplace AppSource Visual Studio Sumber Muat Turun Lihat Peta Laman ms - Malay en - English
en-CA Hero Mobile Multi poster

Surface Laptop

Nikmati prestasi

Komputer riba diperhalus yang dibina untuk prestasi mapan dan kebolehpercayaan setiap hari. Tersedia dalam saiz 13, 13.8 dan 15 inci.

Surface Laptop

Tersedia di penjual terpilih

Beli

Komputer riba tanpa had

Bahan premium, papan kekunci bersaiz penuh dan skrin sentuh yang ceria digabungkan dalam komputer riba yang ringan, tahan lasak dan memang jelas Surface.

en-CA Aluminum Chassis Mobile Platinum poster

Ringan untuk dibawa. Dibina untuk bertahan.

Badan aluminium yang direka dengan tepat menawarkan keseimbangan yang sempurna antara daya tahan dan kemudahalihan.

Perkara yang baik datang dalam tiga serangkai

Setiap saiz menawarkan keseimbangan yang berbeza antara kemudahalihan dan ruang skrin, memberikan anda kebebasan untuk memilih yang paling sesuai untuk hari anda.

Komputer riba 13 inci berwarna platinum yang memaparkan paparan skrin cerai dengan pengeditan dokumen, aplikasi muzik dan kandungan web
Komputer riba 13 inci berwarna lembayung yang memaparkan paparan skrin cerai dengan pengeditan dokumen, aplikasi muzik dan kandungan web.
Komputer riba 13 inci berwarna lautan yang memaparkan paparan skrin cerai dengan pengeditan dokumen, aplikasi muzik dan kandungan web.

Ditunjukkan dalam Platinum

  • Pemproses

    8-Core

    Snapdragon® X Plus

  • Hayat bateri

    Sehingga 23 jam

    Main semula video3

  • Paparan

    Skrin sentuh 13 inci

    PixelSense™ LCD, 1920 × 1280, 60 Hz4

Gunakan sepanjang hari

Hayat bateri tahan lama membantu anda kekal bergerak dari siang ke malam.3

Kamera yang memahami keadaan persekitaran

Kekal kemas dalam setiap panggilan dengan kamera yang mengurus pencahayaan dan pembingkaian di latar belakang. Kamera komputer riba di kedudukan #1 oleh DXOMARK12

en-US-Surface Laptop Camera Mobile Poster

Mata menjadi tumpuan

Display Mobile Platinum posterl

Lihat selanjutnya dengan skrin 3:2 lebih tinggi yang ideal untuk dokumen, hamparan dan laman web.2

Gambar dekat Surface Laptop berwarna hitam dengan pinggir logam kusam yang melengkung.

Peranti Windows yang terulung

Search Mobile Poster

Mencari "hamparan bajet" atau "foto Paris" anda? Pada Copilot+ PC, taipkan sahaja perihalan dan Improved Windows Search boleh mencarinya.6,7

Terjamin sejak hari pertama

Security Mobile Jade poster

Surface dilengkapi perlindungan ikut lalai, dengan keselamatan terbina dalam yang berjalan di latar belakang dan memastikan peranti anda terkini.

Seorang sedang duduk di dalam garaj di hadapan sebuah kereta biru dengan bonet terbuka, bercakap di hadapan kamera perihal menggunakan Surface Laptop untuk bekerja ketika dalam perjalanan

Surface dibuat untuk pembuat

"Saya banyak membuat perjalanan, jadi Surface Laptop telah membantu saya bekerja semasa dalam perjalanan. Ia ringan, mudah alih, pantas, menarik dan hebat."

@TechJoyce, rakan kongsi yang ditaja Surface

Paparan Surface Laptop Hitam

Surface Laptop 15 inci

Available at select retailers

Beli

Temui keluarga

Pandangan hadapan Surface Laptop 13 inci berwarna platinum terbuka dengan Windows Rainbow Bloom dipaparkan pada skrin.
Pandangan hadapan Surface Laptop 13.8 inci berwarna platinum terbuka dengan Windows Rainbow Bloom dipaparkan pada skrin.
Pandangan hadapan Surface Laptop 15 inci berwarna platinum terbuka dengan Windows Rainbow Bloom dipaparkan pada skrin.
Surface Laptop 13-inchSurface Laptop 13.8-inchSurface Laptop 15-inch
Available at select retailersBeli
Available at select retailersBeli
Available at select retailersBeli
Warna
Pemproses

Snapdragon® X Plus (8-core)

Snapdragon® X2 Plus (10-core) atau Snapdragon® X2 Elite (12-core)

Snapdragon® X2 Plus (10-core) atau Snapdragon® X2 Elite (12-core)

Hayat bateri

Sehingga 23 jam3

Sehingga 20 jam3

Sehingga 19 jam3

Paparan

LCD Skrin Sentuh PixelSense™ 13 inci 1920 x 1280, 60 HZ4

LCD Skrin Sentuh HDR PixelSense™ 13.8 inci 2304 x 1536, 120 HZ5,17

LCD Skrin Sentuh HDR PixelSense™ 15 inci 3270 x 2180, 120 HZ5,17

Windows Hello

Cap jari

Pengecaman wajah

Pengecaman wajah

Port

2 x USB-C®/ USB 3.2, USB-A 3.2, Bicu Fon Kepala 3.5mm

2 x USB-C® / USB4®, USB-A 3.2, Bicu Audio 3.5mm, Surface Connect

2 x USB-C® / USB4®, USB-A 3.2, Bicu Audio 3.5mm, Surface Connect, microSD

Berat

1.22 kg (2.7 paun)11

1.34 kg (2.96 paun)11

1.66 kg (3.67 paun)11

Perhatikan dengan lebih teliti

Jelajah aksesori Surface

Profil sisi Tetikus Surface Arc berwarna lembayung yang melengkung dengan latar belakang gelap, menyerlahkan reka bentuknya yang nipis dan melengkung

Tetikus Surface Arc

Gambar dekat pandangan sisi Surface Dock yang menunjukkan berbilang port termsauk Ethernet, USB-A, USB-C dan audio, dengan kabel yang disambungkan pada latar belakang gelap.

Surface Thunderbolt™ 4 Dock

Pandangan atas ke bawah Papan Kekunci Surface saiz penuh berwarna kelabu dengan pad kekunci angka pada latar belakang gelap.

Papan Kekunci Surface (Edisi ke-2)

  1. [1]

    Ciri Haptik Lanjutan hanya tersedia pada model Surface Laptop 13.8 inci dan 15 inci Edisi ke-8 dan disokong untuk aplikasi dan ciri terpilih.

  2. [2]

    Berdasarkan perbandingan terhadap komputer riba dengan nisbah aspek 16:9.

  3. [3]

    Hayat bateri amat berbeza berdasarkan konfigurasi peranti, penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor lain. Lihat aka.ms/PrestasiBateriSurface untuk perincian.

    Untuk Main Semula Video Setempat
    Surface Laptop 13 inci – sehingga 23 jam
    Surface Laptop 13.8 inci – sehingga 20 jam
    Surface Laptop 15 inci – sehingga 19 jam
    Untuk Penyemakan Lalu Web Aktif
    Surface Laptop 13 inci – sehingga 16 jam
    Surface Laptop 13.8 inci – sehingga 16 jam
    Surface Laptop 15 inci – sehingga 14 jam

  4. [4]

    Paparan Surface Laptop mempunyai bucu bulat dalam bentuk segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, skrin ialah 13 inci secara pepenjuru (kawasan sebenar yang boleh dilihat adalah lebih kecil).

  5. [5]

    Paparan Surface mempunyai bucu bulat dalam bentuk segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, skrin ialah 13.8 inci atau 15 inci secara pepenjuru (kawasan sebenar yang boleh dilihat adalah lebih kecil).

  6. [6]

    Ciri Copilot+ PC hanya tersedia pada konfigurasi terpilih dengan 16 GB+ RAM; keperluan sistem tambah mungkin dikenakan. Lihat aka.ms/copilotpluspcs.

  7. [7]

    Berfungsi dengan teks, imej dan format dokumen tertentu sahaja. Dioptimumkan bagi bahasa yang terpilih (bahasa Inggeris, bahasa Cina (Mudah), bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Jepun dan bahasa Sepanyol). Lihat aka.ms/copilotpluspcs.

  8. [8]

    Aksesori, Microsoft 365 dan sesetengah aplikasi serta perisian dijual secara berasingan. Microsoft 365 Personal, Family atau Premium memerlukan langganan. Ciri dan ketersediaan aplikasi mungkin berbeza mengikut rantau.

  9. [11]

    Mungkin berbeza mengikut proses perkilangan.

  10. [12]

    Berdasarkan ujian yang ditauliahkan oleh DXOMARK pada April 2026 bagi Surface Laptop, 13.8 inci dengan Snapdragon® X2 M10 16 GB/256 GB dan kedudukan kamera komputer riba DXOMARK setakat 16/06/26. Dakwaan ini hanya terpakai kepada peranti dengan perkakasan, perisian tegar dan tetapan kamera yang sama seperti yang diuji. Kedudukan mungkin berubah. Maklumat lanjut: Kedudukan Komputer Riba – DXOMARK.

  11. [13]

    Perisian sistem menggunakan ruang storan yang tinggi. Storan yang tersedia mungkin berubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Lihat Storan Surface untuk mendapatkan butiran lanjut.

  12. [14]

    Pengekalan Pemacu hanya tersedia pada peranti Microsoft Surface yang Pemacu dipasarkan sebagai boleh tanggal menurut spesifikasi teknikal. Peranti yang dikembalikan tanpa pemacu mungkin dikenakan bayaran penggantian melainkan dilindungi oleh manfaat Pengekalan Pemacu (dijual secara berasingan). Pelan dan opsyen yang tersedia mungkin berbeza mengikut peranti dan rantau. Lihat Jaminan Surface, Rancangan Perlindungan dan Sokongan – Microsoft Surface untuk Perniagaan untuk perincian.

  13. [15]

    Dioptimumkan untuk interaksi sentuhan sahaja. Input pen dan keserasian dengan Pen Surface, Surface Slim Pen atau aksesori yang serupa tidak disokong.

  14. [16]

    Memerlukan kandungan dan video yang dikodkan Dolby Vision®.

  15. [17]

    HDR memerlukan kandungan HDR dan pendayaan HDR dalam tetapan peranti.

  16. [18]

    Berdasarkan ujian main semula video setempat. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Mei 2026 yang menggunakan perisian prapengeluaran serta peranti Surface Laptop prapengeluaran, 13.8 inci (Edisi ke-8) dengan Snapdragon® X2 Plus 16 GB, 512 GB dan Surface Laptop, 15 inci (Edisi ke-8) dengan Snapdragon® X2 Elite 16 GB, 512 GB. Ujian merangkumi penyahcasan bateri penuh semasa main semula video bagi fail .mov melalui aplikasi Windows Media Player dalam 1080p pada 24 FPS. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza-beza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.

  17. [19]

    Berdasarkan ujian penyemakan lalu web. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Mei 2026 yang menggunakan perisian prapengeluaran serta peranti Surface Laptop prapengeluaran, 13.8 inci (Edisi ke-8) dengan Snapdragon® X2 Plus 16 GB, 512 GB dan Surface Laptop, 15 inci (Edisi ke-8) dengan Snapdragon® X2 Elite 16 GB, 512 GB. Ujian merangkumi penyahcasan bateri penuh semasa mencapai 12 laman web popular pada berbilang tab terbuka melalui pelayar. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza-beza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.

  18. [20]

    Langganan Microsoft 365 yang layak diperlukan. Ambil perhatian bahawa Microsoft Defender tidak tersedia di rantau tertentu.

  19. [21]

    Fokus suara memerlukan pengaktifan, Windows 11 dan tersedia dalam aplikasi yang menggunakan mikrofon peranti bersepadu serta menggunakan mod pemprosesan audio Windows tertentu.

  20. [22]

    Memerlukan kandungan/audio yang dikodkan Dolby Atmos®.

  21. [23]

    Konfigurasi khusus yang disertakan dengan Pengecas Dinding USB-C® Surface 45W dalam pasaran terpilih. Pengecasan pantas disokong dengan pengecas PD USB Type-C yang berkadar pengecasan minimum 60W atau lebih tinggi (dijual secara berasingan). Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Mac 2025. Untuk mendapatkan butiran tentang pengecasan pantas, lihat – USB-C® dan Pengecasan Pantas untuk Surface – Sokongan Microsoft.

  22. [24]

    Sokongan monitor luaran memerlukan paparan, kabel dan aksesori yang serasi. Lihat Surface halaman persisian yang diuji untuk maklumat keserasian.

  23. [25]

    Di pasaran terpilih, hanya konfigurasi tertentu yang disertakan dengan Bekalan Kuasa Surface. Pengecasan pantas disokong dengan Bekalan Kuasa Surface minimum 65W atau pengecas PD USB Type-C® minimum 60W atau lebih tinggi, dijual secara berasingan. Ujian yang dijalankan oleh Microsoft pada bulan Februari 2026. Untuk mendapatkan butiran tentang pengecasan pantas, lihat USB-C® dan pengecasan pantas untuk Surface - Sokongan Microsoft.

  24. [26]

    Jalur 6GHz tidak tersedia di semua rantau.

  25. [27]

    Memerlukan lesen atau langganan (dijual secara berasingan) untuk pengaktifan dan penggunaan.

  26. [28]

    Pengaktifan diperlukan. Selepas 30 hari, anda akan dikenakan yuran langganan bulanan atau tahunan yang berkenaan. Kad kredit diperlukan. Batalkan pada bila-bila masa untuk menghentikan caj akan datang. Lihat Percubaan Percuma – Cuba Microsoft 365 selama sebulan – Microsoft Store.

  27. [31]

    Dijual secara berasingan.

  28. [32]

    Tidak termasuk PSU. Mengandungi 3.1% kandungan kitar semula yang terdiri daripada 90% tahan karat kitar semula dalam kurungan, 100% kuprum kitar semula dalam PCB, 100% logam nadir bumi kitar semula dalam magnet dan 100% timah kitar semula dalam pemateri. Berdasarkan pengesahsahihan yang dilakukan oleh Underwriters Laboratories, Inc. dengan menggunakan Prosedur Pengesahsahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, UL ECVP-2809-2, Edisi Kedua, bertarikh 20 Jun 2024. Kandungan Kitar Semula ditakrifkan mengikut ISO 14021.

  29. [33]

    Tidak termasuk PSU. Mengandungi 3.5% kobalt kitar semula yang terdiri daripada 100% kobalt kitar semula dalam sel bateri. Berdasarkan pengesahsahihan yang dilakukan oleh Underwriters Laboratories, Inc. dengan menggunakan Prosedur Pengesahsahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, UL ECVP-2809-2, Edisi Kedua, bertarikh 20 Jun 2024. Kandungan Kitar Semula ditakrifkan mengikut ISO 14021.

  30. [34]

    Berkenaan dengan pembungkusan jualan. Berdasarkan analisis dalaman menggunakan IEEE Std 1680.1-2018. Standard IEEE untuk Penilaian Tanggungjawab Alam Sekitar dan Sosial Komputer dan Paparan. 4.7.3.1 Diperlukan – kandungan kitar semula dalam pembungkusan serat berasaskan kayu.

  31. [35]

    Sumber mestilah diperakui oleh Forest Stewardship Council.

  32. [36]

    Selongsong termasuk Penutup A dan Baldi C. 64% aloi aluminium kitar semula dalam Penutup A dan Baldi C. 100% logam nadir bumi kitar semula dalam magnet. Berdasarkan pengesahsahihan yang dilakukan oleh Underwriter Laboratories, Inc. dengan menggunakan Prosedur Pengesahsahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, bertarikh Jun 2024.

  33. [37]

    Peranti (tidak termasuk bekalan kuasa) mengandungi minimum 1.5% kobalt kitar semula, terdiri daripada 100% kobalt kitar semula dalam sel bateri. Berdasarkan pensahihan yang dilakukan oleh Underwriters Laboratories, Inc. menggunakan Prosedur Pensahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, UL ECVP-2809-2, Edisi Kedua, bertarikh Jun 2024. Kandungan Kitar Semula ditakrifkan mengikut ISO 14021.

  34. [38]

    Peranti (tidak termasuk bekalan kuasa) mengandungi minimum 1.7% kandungan kitar semula, terdiri daripada 100% logam nadir bumi kitar semula dalam magnet, 100% timah kitar semula dalam pemateri, 100% tembaga kitar semula dan 100% emas kitar semula dalam papan induk. Berdasarkan pensahihan yang dilakukan oleh Underwriters Laboratories, Inc. menggunakan Prosedur Pensahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, UL ECVP-2809-2, Edisi Kedua, bertarikh Jun 2024. Kandungan Kitar Semula ditakrifkan mengikut ISO 14021.

  35. [39]

    Sila rujuk daftaran EPEAT untuk mendapatkan penarafan semasa. Penarafan mungkin berbeza-beza mengikut negara, mungkin berubah dari semasa ke semasa dan produk akhirnya diarkibkan.

  36. [40]

    Komponen gantian tersedia dalam talian Microsoft Store dan iFixIt untuk pembaikan luar jaminan. Komponen boleh digantikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman membaiki peranti elektronik mengikut Panduan Perkhidmatan Microsoft. Alat Microsoft (dijual secara berasingan) juga mungkin diperlukan. Ketersediaan komponen gantian dan pilihan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut produk, pasaran dan dari semasa ke semasa. Lihat Maklumat pembaikan sendiri untuk peranti Surface anda – Sokongan Microsoft. Membuka dan/atau membaiki peranti boleh menyebabkan kejutan elektrik, kerosakan peranti, risiko kebakaran dan kecederaan diri, serta bahaya lain. Berhati-hati jika melakukan pembaikan layan diri. Melainkan dikehendaki oleh undang-undang, kerosakan yang terjadi semasa pembaikan tidak akan dilindungi di bawah Jaminan Perkakasan Terhad atau rancangan perlindungan Microsoft.

  37. [41]

    Warna hanya tersedia untuk model terpilih sahaja. Warna, saiz, kemasan dan pemproses yang tersedia mungkin berbeza-beza mengikut kedai, pasaran dan konfigurasi.

  38. [42]

    Jaminan Terhad Microsoft ialah tambahan kepada hak undang-undang pengguna anda.

  39. [43]

    Ketersediaan ciri kekunci Copilot berbeza-beza mengikut pasaran, lihat Sokongan kekunci.