Langkau ke kandungan utama Surface Pro Surface Laptop Bandingkan model Surface Bantuan & Sokongan Aksesori Beli Surface untuk Perniagaan Azure Copilot Windows Surface XBOX Deals Sokongan OneDrive OneNote Permainan Windows Microsoft AI Keselamatan Microsoft Azure Dynamics 365 Microsoft 365 for business Microsoft Power Platform Windows 365 Pusat Pembangun Dokumentasi Microsoft Learn Microsoft Tech Community Azure Marketplace AppSource Visual Studio Sumber Muat Turun Lihat Peta Laman ms - Malay en - English
Hero Mobile Dune poster

Surface Pro

Satu peranti. Lebih banyak kemungkinan.

PC 2 dalam 1 serba guna dan berkuasa yang menyesuaikan diri mengikut perubahan rutin harian anda. Semua saiz 12 inci baharu tersedia dalam warna hitam.1

Surface Pro

Tersedia di penjual terpilih

Beli

Prestasi. Seni.

Sangat nipis dan ringan, dengan penyangga ikonik yang boleh dilaraskan, papan kekunci boleh ditanggalkan serta kemasan yang diperhalus, Surface Pro dibina untuk memberikan prestasi yang cemerlang dari setiap sudut.1

Aluminum Chassis Mobile Platinum poster

Badan aluminium yang direka tepat

Ringan, kukuh dan dengan kemasan indah untuk rasa premium.

Lebih hebat untuk anda

Direka bentuk sebagai peranti 2-dalam-1 sebenar, Surface Pro memberikan prestasi tahap komputer riba untuk multitugas yang mencabar, aliran kerja kreatif dan tugasan AI.

Surface Pro 12 inci berwarna platinum yang memaparkan tataletak multitugas dengan dokumen terbuka dalam Microsoft Word di sebelah kiri serta tetingkap muzik dan aplikasi di sebelah kanan
Surface Pro 12 inci berwarna lembayung yang memaparkan tataletak skrin cerai dengan dokumen Word di sebelah kiri dan berbilang aplikasi di sebelah kanan
Tablet Surface Pro 12 inci berwarna lautan yang menunjukkan aplikasi skrin cerai: dokumen dengan anotasi, antara muka aplikasi muzik dan ilustrasi berwarna-warni
Screen Sizes Hover 12 Platinum
Screen Sizes Hover 12 Violet
Screen Sizes Hover 12 Ocean

Ditunjukkan dalam Platinum

  • Pemproses

    6-core

    Snapdragon® X2 Plus

  • Hayat bateri

    Sehingga 15.5 jam

    Main semula video6

  • Paparan

    Skrin sentuh 12 inci

    LCD PixelSense™, 2196 × 1464,90 Hz4

Terbaik daripada kedua-dua dunia

MSFT-Surface-Pro-Keyboard-and-Pen-Desktop-Violet-Poster-color-fy26

Bekerja dalam mod komputer riba dengan papan kekunci Surface Pro pilihan dan pad sentuh haptik bersaiz penuh. Tukar kepada mod tablet yang menggunakan Surface Slim Pen pilihan dengan 4,096 titik tekanan untuk pelakaran dan pendakwatan yang tepat.3

Surface Slim Pen dan Papan Kekunci Surface dijual secara berasingan

Versatility Mobile Dune poster

Lupakan pengecas

Hayat bateri tahan lama membantu anda kekal bergerak dari siang hingga malam.6

Kamera untuk setiap sudut

Tampil terbaik dalam panggilan video dengan kamera HD menghadap hadapan untuk pembingkaian yang jelas dan semula jadi, kemudian bertukar kepada kamera belakang untuk foto yang jelas. Antara kamera komputer riba dinilai teratas oleh DXOMARK26

en-US-Surface Pro Camera Mobile Poster

Serlahkan kreativiti anda

msft-surface-pro-500-display-mobile-black-poster-fy26

Catatkan nota, lakaran idea atau anotasi dengan Surface Slim Pen pada paparan PixelSense™ 3:2 yang kini lebih cerah.1, 43

Ubahkannya menjadi gambar rajah, imej dan banyak lagi dengan aplikasi Ink Canvas serba baharu, yang telah diprapasang pada Surface Pro 12 inci.44


Ketahui selanjutnya tentang Ink Canvas

Surface Slim Pen dijual secara berasingan

Tiba masanya untuk menaip

Papan kekunci Surface Pro membolehkan anda beralih ke mod komputer riba dengan pad sentuh untuk navigasi yang tepat. Berfungsi sebagai penutup pelindung untuk memastikan paparan anda selamat di mana-mana sahaja.
  • Pengalaman menaip yang selesa serta mudah dipasang pada tempatnya, mengubah Surface Pro 12 inci menjadi komputer riba yang padat.

  • Papan Kekunci Surface Pro 13 inci

    Direka untuk melengkapkan pengalaman Surface Pro dengan rasa premium dan pad sentuh kaca yang besar.

  • Papan Kekunci Surface Pro 13 inci dengan penyimpanan pen

    Storan dan pengecasan Slim Pen terbina dalam memastikan alat anda sentiasa berdekatan dan bersedia apabila inspirasi tiba.

  • Papan Kekunci Flex Surface Pro 13 inci

    Pastikan papan kekunci paling fleksibel kami disambungkan ke Surface Pro anda atau tanggalkan dan gunakan secara wayarles untuk keselesaan di ruang yang sempit. Pasangkan pen anda secara magnet untuk mengecas dan menavigasi dengan pad sentuh haptik yang besar.

  • Gambar dekat Surface Laptop berwarna hitam dengan pinggir logam kusam yang melengkung.

    Peranti Windows yang terulung

    Search Mobile Poster

    Mencari "hamparan bajet" atau "foto Paris" anda? Pada Copilot+ PC, taipkan sahaja perihalan dan Improved Windows Search boleh mencarinya.7,42

    Terjamin sejak hari pertama

    Security Mobile Dune poster

    Surface dilengkapi perlindungan ikut lalai, dengan keselamatan terbina dalam yang berjalan di latar belakang dan memastikan peranti anda terkini.

    Seseorang menulis pada tablet menggunakan stilus, duduk di dalam ruang dengan pencahayaan lembut

    Surface dibuat untuk pembuat

    "Semua alat saya tersedia pada Microsoft Surface Pro saya. Saya boleh membawanya ke mana sahaja saya mahu kerana hayat baterinya yang hebat. "

    @MakayLalysiak, rakan kongsi yang ditaja Surface

    Paparan Surface Pro Platinum

    Surface Pro 12 inci

    Tersedia di penjual terpilih

    Beli

    Dua saiz. Satu peranti yang hebat.

    Surface Pro 12-inchSurface Pro 13-inch
    Tersedia di penjual terpilihBeli
    Tersedia di penjual terpilihBeli
    Warna
    Hayat bateri

    Sehingga 15.5 jam6

    Sehingga 15.5 jam6

    Paparan

    LCD Skrin Sentuh PixelSense™ 12 inci, 2196 × 1464, 90Hz4

    OLED atau LCD Skrin Sentuh PixelSense™ 13 inci, 2880 x 1920, 120Hz5,16

    Pemproses

    Snapdragon® X2 Plus (6-core)

    Snapdragon® X2 Plus (10-core) atau Snapdragon® X2 Elite (12-core)

    Windows Hello

    Pengecaman wajah

    Pengecaman wajah

    Port

    2 x USB-C® / USB 3.2

    2 x USB-C® / USB4®, Surface Connect

    Berat

    686 g (1.5 paun)11,12

    894 g (1.97 paun)11,12

    Papan kekunci

    Papan kekunci Pro 12 inci1

    Papan kekunci Fleksibel Pro 13 inci1

    Penyimpanan pen

    Storan magnet & pengecas wayarles di bahagian belakang

    Storan magnet & pengecas wayarles pada papan kekunci

    Perhatikan dengan lebih teliti

    Jelajah aksesori Surface

    Papan kekunci dilindungi kain berwarna coklat pasir dengan pad jejak yang luas dan stilus berwarna hitam yang disimpan pada slot atas

    Papan Kekunci Surface Pro

    Pen stilus berwarna hitam dengan butang sisi, ditunjukkan secara mendatar pada latar belakang yang cerah

    Surface Slim Pen

    Hab dok berwarna hitam dengan berbilang port termasuk Ethernet, USB-A, USB-C dan audio, disambungkan dengan kabel pada latar belakang yang cerah

    Surface Thunderbolt™ 4 Dock

    1. [1]

      Pen dan papan kekunci dijual secara berasingan.

    2. [2]

      Warna hanya tersedia untuk model terpilih sahaja. Warna, saiz, kemasan dan pemproses yang tersedia mungkin berbeza-beza mengikut kedai, pasaran dan konfigurasi.

    3. [3]

      Disokong untuk aplikasi dan ciri terpilih.

    4. [4]

      Paparan Surface Pro mempunyai sudut bulat di dalam segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, skrin bersaiz 12 inci secara pepenjuru (ruang boleh dilihat yang sebenar adalah kurang daripada itu).

    5. [5]

      Paparan Surface Pro mempunyai sudut bulat di dalam segi empat tepat standard. Apabila diukur sebagai bentuk segi empat tepat standard, saiz skrin ialah 13" inci secara pepenjuru (ruang boleh dilihat yang sebenar adalah kurang daripada itu).

    6. [6]

      Hayat bateri amat berbeza berdasarkan konfigurasi peranti, penggunaan, konfigurasi rangkaian dan ciri, kekuatan isyarat, tetapan dan faktor lain. Lihat aka.ms/Prestasi Bateri Surface untuk perincian.

      Untuk Main Semula Video Setempat

      Surface Pro 12 inci ⁠– sehingga 15.5 jam
      Surface Pro 13 inci ⁠– sehingga 15.5 jam

      Untuk penyemakan lalu web yang aktif

      Surface Pro 12 inci ⁠– sehingga 13 jam
      Surface Pro 13 inci ⁠– sehingga 11.5 jam

    7. [7]

      Berfungsi dengan teks, imej dan format dokumen tertentu sahaja. Dioptimumkan bagi bahasa yang terpilih (bahasa Inggeris, bahasa Cina (Mudah), bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Jepun dan bahasa Sepanyol). Lihat aka.ms/copilotpluspcs.

    8. [8]

      Aksesori, Microsoft 365 dan sesetengah aplikasi serta perisian dijual secara berasingan. Microsoft 365 Personal, Family atau Premium memerlukan langganan. Ciri dan ketersediaan aplikasi mungkin berbeza mengikut rantau.

    9. [11]

      Berat tidak termasuk Papan Kekunci.

    10. [12]

      Mungkin berbeza mengikut proses perkilangan.

    11. [13]

      Perisian sistem menggunakan ruang storan yang tinggi. Storan yang tersedia mungkin berubah berdasarkan kemas kini perisian sistem dan penggunaan aplikasi. 1 GB = 1 bilion bait. 1 TB = 1,000 GB. Surface.com/Storan butiran lanjut.

    12. [14]

      Pengekalan Pemacu hanya tersedia pada peranti Microsoft Surface yang Pemacu dipasarkan sebagai boleh tanggal menurut spesifikasi teknikal. Peranti yang dikembalikan tanpa pemacu mungkin dikenakan bayaran penggantian melainkan dilindungi oleh manfaat Pengekalan Pemacu (dijual secara berasingan). Pelan dan opsyen yang tersedia mungkin berbeza mengikut peranti dan rantau. Lihat Jaminan Surface, Rancangan Perlindungan dan Sokongan – Microsoft Surface untuk Perniagaan untuk perincian.

    13. [15]

      Memerlukan kandungan dan video yang dikodkan Dolby Vision®.

    14. [16]

      HDR memerlukan kandungan HDR dan pendayaan HDR dalam tetapan peranti.

    15. [17]

      Berdasarkan ujian main semula video setempat. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Mei 2026 yang menggunakan perisian prapengeluaran serta peranti Surface Pro prapengeluaran, 13 inci (Edisi ke-12) dengan Snapdragon® X2 Plus 16 GB, 256 GB dan Surface Pro, 13 inci (Edisi ke-12) dengan Snapdragon® X2 Elite 16 GB, 512 GB. Ujian merangkumi penyahcasan bateri penuh semasa main semula video bagi fail .mov melalui aplikasi Windows Media Player dalam 1080p pada 24 FPS. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza-beza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.

    16. [18]

      Berdasarkan ujian penyemakan lalu web. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada bulan Mei 2026 yang menggunakan perisian prapengeluaran serta peranti Surface Pro prapengeluaran, 13 inci (Edisi ke-12) dengan Snapdragon® X2 Plus 16 GB, 256 GB dan Surface Pro, 13 inci (Edisi ke-12) dengan Snapdragon® X2 Elite 16 GB, 512 GB. Ujian merangkumi penyahcasan bateri penuh semasa mencapai 12 laman web popular pada berbilang tab terbuka melalui pelayar. Semua tetapan adalah lalai kecuali kecerahan skrin yang ditetapkan kepada 150 nit dengan Kecerahan Automatik dinyahdayakan. WiFi telah disambungkan kepada rangkaian. Hayat bateri amat berbeza-beza mengikut tetapan, penggunaan dan faktor lain.

    17. [19]

      Langganan Microsoft 365 yang layak diperlukan. Ambil perhatian bahawa Microsoft Defender tidak tersedia di rantau tertentu.

    18. [20]

      Fokus suara memerlukan pengaktifan, Windows 11 dan tersedia dalam aplikasi yang menggunakan mikrofon peranti bersepadu serta menggunakan mod pemprosesan audio Windows tertentu.

    19. [21]

      Memerlukan kandungan/audio yang dikodkan Dolby Atmos®.

    20. [22]

      Tiada pengecas disertakan. Pengecasan pantas (daripada 5% hingga 80%) disokong dengan pengecas PD USB Type C yang berkadar 45W atau lebih tinggi (dijual secara berasingan). Ujian telah dijalankan pada bulan Mac 2025 oleh Microsoft, menggunakan peranti prapengeluaran, perisian dan pengecas USB-C® minimum 45W di bawah keadaan terkawal. Peranti dihidupkan pada skrin desktop dengan tetapan kecerahan paparan lalai. Masa caj sebenar berbeza mengikut keadaan pengendalian. Diukur pada suhu ambien pejabat yang biasa iaitu 23ºC.

    21. [23]

      Sokongan monitor luaran memerlukan paparan, kabel dan aksesori yang serasi. Lihat Surface halaman persisian yang diuji untuk maklumat keserasian.

    22. [24]

      Di pasaran terpilih, hanya konfigurasi tertentu yang disertakan dengan Bekalan Kuasa Surface. Pengecasan pantas disokong dengan Bekalan Kuasa Surface minimum 65W atau pengecas PD USB Type-C® minimum 60W atau lebih tinggi, dijual secara berasingan. Ujian dijalankan oleh Microsoft pada Februari 2026. Untuk mendapatkan butiran tentang pengecasan pantas, lihat USB-C® dan pengecasan pantas untuk Surface - Sokongan Microsoft.

    23. [25]

      Jalur 6GHz tidak tersedia di semua rantau.

    24. [26]

      Berdasarkan ujian yang ditauliahkan oleh DXOMARK pada April 2026 bagi Surface Pro, 13 inci dengan Snapdragon® X2 M10 6 GB/256 GB dan kedudukan kamera komputer riba DXOMARK setakat 16/06/26. Dakwaan ini hanya terpakai kepada peranti dengan perkakasan, perisian tegar dan tetapan kamera yang sama seperti yang diuji. Kedudukan mungkin berubah. Maklumat lanjut: Kedudukan Komputer Riba – DXOMARK.

    25. [27]

      Memerlukan lesen atau langganan (dijual secara berasingan) untuk pengaktifan dan penggunaan.

    26. [28]

      Pengaktifan diperlukan. Selepas 30 hari, anda akan dikenakan yuran langganan bulanan atau tahunan yang berkenaan. Kad kredit diperlukan. Batalkan pada bila-bila masa untuk menghentikan caj akan datang. Lihat Percubaan Percuma – Cuba Microsoft 365 selama sebulan – Microsoft Store.

    27. [32]

      Dijual secara berasingan.

    28. [33]

      Minimum 82.9% peranti (tidak termasuk PSU) mengandungi 100% kobalt kitar semula. Berdasarkan pengesahsahihan yang dilakukan oleh Underwriters Laboratories, Inc. dengan menggunakan Prosedur Pengesahsahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan kitar semula, UL ECVP-2809-2, Edisi Kedua, bertarikh 20 Jun 2024. Kandungan Kitar Semula ditakrifkan mengikut ISO 14021.

    29. [34]

      Berkenaan dengan pembungkusan jualan. Berdasarkan analisis dalaman menggunakan IEEE Std 1680.1-2018. Standard IEEE untuk Penilaian Tanggungjawab Alam Sekitar dan Sosial Komputer dan Paparan. 4.7.3.1 Diperlukan – kandungan kitar semula dalam pembungkusan serat berasaskan kayu.

    30. [35]

      Sumber mestilah diperakui oleh Forest Stewardship Council.

    31. [36]

      Selongsong termasuk baldi, penyangga yang 100% aloi aluminium kitar semula dalam baldi. 100% logam nadir bumi kitar semula dalam magnet. Berdasarkan pengesahsahihan yang dilakukan oleh Underwriter Laboratories, Inc. dengan menggunakan Prosedur Pengesahsahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, UL ECVP 2809-2, Edisi Kedua, bertarikh Jun 2024.

    32. [37]

      Peranti (tidak termasuk bekalan kuasa) mengandungi 3.7% kandungan kitar semula, terdiri daripada 100% logam nadir bumi kitar semula dalam magnet, 100% timah kitar semula dalam pemateri, 50% tembaga kitar semula dalam plat terma serta 100% tembaga kitar semula dan 100% emas kitar semula dalam papan induk. Berdasarkan pensahihan yang dilakukan oleh Underwriters Laboratories, Inc. menggunakan Prosedur Pensahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, UL ECVP-2809-2, Edisi Kedua, bertarikh Jun 2024. Kandungan Kitar Semula ditakrifkan mengikut ISO 14021.

    33. [38]

      Peranti (tidak termasuk bekalan kuasa) mengandungi 5.1% kobalt kitar semula, terdiri daripada 100% kobalt kitar semula dalam sel bateri. Berdasarkan pensahihan yang dilakukan oleh Underwriters Laboratories, Inc. menggunakan Prosedur Pensahihan Tuntutan Alam Sekitar (ECVP) untuk Kandungan Kitar Semula, UL ECVP-2809-2, Edisi Kedua, bertarikh Jun 2024. Kandungan Kitar Semula ditakrifkan mengikut ISO 14021.

    34. [39]

      Sila rujuk daftaran EPEAT untuk mendapatkan penarafan semasa. Penarafan mungkin berbeza-beza mengikut negara, mungkin berubah dari semasa ke semasa dan produk akhirnya diarkibkan.

    35. [40]

      Komponen gantian tersedia dalam talian Microsoft Store dan iFixIt untuk pembaikan luar jaminan. Komponen boleh digantikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman membaiki peranti elektronik mengikut Panduan Perkhidmatan Microsoft. Alat Microsoft (dijual secara berasingan) juga mungkin diperlukan. Ketersediaan komponen gantian dan pilihan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut produk, pasaran dan dari semasa ke semasa. Lihat Maklumat pembaikan sendiri untuk peranti Surface anda – Sokongan Microsoft. Membuka dan/atau membaiki peranti boleh menyebabkan kejutan elektrik, kerosakan peranti, risiko kebakaran dan kecederaan diri, serta bahaya lain. Berhati-hati jika melakukan pembaikan layan diri. Melainkan dikehendaki oleh undang-undang, kerosakan yang terjadi semasa pembaikan tidak akan dilindungi di bawah Jaminan Perkakasan Terhad atau rancangan perlindungan Microsoft.

    36. [41]

      Jaminan Terhad Microsoft ialah tambahan kepada hak undang-undang pengguna anda.

    37. [43]

      Terpakai untuk Pro 12 inci baharu, kini mempunyai kecerahan 500 nit.

    38. [44]

      Microsoft Ink Canvas memerlukan Windows 10 versi 18362.0 atau lebih tinggi dan sokongan sentuh bersepadu. Langganan Microsoft 365 Personal, Family, Premium atau Pro diperlukan untuk ciri AI. Had penggunaan AI dikenakan. Ketahui lebih lanjut tentang kredit dan had AI. Had umur minimum mungkin dikenakan untuk penggunaan ciri AI. Lihat Soalan Lazim Copilot.